6 Tempat Menarik Di Setiu

Tempat menarik di Setiu merangkumi pelbagai tarikan pelancongan, budaya, dan semula jadi yang menjadikan daerah ini destinasi pelancongan yang menarik di Malaysia. Antara tarikan utama ialah Taman Negeri Setiu Wetlands, kawasan tanah bencah semula jadi terbesar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dengan keluasan 23,000 hektar. Setiu Boardwalk pula menawarkan laluan pejalan kaki sepanjang 500 kaki merentasi hutan bakau, sesuai untuk aktiviti pemerhatian burung dan fotografi alam semula jadi.

Pantai Penarik terkenal dengan pemandangan pantai yang memukau, deretan pokok kelapa, dan gerai makanan laut celup tepung yang lazat. Kampung Mangkuk menawarkan pengalaman perkampungan nelayan tradisional dengan penginapan seperti Terrapuri Heritage Village, yang memelihara seni bina rumah Melayu klasik. Rumah Botol di Kampung Baru Penarik merupakan muzium mini yang menampilkan koleksi lebih 7,000 botol yang dikumpul oleh penduduk tempatan, menggambarkan usaha komuniti dalam pemeliharaan alam sekitar.

Lokasi Pelancongan dan Aktiviti Menarik di Setiu

Setiu ialah sebuah daerah yang terletak di utara negeri Terengganu, Malaysia, bersempadan dengan daerah Besut di utara, Hulu Terengganu di barat, dan Kuala Nerus di selatan. Dengan keluasan sekitar 1,304 km², Setiu mempunyai populasi dianggarkan sekitar 62,900 orang pada tahun 2023. Bandar Permaisuri merupakan pusat pentadbiran dan komersial utama daerah ini.

1. Terrapuri Heritage Village

Terrapuri Heritage Village ini adalah sebuah resort yang berkonsepkan istana lama Terengganu. Jadi tak hairanlah kalau ianya dijadikan salah satu lokasi penggambaran filem Hikayat Merong Mahawangsa satu ketika dulu. Di sini juga anda akan dapat melihat pelbagai jenis rumah tradisional yang telah dibina lebih dari 100 tahun yang lalu.

Tapi, biarpun ia masih mengekalkan tradisi melayu lama dan banyak mempamerkan barang-barang klasik. Terrapuri Heritage Village tetap tersergam indah dan mampu mengembalikan aura suasana kehidupan orang dulu-dulu kepada para pengunjungnya. So, kalau anda teringin nak berada di suatu tempat yang berbeza dari kebiasaannya. Jemputlah menginap di sini!

 

2. Setiu Wetland Savannah

Setiu Wetland terdiri daripada sembilan ekosistem yang saling berkait seperti laut, sungai, pantai berpasir, muara, pulau, lumpur, lagun, paya air tawar, dan hutan bakau. Kawasan ini menjadi habitat kepada pelbagai spesies flora dan fauna, termasuk spesies terancam seperti tuntung laut dan penyu hijau

Buat anda yang suka OOTD dengan pemandangan seperti berada di luar negara. Bolehlah singgah ke Setiu Wetland Savannah. Di sini, anda dapat lihat sendiri tumbuhan seperti rumput atau lalang yang tumbuh meliar tapi dengan warna keemasan yang sangat cantik. Disebabkan pemandangan rumput di sana, kawasan itu nampak seolah-olah anda berada di negara Afrika.

 

3. Setiu Wetland

Destinasi ini adalah sangat sesuai untuk mereka yang sukakan alam semula jadi kerana ia kaya dengan hidupan flora dan fauna. Bukan itu saja.

Di sini terdapat pelbagai jenis aktiviti menarik yang dapat anda lakukan antaranya adalah mencari lokan dan kepah, melihat dan memancing banyak spesis ikan berbeza, menaiki river cruise dan sebagainya.

Jadi buat anda yang nak rasa pengalaman mencari kepah di muara sungai atau mencari lokan di paya bakau. Kunjungilah Setiu Wetland.

 

4. Galeri Rumah Botol

Tempat menarik di Setiu seterusnya adalah Galeri Rumah Botol yang dimilki oleh seorang lelaki warga emas yang dikenali sebagai Pak Ali atau Tokki. Galeri ini mula diwujudkan setelah Pak Ali berjaya mengumpul lebih dari 4,000 botol yang hanyut di tepi pantai.

Tambahan lagi, botol-botol di sini bukannya seperti botol-botol biasa. Ada yang berasal dari negara luar seperti Korea, Mexico dan banyak lagi. Selain itu, menurut Pak Ali. Botol-botol tersebut ada yang mengandungi surat atau nota yang ditulis seseorang.

 

5. Ladang Tembikai Kolam Hijau

Kalau Cameron Highland ada ladang teh. Di Setiu Terengganu ada Ladang Tembikai Kolam Hijau. Kalau anda tak pernah berpeluang untuk petik buah tembikai, kini anda boleh lakukannya di sini. Yang pastinya, anda akan berpuas hati dengan hasil petikan anda kerana buah-buah tembikai di sini sangatlah besar dan ladang tersebut sangat luas serta subur menghijau dengan tanaman pokok buah tembikai.

 

6. Kraftangan Kg Gelam

Salah satu tempat menarik di Setiu yang anda harus kunjungi adalah di Kraftangan Kg Gelam. Nama pun dah kraftangan kan, jadi mestilah banyak sangat hasil kraftangan yang dipamerkan dan dijual di sini. Yang paling penting, harga kraftangan yang dijual sangat berpatutan dan mampu milik. Tambahan lagi, semua kraftangan di sini cantik-cantik sampai rambang mata nak pilih.

Leave a Comment