Tempat menarik di Bagan Lalang merujuk kepada pelbagai tarikan semula jadi dan aktiviti rekreasi yang menjadikannya destinasi santai yang popular, khususnya bagi pelancong tempatan yang mencari percutian pendek berhampiran pantai. Pantainya yang landai dan sesuai untuk aktiviti keluarga seperti berkelah, berkhemah, dan bermain layang-layang menarik kunjungan ramai pada hujung minggu.
Bagan Lalang juga terkenal dengan deretan restoran makanan laut segar yang menjadi tumpuan pelancong untuk menikmati hidangan seperti ketam masak cili, ikan bakar, dan udang galah.
Lokasi Bercuti Bagan Lalang
Destinasi Pelancongan dan Aktiviti Menarik di Bagan Lalang
Bagan Lalang terletak di bahagian barat daya negeri Selangor, dalam daerah Sepang, bersempadan dengan Negeri Sembilan. Ia berhadapan dengan Selat Melaka dan terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), menjadikannya lokasi yang mudah diakses. Kedudukannya yang strategik serta suasana kampung yang tenang menjadikan Bagan Lalang sebagai destinasi ideal untuk mereka yang ingin lari seketika daripada kesibukan kota.
1. Pantai Bagan Lalang
Jika anda ke Bagan Lalang, salah satu aktiviti yang anda boleh lakukan ialah menangkap ketam. Pantai di sini akan surut dan anda boleh berjalan sejauh 300-400m ke kawasan tengah laut. Jika anda ada anak-anak kecil, mereka pasti akan berseronok di sini. Anda juga boleh bermain layang-layang dan menikmati angin pantai. Terdapat banyak kedai yang menjual layang-layang di sini.
Selain itu, anda tidak perlu risau kerana fasiliti untuk kemudahan anda lengkap disediakan. Kerusi dan pondok turut banyak disediakan untuk keselesaan pengunjung. Anda juga boleh membawa sendiri tikar dan alatan bbq untuk aktiviti di sana.
2. Jeti Memancing Wak Sempuh
Seterusnya, tempat menarik di Bagan Lalang ialah Jeti Memancing Wak Sempuh. Bagi kaki pancing, tempat ini menjadi tumpuan untuk memancing.
Dengan hanya membayar RM4, anda sudah boleh memancing di sini. Siakap, jenahak, senangin, dan banyak lagi jenis ikan menjadi buruan di sini. Anda juga boleh menyewa bot di sini. Klik sini untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan.
3. Fishing Buddies Fishing Pond
Seterusnya, antara tempat menarik di Bagan Lalang ialah Fishing Buddies Fishing Pond. Dengan bayaran sebanyak RM100 selama sejam, anda dijanjikan minimum 5 ekor ikan! Sangat berbaloi jika anda bukanlah kaki pancing yang tegar menunggu ikan.
Kolam ini mempunyai ikan yang besar dan anda pasti puas hati dengan tangkapan anda. Untuk maklumat lanjut dan ingin membuat sebarang pertanyaan tentang servis yang diberikan mereka, layari facebook mereka di sini.
4. Jeti Nelayan Sepang
Jika anda inginkan pengalaman memancing dengan pemandangan yang menenangkan, anda boleh ke Jeti Nelayan Sepang.
Bayaran di sini lebih murah berbanding dengan jeti memancing yang lain. Namun, ikan-ikan di sini tidak kurang banyaknya dan anda juga boleh menikmati keindahan alam sambil memancing.
5. Rumah Rakit Hobbit Sekroy
Anda inginkan kelainan untuk percutian anda di Bagan Lalang? Anda wajib ke Rumah Rakit Hobbit Sekroy. Selain boleh menjadi penginapan anda, anda juga boleh memancing di sini. Bercuti sambil memancing orang kata. Ini mesti menjadi kegemaran kaki pancing. Selain dapat membawa keluarga bercuti (jika ada keluarga), anda juga boleh meluangkan masa dengan hobi anda.
Rumah rakit ini seperti tempat penginapan yang biasa, ada dapur, ruang rehat, ruang tinjau dan juga tempat untuk bbq. Terdapat beberapa jenis rumah rakit, bergantung kepada jumlah orang.Jika anda ingin memancing di tempat lain, anda juga boleh menempah bot dengan pemilik rumah rakit ini. Anda digalakkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu, dan sebarang pertanyaan anda boleh ajukan di sini.
6. MS Family Boat House
Seterusnya, tempat menarik di Bagan Lalang ialah di MS Family Boat House sini. Jika anda ingin bercuti beramai-ramai sambil bersantai dan memancing, anda boleh ke sini. Untuk ke rumah rakit ini, anda akan dibawa dengan boat dari Jeti Sirip Biru ke boathouse.
Anda boleh memancing sepanjang masa anda di sini. Kemudahan yang disediakan di sini sangat selesa dan jika anda ada anak kecil, anda tidak perlu risau kerana fasiliti di sini sangat lengkap dan bersih. Elektrik turut disediakan di sini. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, anda boleh layari facebook mereka.
7. Avani Sepang Gold Coast Resort
Tidak perlu diperkenalkan lagi, resort ini memang popular dengan resort di atas airnya. Berbentuk pokok kelapa jika dilihat dari langit, pengunjung boleh merasakan seolah-olah seperti di Palm Island, Dubai. Resort ini boleh menjadi pilihan jika anda ingin berbulan madu, atau sekadar bercuti bersama keluarga. Avani Sepang Gold Coast Resort menjanjikan penginapan yang selesa dan mewah untuk anda.
Jika anda seorang yang gemarkan pemandangan matahari terbenam, anda pasti tidak akan merasa kecewa dengan pemandangan yang bakal disajikan di sini. Anda pasti terpukau dengan keindahan sunset di sini. Tempah percutian indah anda di sini.
8. Restoran Bayu Malam Wak Lan Ikan Bakar & Seafood
Dah penat berjalan di tempat menarik di Bagan Lalang ini, mesti nak mencari makan pula. Anda boleh makan malam di Restoran Bayu Malam Wak Lan Ikan Bakar & Seafood. Konsep restoran terbuka yang simple ini, anda akan mendapat pengalaman makan malam sambil menikmati hembusan bayu yang menyegarkan dari laut.
Restoran ini sering menjadi pilihan untuk pengunjung kerana mempunyai banyak pilihan makanan laut, dan kesemuanya memang segar yang pasti akan membuat anda terliur. Restoran ini dibuka bermula pukul 5.30 petang setiap hari, dan anda boleh ke sini menggunakan Google Maps di sini.
9. Restoran Senandung Malam Seafood
Jika anda berkunjung ke Bagan Lalang, makan malam begini memang menjadi buruan pelancong. Salah satu restoran popular di sini ialah Restoran Senandung Malam Seafood. Restoran ini sentiasa penuh kerana makanannya yang fresh, dan harga yang ditawarkan sangat berbaloi. Berdekatan dengan Bagan Lalang Beach Resort, jika anda bercuti di sini jangan lupa singgah ke restoran ini!
10. Bagan Lalang Sea View Restaurant
Restoran menghadap pantai memang kebiasaannya menjadi tumpuan kerana pemandangannya. Pemandangan yang indah, angin yang kuat, dan makanan yang segar. Memang akan memberi satu rasa yang permai dalam diri yang menghayatinya.
Sup ketam menjadi pilihan di sini, selain pilihan ikan yang banyak. Anda mungkin perlu menanti lebih lama sebelum makanan tiba di meja anda. Tetapi penantian anda pasti berbaloi selepas anda mencuba makanan yang dihidangkan!