Tempat menarik di Pulau Pangkor merujuk kepada destinasi pelancongan yang menawarkan pantai berpasir putih, tapak bersejarah, aktiviti air, dan keindahan alam semula jadi. Pulau ini terletak di Perak, kira-kira 90 km dari Ipoh dan 4 km dari Lumut. Dengan keluasan sekitar 18 km², Pulau Pangkor dikelilingi oleh perairan Selat Melaka dan merupakan antara pulau percutian terdekat dari Lembah Klang, menjadikannya destinasi popular untuk percutian keluarga atau rombongan.
Lokasi dan Aktiviti Menarik di Pulau Pangkor
Destinasi Pelancongan di Pulau Pangkor
Pulau Pangkor dalam konteks pelancongan dan geografi adalah sebuah pulau berbukit-bukau dengan hutan hujan tropika yang masih terpelihara. Ia mempunyai pantai seperti Teluk Nipah, Pasir Bogak, dan Coral Bay, serta tarikan sejarah seperti Kota Belanda dan Batu Bersurat. Pulau ini menerima kira-kira 500,000 pelancong setiap tahun, dengan kemudahan penginapan mulai dari resort mewah hingga homestay bajet.
Kota Belanda (Dutch Fort)
Kota Belanda adalah peninggalan sejarah yang dibina oleh Belanda pada abad ke-17. Ini merupakan tempat yang menarik untuk mengetahui sejarah kolonial Pulau Pangkor. Kota ini dibuka setiap hari dan masuk adalah percuma.
Kota Belanda dibina pada 1670 sebagai kubu penyimpanan bijih timah oleh penjajah Belanda. Tapak bersejarah ini terletak di Teluk Gedung dan menjadi bukti campur tangan Belanda dalam perdagangan timah di Perak.
Batu Bersurat
Tempat menarik seterusnya terletak berhampiran dengan Kota Belanda. Batu bersurat ini terletak hanya dalam 100 meter sahaja daripada Kota Belanda. Apa yang ditunjukkan pada batu bersurat ini adalah gambar seorang kanak-kanak dibaham oleh seekor harimau, agak menyeramkan juga satu lukisan sebegini diabadikan pada sekeping batu kan?
Mengikut kepercayaan orang ramai, batu ini digunakan untuk mengingati peristiwa di mana seorang kanak-kanak telah dimakan seekor binatang buas. Sebenarnya banyak versi lain lagi tentang kisah di sebalik gambar ini.
Lagi satu yang pelik pasal batu ini adalah penduduk tempatan mengatakan yang batu ini pada asalnya memiliki saiz yang kecil tapi semakin lama ia kelihatan seperti semakin besar, seolah-olah hidup. Datanglah ke sini kalau nak lihat dengan lebih dekat lagi baru bersurat yang terkenal ini, mana tahu, kalau-kalau anda dapat merungkai misteri di sebalik batu ni.
Kilang Hasil Laut Pak Su
Bagi yang beragama Islam, bab kebersihan dan isu makanan halal memang tak boleh diambil ringan. Untuk membeli-belah hasil laut tanpa was-was, anda boleh singgah ke Kilang Hasil Laut Pak Su, satu-satunya kilang hasil laut yang diusahakan oleh Muslim di pulau ini.
Hasil laut seperti ikan dan sotong diproses dengan menggunakan teknologi yang canggih di mana kesemuanya akan disalai dengan menggunakan oven yang tertutup. Manakala proses pengeringan pula, hasil laut akan diletakkan di dalam bilik pengeringan dengan menggunakan teknologi yang menghasilkan produk yang seolah-olah dikeringkan di bawah matahari.
Proses kilang ini tidak terhenti di situ, mereka juga menghasilkan sos buatan sendiri untuk sate ikan serta sate sotong yang dihasilkan. Kesemua proses yang dilakukan di kilang ini amat menitikberatkan kebersihan serta bebas dari sebarang pencemaran sama ada haiwan dan habuk selain bebas alkohol.
Kilang Sate Ikan Hai Seng Hin
Kilang Sate Ikan Hai Seng Hin menjual produk makanan laut seperti sate ikan dan sotong. Ikan bilis mata biru adalah produk eksklusif yang hanya terdapat di Pulau Pangkor.
Joe Fisherman Inn
Anda hanya perlu memandu dalam 10 minit dari jeti utama Pangkor untuk ke Joe Fisherman Inn yang menawarkan 32 buah bilik penginapan yang selesa. Bilik-biliknya yang dibina dari kayu memberikan suasana hotel ‘tropikal.’ Biliknya juga agak luas dan lengkap dengan pelbagai kemudahan yang dapat menjamin keselesaan.
Setelah puas merehatkan badan di atas katil empuk, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik dengan menggunakan pelbagai fasiliti yang disediakan seperti kolam renang (termasuk kolam untuk anak kecil), ruang santai keluarga, ruang bbq dan bilik karaoke di tingkat paling atas dan banyak lagi.
Anda turut boleh mencuba pelbagai aktiviti rekreasi menarik lain dengan pihak penginapan. Antara aktiviti yang ditawarkan adalah sukan air (banana ride, jet ski, kayak dan sebagainya), teambuilding, jungle trekking dan banyak lagi.
Nipah Guesthouse Pangkor
Nipah Guesthouse Pangkor adalah sebuah penginapan yang terletak di dalam kawasan kampung yang damai menjadikan ianya lokasi yang sempurna untuk anda mendapatkan ketenangan fikiran.
Dengan memilih guesthouse ini sebagai tempat penginapan, anda dapat menginap di dalam kabin yang cukup selesa. Bangun dari tidur pula, anda dapat menikmati pelbagai hidangan yang disediakan seperti roti bakar, telur, sosej, penkek, buah-buahan segar dan banyak lagi. Minuman seperti kopi dan teh pula sentiasa tersedia tanpa mengira waktu!
Dah puas bersantai, anda boleh terjun ke dalam kolam renangnya yang cukup luas atau sekadar bersantai menikmati angin segar di taman yang berlanskap indah.
Mengenai kedudukannya pula, Nipah Guesthouse Pangkor adalah sebuah penginapan yang terletak di lokasi yang cukup menarik, hanyalah 5 minit berjalan kaki dari Teluk Nipah dan 10 minit dari Coral Beach.
Pulau Giam
Pulau Giam adalah pulau kecil berhampiran Teluk Nipah yang terkenal dengan aktiviti snorkeling. Airnya yang jernih dan kehidupan marin yang kaya menjadikannya destinasi yang ideal untuk pencinta alam. Pulau ini terletak bersebelahan degan Pulau Mentagor, dan berhadapan dengan Teluk Nipah. Wah, betigut banyak tempat nak dilawati di Pulau Pangkor ni ya, semuanya indah-indah belaka.
Untuk ke Pulau Giam ini, daripada Teluk Nipah anda boleh memilih untuk berkayak bagi mereka yang berstamina tinggi ataupun menaiki bot saja, bergantung kepada anda. Kalau nak santai-santai saja, naiklah bot, kalau nak lasak sikit, boleh cuba berkayak. Yang menariknya di pulau ini, airnya jernih jadi bolehlah anda bersnorkeling di sini.
Pulau Marina
Marina Island atau Pulau Marina adalah pulau buatan manusia yang pertama di Malaysia. Terletak bertentangan dengan Pulau Pangkor, pulau yang berkeluasan hampir 320 ekar ini menempatkan pelbagai fasiliti dan tarikan yang menjadikan ia sebagai sebuah destinasi percutian menarik untuk dilawati bersama keluarga.
Antara fasiliti yang disediakan adalah penginapan yang selesa seperti Marina Island Pangkor Resort & Hotel, restoran, unit kediaman, dewan konvensyen, kolam memancing dan juga taman tema air. Sekiranya anda ingin ke Pulau Pangkor untuk melihat lebih banyak lagi tarikan lain, anda boleh ke Kompleks Jeti Marina untuk mendapatkan perkhidmatan feri dengan perjalanan yang hanya mengambil masa selama 10 minit sahaja untuk tiba ke Pulau Pangkor.
Pulau Jarak
Terletak dalam sekitar 64 km dari Pulau Pangkor di tengah-tengah lautan Selat Melaka, Pulau Jarak adalah sebuah pulau yang terkenal dengan aktiviti memancing. Perairan di sekitar pulau yang hanyalah bersaiz 8 hektar ini cukup kaya dengan pelbagai hidupan marin seperti ikan tuna, ikan alu-alu dan banyak lagi.
Untuk menuju ke sini dari Pulau Pangkor, anda boleh mendapatkan perkhidmatan bot dari Pasir Bogak dengan caj yang bermula dari RM300. Masa yang diambil untuk sampai ke Pulau Jarak adalah dalam sekitar 2 jam bergantung kepada kelajuan bot.
Pulau Sembilan
Pasti anta tertanya-tanya kenapa ianya dinamakan Pulau Sembilan kan? Pulau ini sebenarnya terdiri daripada 9 gugusan pulau yang tidak berpenghuni iaitu Pulau Agas, Pulau Nipis, Pulau Payong, Pulau Lalang, Pulau Rumbia, Pulau Saga, Pulau Buluh, White Rock dan Black Rock.
Di sekitar pulau-pulau ini terdapat beberapa lokasi menyelam yang cantik, namun begitu spot yang paling terkenal adalah White Rock yang menawarkan panorama dalam laut yang mempunyai bermacam jenis flora dan fauna dalam air seperti karang keras, ikan kakatua, ikan alu-alu dan banyak lagi. Sebelum ke sini, pastikan anda ketahui bahawa aktiviti menyelam di sekitar Pulau Sembilan kebiasaannya hanya ditawarkan sekitar bulan November sehingga Mac.
Selain kekayaan hidupan marinnya, pantai di Pulau Sembilan juga turut menyajikan pemandangan memukau dikala langit gelap. Pada ketika ini kawasan pantai akan mula bercahaya disebabkan oleh fenomena yang digelar sebagai Blue Tear ataupun Blue Sand.
Pulau Mentagor
Pulau Mentagor adalah spot snorkeling popular dengan terumbu karang yang cantik. Bot ke pulau ini boleh disewa dari Teluk Nipah dengan harga sekitar RM50-100 untuk perjalanan berkumpulan.
Pantai Teluk Ketapang
Pantai Teluk Ketapang terletak di antara dua buah pantai iaitu Teluk Nipah dan Pasir Bogak, kawasan pantai yang indah Teluk Ketapang adalah sebuah tarikan di Pangkor yang mampu memberikan ketenangan yang diidamkan. Kawasan pantai ini dipisahkan daripada jalan raya dengan sebuah padang rumput yang luas.
Semasa berada di sini, anda boleh berehat di tempat duduk batu yang disediakan sambil menikmati udara segar atau menaiki menara pemerhatian yang terdapat di sini untuk melihat pemandangan di sekitar. Turut terdapat di sini adalah sebuah jeti di mana anda boleh mendapatkan perkhidmatan bot untuk mengelilingi sekitar pulau.
Pantai Teluk Nipah
Pantai Teluk Nipah adalah destinasi popular untuk pelancong yang mencari suasana santai. Pantai ini juga merupakan tempat yang baik untuk melihat burung enggang dan menikmati makanan laut tempatan.Banyak aktiviti air yang ditawarkan di pantai ini, pasti seronok anak-anak anda bila bercuti sambal melakukan aktiviti yang melibatkan main air ni, bukan setakan budak kecil, yang dewasa pun suka juga.
Tapi anda harus biijak mencari pakej aktiviti air yang murah, tak adalah terasa berat nak keluarkan duit poket untuk beramai-beramai bermain air. Ada yang murah, ada yang mahal, survey dulu baru puas hati. Kawasan ni agak padat pada musim cuti sekolah. Tapi tak apalah kan, ramai atau tidak, yang penting anda sekeluarga dapat berseronok. Sekitar pantai ini juga dimeriahkan dengan gerai-gerai untuk anda membeli kudapan dan makan sambil menikmati pemandangan.
Pantai Coral
Pantai Coral dikenali dengan keindahan semula jadinya dan suasana yang tenang. Ia adalah tempat yang sesuai untuk berenang, berjemur, dan menikmati matahari terbenam yang menakjubkan. Pantai Coral menawarkan pelbagai aktiviti sukan air seperti jet ski, banana boat, dan snorkeling. Terdapat banyak gerai penyewaan peralatan sukan air di sepanjang pantai ini, menjadikannya destinasi popular untuk penggemar aktiviti air.
Pantai Pasir Bogak
Pantai Pasir Bogak terkenal dengan pasir putihnya yang lembut dan air laut yang jernih. Ia adalah tempat yang sesuai untuk berenang, berjemur, dan menikmati aktiviti sukan air seperti snorkeling dan jet ski.
Di sepanjang pantai ini sudah tersedia meja-meja untuk anda hidangkan makanan dan dimakan bersama keluarga sambil melihat panorama indah Pantai Pasir Bogak ini. Kalau anda terlupa nak bawa makanan jangan risaulah, banyak juga gerai-gerai makanan di sekeliling, air kelapa pun ada dijual, kombinasi yang sempurna sambil melepak tepi pantai.
Sambil-sambil anda menikmati air kelapa itu, anda dapat melihat ramai nelayan yang sibuk dengan jaring masing-masing untuk menangkap hasil laut. Aktiviti lain yang anda boleh buat di pantai ini adalah seperti menaiki bot untuk merasa pengalaman makan angin atas laut ataupun untuk mencuba sendiri aktiviti menjala, dapat ikan atau tak, sekurang-kurangnya dapatlah keluarga anda merasa pengalaman yang rare ni. Bukan itu saja, anda juga dapat bermandi-manda di pantai ni, tapi hati-hati ya, sebab dasarnya agak berbatu.
Pantai Puteri Dewi / Pantai Emas
Hanyalah beberapa kilometer dari Teluk Nipah adalah Pantai Puteri Dewi ataupun Pantai Emas. Kedudukannya hanyalah 2 km dari Jeti Teluk Dalam.Kenapa dinamakan Pantai Emas? Maaf kalau penjelasan ini membuatkan anda kecewa, ia bukanlah disebabkan oleh kehadiran emas untuk dilombong, tapi kerana pasirnya yang kelihatan seperti emas ketika matahari mula terbenam.
Selain memiliki pemandangan yang menarik, pantai ini juga meriah dengan pelbagai aktiviti seperti snorkeling, memancing, menyelam skuba, berkelah dan banyak lagi sukan air yang lain.Namun begitu, kawasan pantai ini hanyalah dibuka kepada penginap Pangkor Island Beach Resort. Dapat dilihat di sepanjang kawasan pantai ini terdapat penginapan-penginapan yang dibina.
Pantai Teluk Dalam
Pantai Teluk Dalam adalah pantai yang tenang dengan pasir putih dan air yang jernih. Ia adalah tempat yang sesuai untuk berkelah, berenang, dan menikmati keindahan alam semula jadi.
Pantai Teluk Belanga
Pantai Teluk Belanga adalah pantai yang kurang dikenali tetapi menawarkan suasana yang damai dan pemandangan yang indah. Ia adalah tempat yang sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan jauh dari kesibukan.
Pantai Teluk Segadas
Pantai Teluk Segadas adalah pantai yang terpencil dan hanya boleh diakses melalui trek hutan. Ia menawarkan pengalaman yang unik bagi mereka yang mencari pengembaraan dan keindahan semula jadi yang belum terusik.
Masjid Kampung Melayu Pangkor
Bukan sekadar menjadi salah satu tempat menarik di Pulau Pangkor, masjid ini adalah nadi kepada masyarakat setempat di sini dan juga untuk pelancong yang beragama Islam.
Terletak tidak jauh dari tarikan Kubu Belanda dan jeti Pangkor, Masjid Kampung Melayu Pangkor adalah sebuah masjid tertua yang indah di Pangkor. Bersebelahan dengan masjid ini terdapat sebuah kubur kecil yang dikatakan telah berusia lebih daripada 200 tahun. Di hadapan masjid ini pula terletaknya Pangkor Lookout Point.
Setelah menunaikan ibadah di dalam masjid ini dan melihat keindahan seni binanya, bolehlah anda melawat pelbagai tarikan menarik yang terdapat di sekitarnya.
Masjid Terapung Pulau Pangkor
Bukan di Terengganu je yang ada masjid terapung, di Pulau Pangkor pun ada! Sebenarnya, masjid ini agak baru di Pulau Pangkor. Masjid Terapung Pulau Pangkor yang juga dikenali dengan nama Masjid Al-Badr 1000 Selawat ini sebenarnya adalah hasil inspirasi daripada Menteri Besar Perak.
Dalaman masjid ini sangat indah dengan pelbagai jenis dekorasi yang lain dari yang lain dan menarik. Diberi nama 1000 selawat kerana terdapat kaligrafi 1000 selawat di dinding masjid. Kos pembinaan masjid ini adalah RM11.6 juta dan siap pada tahun 2016. Datanglah ke sini untuk menghayati hasil seni islamik yang masih segar lagi di masjid ini.
Masjid Sungai Pinang Kecil
Masjid Sungai Pinang Kecil mempunyai seni bina unik gabungan pengaruh Cina dan Islam. Masjid ini dibina dengan bumbung hijau dan gerbang bulat, menampilkan kaligrafi ayat Al-Quran di dinding dalamannya.
Sunset View Chalet
Sebagai sebuah pulau, sudah semestinya ia menjanjikan pengalaman eksotik yang mustahil dapat dilihat di kawasan bandar. Salah satunya adalah pengalaman untuk melihat burung enggang di depan mata sendiri.
Untuk merasai pengalaman ini, anda boleh datang ke Sunset View Chalet untuk melihat kehadiran burung enggang pada setiap pukul 6 petang. Ada ketika, lebih daripada 20 ekor burung enggang akan datang untuk mendapatkan makanan di sini.
Pemilik chalet ini sendiri iaitu Anas Aidil berkata bahawa tradisi memberi makan kepada burung enggang telah dimulakan oleh ayahnya sendiri sekitar lebih 15 tahun yang lalu.
Bukit Pangkor
Bukit Pangkor adalah destinasi untuk aktiviti mendaki dengan laluan yang membawa ke puncak tertinggi di Pulau Pangkor. Pendakian ini menawarkan pemandangan yang menakjubkan dan peluang untuk melihat flora dan fauna tempatan.
Tortoise Hill
Untuk anda yang sukakan sedikit cabaran, apa kata kalau berjungle trekking di bukit ini? Memang cool juga kalau berkelah atau bersantai di bawah pokok-pokok yang rendang di puncak bukit ni sambil mengimbau kenangan lama.Sambil-sambil bersantai itu anda dapat menikmati pemandangan indah sekeliling Pulau Pangkor yang dikelilingi pokok-pokok menghijau dan Selat Melaka sebab puncak bukit ini adalah puncak yang tertinggi di pulau ini.
Dekat sini juga anda dapat melihat bermacam jenis flora dan fauna yang menarik seperti orkid-orkid yang jarang dijumpai di tempat lain dan burung-burung yang berwarna-warni seperti burung enggang. Tapi hati-hati juga ya sebab kera pun ada.
Lumut Waterfront
Lumut Waterfront adalah kawasan rekreasi di Lumut sebelum menaiki feri ke Pulau Pangkor. Kawasan ini mempunyai jeti, kedai cenderamata, dan gerai makanan laut. Feri beroperasi dari jam 7 pagi hingga 8.30 malam dengan tambang RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.
Lumut Waterfront ini merupakan tempat yang pertama sekali anda perlu pergi untuk menaiki feri ke Pulau Pangkor. Pemandangan dekat sini boleh tahan juga menariknya.Kalau anda datang awal pagi ke sini, dapatlah anda sekeluarga menikmati pemandangan matahari naik yang sangat indah. Bukan setakat ada pemandangan yang cantik, tapi gerai-gerai dan restoran yang menjual hasil laut pun banyak. Nak lepak makan ABC, seafood, KFC, semua ada.
Jadi, datang je ke sini dengan perut kosong, cari gerai yang anda suka di sini untuk menjamu selera, kemudian bolehlah mulakan penjelajahan anda ke Pulau Pangkor dengan feri dari jeti di waterfront ini.Dalam perjalanan ke Pulau Pangkor yang mengambil masa lebih kurang 20 minit ini anda bolehlah bergambar sepuas-puasnya di feri tu nanti, bukan senang nak dapat pengalaman naik feri kan.
Teksi Van Merah Jambu
Ini bukanlah tempat menarik di Pangkor. Namun, lebih kepada aktiviti yang sangat menarik yang pasti buat kanak-kanak suka.Kalau di Melaka ada beca yang dihias dengan penuh warna-warni, di Pulau Pangkor pula terdapat pengangkutan teksi yang berwarna merah jambu. Teksi van ini sentiasa tersedia sepanjang hari untuk memudahkan para pelancong meneroka sekitar Pulau Pangkor.
Lengkap dengan 10 buah tempat duduk, tak perlulah risau sekiranya anda datang bercuti beramai-ramai. Namun begitu, teksi di pulau ini tidak dilengkapi dengan meter. Untuk lebih selamat, anda perlu tanya terlebih dahulu jumlah caj yang dikenakan untuk ke destinasi.
Pukat Tarik
Pukat tarik merupakan aktiviti yang terkenal di Pangkor. Sekiranya anda bercuti beramai-ramai tak kiralah bersama keluarga atau sahabat handai, pukat tarik harus dijadikan salah satu aktiviti yang wajib dicuba!
Bagaimana caranya? Dapatkan perkhidmatan kru bot untuk lemparkan pukat untuk anda kemudian anda dan kumpulan anda mesti menarik pukat ini dari kawasan pantai dan dapatkan hasil laut sebanyak yang mungkin, merasalah jadi nelayan sekejap kan.
Jika anda berminat untuk melakukan aktiviti ni, anda boleh menghubungi pihak penginapan. Untuk pengetahuan anda, aktiviti ini sering dilakukan di kawasan pantai sekitar Pasir Bogak dan Teluk Nipah sebanyak 3 kali sehari, dan ini juga bergantung kepada pasang surut air.
Kuil Fu Lin Kong
Kuil Fu Lin Kong adalah kuil Taoist yang terkenal di Pulau Pangkor. Terletak di kampung Sungai Pinang Besar, kuil ini menampilkan seni bina yang unik dengan replika Tembok Besar China dan taman-taman yang indah. Kuil ini dibuka setiap hari dari pagi hingga petang, dan masuk adalah percuma.
Kuil Sri Pathira Kaliamman
Kuil Sri Pathira Kaliamman adalah kuil Hindu yang terletak berhampiran pantai, menawarkan suasana yang damai dan pemandangan laut yang indah. Kuil ini dibuka setiap hari dari jam 6 pagi hingga 9 malam.
Kuil Lin Je Kong
Kuil Lin Je Kong adalah kuil Buddha yang terletak di hujung utara Pantai Coral. Ia menawarkan pemandangan laut yang menakjubkan dan suasana yang tenang untuk meditasi dan refleksi.
Hoo Huat Boat Builder
Hoo Huat Boat Builder adalah bengkel pembuatan bot tradisional di Sungai Pinang Kecil. Kos pembinaan sebuah bot boleh mencecah RM700,000 dan mengambil masa 4-5 bulan untuk disiapkan.
Pekan Pangkor
Pekan Pangkor adalah pusat bandar dengan kemudahan seperti bank, kedai makan, dan kedai cenderamata. Kawasan ini menjadi tumpuan pelancong untuk membeli oleh-oleh seperti keropok ikan bilis mata biru.
Galeri Panorama Pangkor
Galeri Panorama Pangkor mempamerkan sejarah Pulau Pangkor sejak era Gangga Negara. Galeri ini percuma untuk dilawati dan menampilkan salinan Perjanjian Pangkor 1874.