5 Tempat Menarik di Kuala Penyu

Tempat menarik di Kuala Penyu menawarkan pelbagai tarikan semula jadi, budaya, dan rekreasi yang menjadikan daerah ini destinasi pelancongan yang menarik di Sabah. Antara tarikan utama ialah Pantai Batu Luang, yang terkenal dengan formasi batu unik dan lagenda tempatan yang memukau. Pantai Tempurung pula menawarkan pasir putih yang bersih dan suasana tenang, sesuai untuk percutian keluarga.

Bagi penggemar aktiviti luar, Pulau Tiga, yang terkenal sebagai lokasi penggambaran rancangan realiti “Survivor”, menawarkan pengalaman unik dengan gunung berapi lumpur dan ekosistem marin yang kaya. Selain itu, Pesta Rumbia merupakan festival tahunan yang meraikan pokok sagu, menampilkan pelbagai aktiviti kebudayaan dan kulinari tempatan.

Lokasi Pelancongan dan Aktiviti Menarik di Kuala Penyu

Kuala Penyu terletak di barat daya negeri Sabah, Malaysia, dan merupakan ibu daerah bagi Daerah Kuala Penyu dalam Bahagian Pedalaman. Daerah ini meliputi kawasan seluas kira-kira 453 km² dan mempunyai populasi sekitar 20,579 orang berdasarkan bancian tahun 2010. Kuala Penyu terletak di Semenanjung Klias, yang dahulunya diliputi oleh hutan paya bakau sebelum mengalami perubahan guna tanah. Dengan iklim hutan hujan tropika, kawasan ini menerima hujan lebat sepanjang tahun, menjadikannya subur dan sesuai untuk pertanian serta pelancongan alam semula jadi.

1. Monkey Tops Safari

Bila dah sampai di Kuala Penyu, jangan lupa untuk datang ke Monkey Tops Safari. Dekat sini anda akan dapat lihat pelbagai jenis spesis monyet yang berbeza dan banyak lagi hidupan liar lain.

Monkey Tops Safari ini pula terletak betul-betul di tebing Sungai Klias. Apa yang menariknya di sini, anda boleh melakukan aktiviti seperti memancing dan menaiki river cruise di sepanjang tebing sungai sambil menikmati keindahan alam semula jadi.

Selain itu, di sini turut menyediakan kemudahan penginapan homestay untuk mereka yang ingin menginap. Jadi, kalau anda teringin nak cuba bermesra bersama alam, bolehlah datang ke Monkey Tops Safari.

 

2. Rumbia Information Centre (RIC)

Salah satu tempat menarik yang boleh anda lawati adalah Rumbia Information Centre. Di sini, anda akan didedahkan dengan lebih banyak informasi mengenai tumbuhan sagu, rumbia atau ambuyut yang merupakan makanan wajib untuk orang Bisaya dan Kadazan Dusun.

Bukan itu saja! RIC juga mengadakan pameran kraftangan yang diperbuat daripada pokok sagu dan menunjukkan bagaimana cara untuk membuat pelbagai aneka juadah sagu.

Jika anda tertanya-tanya macam mana rupa sagu yang sebenarnya. Jangan lupa singgah di sini.

 

3. Pantai Batu Luang

Sekiranya anda sukakan pemandangan air laut atau pantai yang indah. Bolehlah datang ke Pantai Batu Luang yang bukan calang-calang cantiknya.

Di sini, anda akan dapat lihat pantai yang mempunyai batu besar dan beberapa buah gua dalam pelbagai bentuk dan saiz. Namun begitu, pantai ini tidak ada sebarang fasiliti atau kemudahan seperti hotel, kedai makan, tandas dan seumpamanya.

Oleh itu, ia hanya sesuai dijadikan sebagai sebuah tempat persinggahan untuk mereka yang suka mengambil gambar dan inginkan suasana pantai yang damai.

 

4. Pulau Tiga Resort

Anda inginkan tempat percutian santai yang penuh dengan aktiviti? Jom datang ke Pulau Tiga Resort, Kuala Penyu. Sepanjang anda menginap di sini, ada pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda lakukan. Antaranya adalah sukan memanah, berkayak, mandi lumpur dan banyak lagi.

Pemandangan pulau di sini juga tidak kurang hebatnya dengan pulau-pulau lain yang ada di Kuala Penyu. Anda juga dapat rasakan pengalaman menginap di resort atas permukaan air. Kalau rasa nak santai-santai pula, anda boleh bermain buaian di atas air, melepak dan minum serta mengambil gambar di tepi pantai.

 

5. Pantai Sawangan, Kuala Penyu

Di Pantai Sawangan ini, anda akan dapat lihat sebuah jambatan atau jeti. So, dekat jeti itu bolehlah tangkap gambar sebagai kenang-kenangan. Pemandangan pantai ini pun cantik dan bersih.

Kalau datang ke sini, sangatlah sesuai untuk datang bersama keluarga atau anak-anak. Jangan risau, dekat sini ada disediakan taman permainan dan juga tempat duduk untuk santai-santai. Jadi kalau anak-anak nak main dekat taman permainan, mak ayah boleh awasi anak sambil menikmati keindahan pantai.

Leave a Comment