Buat anda yang ingin melancong ke negeri Sabah, apa kata kalau kali ini anda pergi ke beberapa tempat menarik di Kuala Penyu. Tak tahu nak ke mana?

Jangan risau. Kami dah listkan lokasi yang sesuai untuk anda lawati.

Tempat menarik di Kuala Penyu

Kalau anda rasa di Kuala Penyu tak ada destinasi yang best untuk dilawati. Ketahuilah bahawa anda salah 100%. Sebenarnya ada banyak sangat tempat menarik di sana yang mesti anda kunjungi.

1. Tempat menarik di Kuala Penyu (Monkey Tops Safari)

Bila dah sampai di Kuala Penyu, jangan lupa untuk datang ke Monkey Tops Safari. Dekat sini anda akan dapat lihat pelbagai jenis spesis monyet yang berbeza dan banyak lagi hidupan liar lain.

Monkey Tops Safari ini pula terletak betul-betul di tebing Sungai Klias. Apa yang menariknya di sini, anda boleh melakukan aktiviti seperti memancing dan menaiki river cruise di sepanjang tebing sungai sambil menikmati keindahan alam semula jadi.

Selain itu, di sini turut menyediakan kemudahan penginapan homestay untuk mereka yang ingin menginap. Jadi, kalau anda teringin nak cuba bermesra bersama alam, bolehlah datang ke Monkey Tops Safari.

 

2. Rumbia Information Centre (RIC)

Salah satu tempat menarik yang boleh anda lawati adalah Rumbia Information Centre. Di sini, anda akan didedahkan dengan lebih banyak informasi mengenai tumbuhan sagu, rumbia atau ambuyut yang merupakan makanan wajib untuk orang Bisaya dan Kadazan Dusun.

Bukan itu saja! RIC juga mengadakan pameran kraftangan yang diperbuat daripada pokok sagu dan menunjukkan bagaimana cara untuk membuat pelbagai aneka juadah sagu.

Jika anda tertanya-tanya macam mana rupa sagu yang sebenarnya. Jangan lupa singgah di sini.

 

3. Pantai Batu Luang

Sekiranya anda sukakan pemandangan air laut atau pantai yang indah. Bolehlah datang ke Pantai Batu Luang yang bukan calang-calang cantiknya.

Di sini, anda akan dapat lihat pantai yang mempunyai batu besar dan beberapa buah gua dalam pelbagai bentuk dan saiz. Namun begitu, pantai ini tidak ada sebarang fasiliti atau kemudahan seperti hotel, kedai makan, tandas dan seumpamanya.

Oleh itu, ia hanya sesuai dijadikan sebagai sebuah tempat persinggahan untuk mereka yang suka mengambil gambar dan inginkan suasana pantai yang damai.

 

4. Pulau Tiga Resort

Anda inginkan tempat percutian santai yang penuh dengan aktiviti? Jom datang ke Pulau Tiga Resort, Kuala Penyu. Sepanjang anda menginap di sini, ada pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda lakukan. Antaranya adalah sukan memanah, berkayak, mandi lumpur dan banyak lagi.

Pemandangan pulau di sini juga tidak kurang hebatnya dengan pulau-pulau lain yang ada di Kuala Penyu. Anda juga dapat rasakan pengalaman menginap di resort atas permukaan air. Kalau rasa nak santai-santai pula, anda boleh bermain buaian di atas air, melepak dan minum serta mengambil gambar di tepi pantai.

 

5. Pantai Sawangan, Kuala Penyu

Di Pantai Sawangan ini, anda akan dapat lihat sebuah jambatan atau jeti. So, dekat jeti itu bolehlah tangkap gambar sebagai kenang-kenangan. Pemandangan pantai ini pun cantik dan bersih.

Kalau datang ke sini, sangatlah sesuai untuk datang bersama keluarga atau anak-anak. Jangan risau, dekat sini ada disediakan taman permainan dan juga tempat duduk untuk santai-santai. Jadi kalau anak-anak nak main dekat taman permainan, mak ayah boleh awasi anak sambil menikmati keindahan pantai.

 

Akhir kata 

Inilah antara senarai tempat menarik di Kuala Penyu yang boleh anda kunjungi bersama keluarga atau kawan-kawan. Jadi, jangan kata di Kuala Penyu tak ada hidden gems.

Sebenarnya, ada beberapa lagi destinasi di sini yang boleh anda lawati. Namun, dah banyak yang tak wujud dan ada premis-premis pelancongan yang menghentikan perkhidmatan atas sebab-sebab tertentu.

Walau bagaimanapun, itu bukanlah alasan untuk anda tidak berkunjung ke sini atau mana-mana tempat menarik di Sabah kerana banyak lagi tarikan di sini yang perlu anda terokai sekali seumur hidup.

Akhir sekali, jangan lupa masukkan Kuala Penyu sebagai salah satu destinasi pelancongan pilihan anda. Mungkin anda akan perlukannya satu hari nanti. Sehingga berjumpa lagi!

Hai semua! Saya Nora Hana, seorang penulis bebas yang suka berkongsi kisah dan pengalaman tentang kehidupan wanita Malaysia masa kini. Saya menulis artikel-artikel santai dan padat dengan info berguna tentang topik kekeluargaan, keibubapaan, makanan, resepi masakan, tips kesihatan, kecergasan, dan juga pelancongan.

Leave A Reply