Bagi yang ada bajet lebih, boleh bawa keluraga ke tempat penginapan menarik di Selangor. Bagaimana pula dengan orang yang masih lagi nak happy-happy tapi tak ada bajet? Di manakah tempat menarik di Selangor yang percuma?
Bukan semua orang berduit untuk pergi ke tempat-tempat yang mahal seperti KidZania, Petrosains dan Sunway Lagoon. Tiket sahaja boleh mencecah ratusan ringgit bila bawa satu keluarga.Tapi tahukah anda, ada banyak tempat menarik di Selangor yang percuma? Ya, tidak perlu keluarkan modal banyak. Jika ada pun, tidak akan membebankan.
Tempat menarik di Selangor yang percuma
Kenapa bajet ciput?
Boleh botak kepala si ayah kalau mahu sponsor semua sekali pergi bercuti sempena cuti sekolah yang panjang, walaupun cuma dalam negeri sendiri.
Kesian tengok anak terkebil-kebil mata tengok cerita di TV dan tidak buat apa-apa. Paling tidak, main game di telefon bimbit.
Itupun tidak sabar untuk tunggu waktu petang, untuk keluar rumah main dengan anak-anak jiran.
Tidak perlu tidur di tempat percutian ini
Ini bermakna, pergi pagi, balik petang. Senang cerita, balik hari.
Boleh jimat banyak jika tidak sewa hotel. Bukannya kedekut dengan anak-anak. Kadang-kadang, kita kena ukur baju di badan sendiri.
Ada beberapa tempat lain yang anak-anak mahu pergi. Jadi, kena pandai-pandai bajet, tengok poket sendiri. Jadi, apa salahnya pergi tempat-tempat yang percuma. Jimat sedikit.
Maka, izinkan kami senaraikan tempat menarik di Selangor yang percuma, sesuai untuk percutian bajet untuk tatapan semua.
Air Terjun Sungai Kanching, Selayang / Rawang
Tidak pasti dalam kawasan Selayang atau Rawang. Yang penting, mudah sahaja untuk pergi ke sini. Nampak signboard dari tepi jalan utama.
Jangan risau, ada tempat persalinan dan tandas di atas. Cuma pastikan untuk menjaga barang masing-masing kerana banyak monyet berkeliaran.
Boleh tengok video dari Hasif Hamsyari.
Pro Tips:
Modal cuma parking dan yuran untuk masuk. Tidak ingat berapa, tapi tidaklah mahal mana. Masih lagi mampu.
Ada gerai-gerai jual makanan di luar. Jika tidak mahu bawa bekal sendiri, boleh juga makan di sana.
Ambil masa setengah atau satu hari untuk rekreasi di air terjun Sungai Kanching. Anak-anak pasti happy.
Air Terjun Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu
Lokasi ini mungkin agak jauh bagi yang tinggal di Klang atau Shah Alam.
Namun, bagi yang minat aktiviti lasak, tetapi tidak guna banyak duit, bolehlah datang ke sini. Katanya, kena lintas 6 sungai untuk sampai ke Air Terjun Sungai Chiling.
Lihat video dari AkuBiomed di bawah ini:
Pro Tips:
Jangan lupa singgah ke Santuari Ikan di bawah kelolaan Jabatan Perikanan di sini.
Ia cuma dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja.
Jika mendaki ke atas, kena balik semula ke bawah sebelum jam 5.30 petang.
Hati-hati, kawasan agak curam dan batu licin. Arus juga sangat deras di sini. Sila jaga keselamatan anak-anak.
Air Terjun Serendah
Air Terjun Serendah menjadi tempat tumpuan orang ramai untuk berkelah dan bersantai bersama-sama ahli keluarga.
Semua orang akan menyenangi suasana kawasan air terjun yang dikelilingi kehijauan hutan yang sangat mendamaikan.
Bunyi air terjun sahaja boleh menjadi terapi diri. Ditambah pula dengan haiwan hutan di sekeliling.
Sangat sesuai untuk mereka yang ingin merehatkan minda sementara lari daripada kesibukan hiruk pikuk kota.
Taman Botani, Shah Alam
Tidak perlu memandu jauh, kerana ia betul-betul berada di dalam bandaraya Shah Alam. Menghirup udara di sini sangat menyegarkan. Tiket masuk pula cuma RM3.
Jika betul-betul bajet, jalan kaki sahaja di sekeliling Taman Botani. Tidak perlu sewa basikal. Namun, tidak salah juga sewa basikal kerana tidaklah mahal mana. Cuma RM15 sahaja.
Yang mahal ialah apabila mahu main flying fox di Skytrex Adventure. Jika ada duit lebih, dipersilakan.
Di sini juga, ada Taman Haiwan adalah yang menjadi tempat kegemaran pengunjung untuk melihat secara dekat haiwan-haiwan seperti selembu, rusa, kuda, burung kakaktua, burung merak, burung merpati, arnab, landak dan lain-lain lagi.
Lihat video dari Haikal Afiq di dalam Taman Botani Shah Alam di bawah ini:
Pro Tips:
Sudah penat berekreasi di sini, boleh keluar ke Seksyen 8, Shah Alam untuk makan.
Boleh cari Kedai Soto yang berada di lot kedai berdekatan dengan surau.
Ada pelbagai makanan kampung yang sangat menyelerakan.
Taman Eko Rimba, Sungai Tua, Batu Caves
Mengikut pengalaman dari Sabree Hussin, tempatnya cantik, kawasannya bersih dan terjaga. Cuma katanya, air agak deras di sini.
Sangat sesuai untuk aktiviti berkelah dan mandi-manda.
Tonton video Nurlina Syahiirah untuk melihat Taman Eko Rimba Sungai Tua ini dengan lebih dekat lagi.
Pro Tips:
Ada tempat BBQ di sini. Sila bawa ayam, daging, kambing dan lain-lain bahan yang sudah diperap.
Jangan lupa bawa barang-barang lain untuk BBQ seperti arang.
Sambil makan, sambil mandi. Fuh, tak terkata nikmatnya.
Bukit Malawati, Kuala Selangor
Ini sudah tentu salah satu tempat menarik di Selangor yang percuma untuk semua. Naik memang percuma kalau jalan kaki.
Tapi kami sarankan, naik sahaja tram yang kosnya tidaklah mahal mana. Pegalama naik tram untuk naik ke puncak Bukit Malawati dijamin akan kekal dalam kenangan anak-anak.
Di atas Bukit Malawati juga, terdapat beberapa buah rumah pegawai-pegawai tinggi kerajaan, sebuah rumah rehat, rumah api dan kesan-kesan sejarah. Rasa seperti zaman dahulu kala, zaman penjajah masih berkuasa.
Lihat Bukit Malawati dari atas, hasil rakaman oleh drone oleh Hazwan Hafiz.
Pro Tips:
Jaga-jaga, ada banyak monyet di sana. Pastikan jangan tunjuk makanan kita yang ada dalam plastik.
Nanti monyet-monyet ini akan jadi hilang sabar dan cakar kita untuk mendapatkan makanan itu.
Sorokkan dalam beg, dan beri satu-satu.
Taman KLCC, Kuala Lumpur
Ini bonus, walaupun bukan tempat best di Selangor. Jemput datang untuk ajak anak-anak bermain di kawasan taman permainan yang cukup luas. Boleh berlari sekeliling kawasan dan biarkan anak lepas bebas.
Lebih baik lagi, siap-siap baju baju renang sebab anak boleh mandi di satu kawasan kolam air. Bukanlah seperti taman tema air berbayar yang mahal.
Cukuplah anak dapat mandi dan bergembira di hari cuti.
Tonton video dari Nurhayati Abd Malek tentang KLCC Park:
Pro Tips:
Modal tidak banyak. Cuma, jangan gatal bawa kereta ke sini. Parking sangat-sangat mahal di KLCC. Sila naik LRT untuk lebih jimat. Bawa bekal jika perlu. Jika tidak, boleh makan McDonalds.
Selesai mandi, berekreasi dan makan, boleh pergi ke Kinokuniya. Tak beli buku pun tak apa. Boleh ambil mana-mana buku, duduk bersila dan baca.
Tidak ada siapa yang marah.
Namun, jika berminat dengan mana-mana buku, dipersilakan beli. Jangan pula baca sampai habis.
Akhir kata
Zaman ekonomi yang tidak berapa stabil ini, ramai ibu-bapa berkira-kira untuk melaburkan duit pergi bercuti di tempat mahal-mahal.
Jangan bimbang.
Kita semua rakyat marhaen yang bukanlah cepat rasa cemburu dan putus asa. Masih lagi boleh luangkan masa pergi bercuti di tempat-tempat yang disenaraikan di atas.
Ingat, bukan destinasi yang membawa bahagia. Tetapi hati dan perasaan kasih sayang bersama keluarga itu yang lebih penting.
Gembirakan hati ahli keluarga kita, Allah akan permudahkan urusan kita.
Semoga bermanfaat.
1 Comment
im going to re new my company MG Smart System Constancy