Tempat menarik di Shah Alam merangkumi pelbagai tarikan pelancongan, budaya, dan semula jadi yang menjadikan bandar ini destinasi pelancongan yang menarik di Malaysia. Antara tarikan utama ialah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, juga dikenali sebagai Masjid Biru, yang merupakan masjid terbesar di Malaysia dan kedua terbesar di Asia Tenggara. Masjid ini menampilkan kubah biru dan perak yang besar serta empat menara setinggi 142.3 meter.
Taman Botani Negara Shah Alam menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi seperti berbasikal, mendaki, dan taman tema Skytrex Adventure. Taman ini juga menempatkan pelbagai spesies tumbuhan tropika dan haiwan. i-City Shah Alam merupakan taman tema digital yang terkenal dengan hutan lampu LED, Snowalk, taman air, dan pelbagai tarikan interaktif lain. Ia menjadi destinasi popular terutama pada waktu malam.
Taman Tasik Shah Alam ialah taman rekreasi seluas 43 hektar yang direka oleh arkitek landskap Jepun, Fumiaki Takano. Taman ini menawarkan laluan pejalan kaki, kawasan berkelah, dan aktiviti air seperti berkayak. Kompleks Kesenian Islam Selangor menampilkan galeri seni Islam, termasuk kaligrafi, manuskrip al-Quran, dan seni bina Islam. Kompleks ini juga menjadi pusat pendidikan seni Islam di negeri ini.
Tarikan Utama Destinasi Percutian di Shah Alam
Lokasi Pelancongan dan Aktiviti Menarik di Shah Alam
Shah Alam ialah ibu negeri Selangor dan merupakan salah satu bandar terancang pertama di Malaysia selepas merdeka. Terletak kira-kira 25 km di barat daya Kuala Lumpur, bandar ini meliputi kawasan seluas 290.3 km² dan mempunyai populasi sekitar 740,750 orang pada tahun 2017.
1. Dapatkan kepuasan adrenalin anda di Skytrex Adventure
Destinasi hangat ketika waktu hujung minggu yang popular di kalangan penduduk tempatan, Skytrex Adventure adalah tempat yang mesti dilawati di Shah Alam jika anda ingin memacu jantung anda. Anda boleh terbang, berayun, meluncur, dan bergantungan di pelbagai rintangan udara yang tersedia di atas Hutan Hujan Malaysia tropika yang rimbun. Selain itu mereka juga menawarkan aktiviti luar yang menarik seperti basikal, ATV, Zoo, Four Season House, mendaki dan berkayak.
2. Atasi cuaca panas tropika di Wet World Water Park Shah Alam
Wet World Waterpark adalah taman air berorientasikan keluarga yang memberi tumpuan pada tema hutan tropika, lengkap dengan formasi batu unik dan pokok-pokok yang menjulang tinggi yang pastinya menyediakan kawasan teduh yang luas. Dengan pelbagai permainan air seperti Pirate Challenge, Kiddy Typhoon Lagoon, Pirate Cove, dan jangan terlepas luncuran Monsoon Buster, semuanya sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak.
3. Lihat Haiwan secara dekat di Aviary & Bunny Park
Terletak di Taman Botani Negara Shah Alam, Aviary & Bunny Park adalah tarikan zoo mini untuk kanak-kanak. Selain itu, Pendidikan Haiwan Peliharaan disediakan untuk kanak-kanak mengetahui lebih lanjut tentang binatang dan mendorong mereka untuk mencintai dan memulihara haiwan. Ia juga pasti dapat mengajar mereka tentang empati dan simpati terhadap haiwan. Siapa tahu, mereka bakal menjadi pemulihara dunia haiwan tersohor satu hari nanti.
4. Menunggang kuda di Denai Alam Riding & Recreation Club (DARC)
DARC adalah tempat perlindungan kuda sesuai untuk ibu bapa dan kanak-kanak untuk melihat dan menikmati keseronokan dan kegembiraan menunggang kuda. Bukan sekadar kelab rekreasi, DARC juga merupakan tempat yang bagus untuk rakan-rakan berkumpul pada hujung minggu, untuk bersama-sama menikmati aktiviti menunggang rekreasi.
5. Berjalan-jalan di sekitar Taman Tasik Shah Alam
Taman Tasik Shah Alam adalah salah satu tempat percutian terbaik untuk berjalan-jalan dan berkelah pada waktu petang. Ia adalah tasik buatan manusia yang dikelilingi kehijauan yang subur di tengah-tengah pusat bandar Shah Alam. Terkenal dengan restoran makanan laut terapung yang menyajikan masakan Malaysia yang sungguh enak, taman rekreasi ini juga merangkumi taman permainan kanak-kanak, bangku dan kemudahan sewa kayak. Lengkap dengan pelbagai kemudahan asas seperti kawasan letak kereta dan tandas awam, Taman Tasih Shah Alam ini semestinya amat sesuai untuk dijadikan destinasi pilihan untuk bersantai bersama keluarga.
6. Alami musim sejuk di SnoWalk @ i-City
Disebut sebagai Winter Wonderland tertutup pertama di Asia Tenggara, suhu dalam SnoWalk dikatakan sentiasa dikekalkan di bawah 5 darjah Celsius dengan salji 100mm di bawah tapak kaki. Ia mempunyai ruang seluas 50 ribu kaki persegi dan lebih dari 100 tan patung ais yang dibentuk oleh pasukan 30 seniman dari Harbin, China. Ia juga mempunyai zon permainan untuk aktiviti yang menyeronokkan seperti membuat orang salji, gelongsor ais dan bermain toboggan.
7. Terokai keindahan alam di Taman Botani Nasional Shah Alam
Dahulu dikenali sebagai “Taman Pertanian Taman Cahaya Seri Alam”, taman botani ini adalah rumah bagi taman-taman, empangan, tasik dan chalet. Cara terbaik untuk menikmati taman ini adalah dengan menyewa basikal atau berjalan-jalan perlahan untuk meneroka keindahan semula jadi tempat ini. Jadi jika anda mencari sesuatu untuk dilakukan bersama yang tersayang di sekitar Shah Alam tanpa menggunakan tenaga yang tinggi, kunjungi Taman Botani Nasional Shah Alam ini.
8. Baca buku di Perpustakaan Raja Tun Uda
Terletak di seberang Golf Club House, Perpustakaan Raja Tun Uda dijuluki sebagai “perpustakaan dalam taman.” Dikelilingi oleh pemandangan bukit yang hijau, perpustakaan ini menarik banyak pengunjung, bukan hanya peminat buku dengan seni bina kaca kontemporari, malahan pengunjung yang mencari pengalaman berbeza dan unik. Selain pilihan buku yang pelbagai, perpustakaan ini juga dilengkapi dengan komputer yang tersedia untuk disewa dan teater 6D berteknologi tinggi.
9. Ambil gambar di Laman Seni 7
Laman Seni 7 di Seksyen 7 adalah kesinambungan dari sebuah projek untuk mengubah lorong-lorong rumah kedai menjadi mural yang penuh warna dan pelbagai. Inginkan gambar berlatarbelakangkan mural menarik untuk pengikut anda di laman social? Jadikan Laman Seni 7 ini sebagai studio anda. Terkenal dengan hashtag #lorongbelakang kerana popularitinya semakin meningkat, Laman Seni 7 menjadi salah satu tempat paling menarik dan paling “hip” di Instagram di Shah Alam.
10. Lawati masjid terbesar di Malaysia
Shah Alam dikenali sebagai rumah kepada masjid terbesar di Malaysia yang diberi nama Masjid Negeri Shah Alam atau dikenali secara rasmi sebagai Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Masjid yang indah samaada di bahagian dalam atau luar, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah adalah karya seni bina mutlak untuk dilihat. Mereka juga menyediakan pemandu pelancong percuma, sesuai untuk orang bukan Islam untuk mengetahui lebih banyak mengenai Islam.