Tempat menarik di Temerloh merangkumi pelbagai tarikan pelancongan, budaya, dan semula jadi yang menjadikan bandar ini destinasi pelancongan yang menarik di Malaysia. Antara tarikan utama ialah Taman Esplanade, sebuah taman rekreasi yang terletak di tepi Sungai Pahang, menawarkan pemandangan sungai yang indah dan perkhidmatan menaiki bot untuk menyusuri sungai. Pekan Sehari merupakan pasar pagi terbesar di Pahang yang diadakan setiap Ahad, menampilkan pelbagai barangan tempatan dan hasil tani.
Gunung Senyum terletak kira-kira 20 km dari bandar, terkenal dengan gua batu kapur dan sesuai untuk aktiviti mendaki serta eksplorasi gua. Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah di Lanchang menawarkan pengalaman mendekati gajah dan mempelajari usaha pemuliharaan spesies ini. Deerland Park berhampiran pusat konservasi gajah, menempatkan pelbagai spesies haiwan seperti rusa, burung unta, dan landak.
Kubang Gajah Waterpark merupakan taman tema air yang sesuai untuk aktiviti keluarga, terutamanya kanak-kanak. Taman Bandar menyediakan kemudahan rekreasi seperti trek joging, taman permainan, dan mini stadium. Jambatan Sultan Ahmad Shah II yang merentasi Sungai Pahang merupakan jambatan lengkung sepanjang 700 meter, menjadi simbol penting dalam jaringan pengangkutan di kawasan ini.
Tarikan Utama Destinasi Percutian di Termerloh
Lokasi Pelancongan dan Aktiviti Menarik di Temerloh
Temerloh ialah sebuah bandar yang terletak di tengah negeri Pahang, Malaysia, kira-kira 130 km dari Kuala Lumpur. Dengan keluasan sekitar 2,291.4 km², bandar ini mempunyai populasi sekitar 141,781 orang berdasarkan data bancian tahun 2020. Temerloh dikenali sebagai “Bandar Ikan Patin” kerana keistimewaan masakan berasaskan ikan patin, terutamanya patin masak tempoyak. Bandar ini juga terletak berhampiran titik tengah Semenanjung Malaysia, menjadikannya lokasi strategik untuk pelancongan dan pengangkutan.
1. Kampungstay Desa Murni
Sebelum kita mulakan pengembaraan ke tempat-tempat seterusnya. Kita mestilah kena cari homestay dulu. Temerloh ni terkenal dengan kunikan flora dan fauna serta kehijauan bumi. Jadi, buangkan hotel daripada senarai anda. Apa yang best tentang Kampungstay Desa Murni? Pertama sekali, ia memang kampung, kampung.
Semua rumah di sini diperbuat daripada kayu sahaja seperti orang tradisional dulu. Bagi orang yang ingin keluar daripada kepompong bandar, inilah jawapannya. Tempat ini juga menawarkan aktiviti-aktiviti yang menghiburkan seperti memancing, mencanting batik, bekam, urutan di spa dan bekam serta disediakan kolam renang untuk seisi keluarga.
Dah macam servis 5 star hotel tetapi harganya hanyalah RM 140+ semalam. Sangat murah dan sangat berbaloi.
2. Air Terjun Lata Bujang
Air terjun khas untuk Nature Lover. Jarang kita boleh jumpa sungai macam ni sebab airnya sangat bersih dan tenang jee rasa bila rendam badan kat situ. Sama juga di sini, anda boleh je tak bawa bekal sebab ada banyak gerai-gerai makanan di sekitar air terjun ni.
Dalam perjalan nak ke air terjun ni, anda akan jumpa sebuah kawasan perkhemahan Lata Bujang. Harga dia mur mur saja. Sebagai suatu peringatan, walaupun airnya tidak seberapa dalam tetapi macam mana pun mestilah berhati-hati apabila bermandi-manda di situ sebab air ni suatu yang kita tak boleh jangka.
3. Deerland Park
Selepas melihat kehijauan dan keindahan alam flora, jom kita bermain dengan haiwan pula. Di sini, tarikan utamanya adalah, sudah tentunya, si rusa. Yang menariknya, ada banyak spesies rusa di taman ni seperti Rusa Timur, Rusa Nilga dari India dan Itik Kayu dari Kanada.
Kemudian, ada juga binatang-binatang yang lain seperti beruang madu, burung unta, pelanduk dan juga itik. Anda juga dibolehkan untuk memberi makanan kepada rusa-rusa tersebut. Memang best untuk kanak-kanak mahupun orang tua.
Kalau ada masa untuk spent di sini, Deerland Park ada menyediakan aktiviti seperti Jungle Tracking, Belajar Memasak di Hutan, Night Walking dan Belajar Menyumpit. Rugi kalau tak melawat di sini.
4. Kubang Gajah Waterpark
Okay. Asyik alam hijau je. Untuk yang berminat untuk ke arah moden sedikit, saya syorkan anda ke Kubang Gajah Waterpark.
Bak kata penduduk di Temerloh, taman tema air ini sehebat Sunway Lagoon tetapi harga tiketnya sangatlah murah. Hanya RM 10 untuk orang dewasa dan RM 8 untuk kanak-kanak. Apa tunggu lagi, jom kita berseronok di sini.
5. Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan
Kalau datang Temerloh, tak sah kalau tak pergi melawat tempat ni. Pusat ini sangat popular kerana mereka yang terlibat telah menyelamatkan gajah-gajah liar yang menjadi mangsa kekejaman pemburu haram sejak 1989 lagi.
Gajah-gajah ini dibela dan dijaga dengan baik dan penuh kasih sayang agar mereka tidak rasa terancam lagi. Apa yang boleh anda buat di sini? Anda boleh berinteraksi dengan mereka dengan memberi makanan dan melihat anak-anak gajah bermain bersama-sama. Suatu pengalaman yang tidak akan anda lupakan.
6. Restoran Claypot Patin Tempoyak
Setelah selesai berkelah, bermandi-manda dan bermain, kita tamatkan perjalanan kita dengan tembakan padu ikan Patin Tempoyak. Bak pepatah Inggeris, “Save the best for the last”. Pahang, terutamanya Temerloh memang famous dengan masakan ini.
Banyak kedai dan restoran yang menjual hidang ini tetapi Restoran Claypot Patin Tempoyak adalah yang terbaik dalam pasaran. Jangan terlepas pulak ye.