Anda stress sebab kerja? Inginkan percutian yang berbaloi tanpa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak? Jadi, suka kami cadangkan anda untuk melawat Kuala Kangsar kerana ia mempunyai pelbagai pusat pusat pelancongan dan mempunyai pemandangan menarik. Ada banyak tempat menarik di Kuala Kangsar yang anda boleh lawati.
Kedudukan Kuala Kangsar yang tidak terlalu jauh dari pusat bandar Ipoh menjadikan ia lokasi terbaik untuk “Road Trip” bersama keluarga dan rakan-rakan. Ia juga sangat sesuai untuk dijadikan destinasi percutian pada musim cuti sekolah yang bakal tiba.
Tempat menarik di Kuala Kangsar
Teruskan membaca senarai dibawah dimana kami menyenaraikan beberapa tempat menarik untuk anda lawati apabila berada di Kuala Kangsar
Istana Iskandariah, Bukit Chandan
Istana Iskandariah ialah tempat bersemayam Sultan Perak yang rasmi. Ia terletak di tebing Sungai Perak dan disekelilingnya terdapat banyak bangunan indah.
Istana ini mempamerkan corak seni bina yang unik kerana mempunyai campuran budaya Islam dan India atau ‘Saracenic’ serta budaya Asia Barat. Selain itu, istana ini dibina selari dengan arah matahari naik dan pemandangannya meliputi Sungai Perak yang jernih.
Alangkah seronoknya jika kita juga dapat menikmati pemandangan seperti itu. Anda juga harus tahu bahawa Istana Iskandariah mempunyai beberapa bilik khas yang mempunyai fungsi khas yang berbeza seperti Bilik Jamuan Negeri, Bilik Makan dan Bilik Mengadap. Di Istana Iskandariah terdapat Dewan Muzik dan Dewan Negara.
Tingkat pertama istana ini, terletak bilik-bilik seperti ruang rehat dan bilik permainan. Di tingkat kedua, terdapat tempat-tempat istimewa istana seperti Balai Nobat, Balairung dan Singgahsana yang masih memainkan peranannya pada hari yang penting seperti hari pertabalan dan lain-lain.
Di tingkat ini juga terdapat bilik persalinan dan bilik istirehat Sultan. Jadi tak hairanlah mengapa Istana Iskandariah dipilih menjadi tempat bersemayam Sultan sejak 1933 hingga sekarang kerana istana ini mempunyai segala keperluan yang sesuai untuk seorang Sultan.
Lokasi: Taman Lerista, 33000 Kuala Kangsar
Istana Kenangan Bukit Chandan
Menurut sejarah, Istana Kenangan ini dibina tanpa menggunakan paku walaupun satu. Jika anda tertanya-tanya bagaimana ia dibina tanpa menggunakan sebarang paku, jawapannya ialah mereka hanya menggunakan kayu dan senibinanya jika dilihat dari sudut yang betul, melambangkan bentuk keris yang berada di dalam sarungnya. Ia dijadikan istana sementara oleh Sultan Iskandar Shah ketika Istana Iskandariah sedang dibina. Turut dikenali sebagai Istana Kuning kerana warna cat pada dinding-dindingnya.
Selain itu, warna istana ini dicat dengan warna hitam dan putih yang melambangkan negeri Perak. Istana ini kini lebih dikenali sebagai Muzium DiRaja Kuala Kangsar. Istana ini juga telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Sejatah.
Alamat: Taman Lerista, 33000 Kuala Kangsar
Victoria Bridge
Selepas tahun 1910, Trek Keretapi ini telah beroperasi sepenuhnya untuk menyambungkan Perai dan Johor Bahru. Sultan Murshidul Azam Shah telah membuka jambatan ini pada tahun 1900 sekaligus melengkapkan trek keretapi dari Enggor ke Kuala Kangsar. Permbinaan jambatan ini bermula pada tahun 1987.
Apabila jambatan ini tidak beroperasi lagi, ia menjadi tempat pelancongan yang popular. Terdapat juga ramai pasangan pengantin yang menggunakan Victoria Bridge sebagai latar belakang untuk bergambar mengabdikan kenangan hari perkahwinan mereka. Pelancong juga tidak melepaskan peluang untuk mencipta memori disini kerana latar belakangnya yang “rustic dan nostalgic”. Ala ala “old-school” orang kata. Jadi, bila anda berada di Kuala Kangsar, ambilah peluang untuk bergambar di Victoria Bridge ini.
Alamat: Kampung Kapor, 31050 Enggor, Perak
Oldest Rubber Tree
Seperti yang anda tahu, industri getah di negara kita merupakan antara industri utama yang memacu ekonomi negara. Maka sejarahnya di Malaysia sangatlah luas dan mendalam. Untuk pengetahuan anda, Sir Hugh Low telah membuka dan menjadikan Kuala Kangsar sebagai hub utama industri getah. Salah satu fakta menarik mengenai industri ini, ialah dari 9 pokok petama yang ditanam, terdapat 1 pokok getah “original” yang masih lagi hidup dan dijaga rapi di Kuala Kangsar.
Apabila berkunjung ke sini, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk melihat sendiri pokok getah tertua di Malaysia ini. Ia ditanam pada tahun 1877. Pokok ini dijaga dengan begitu rapi sehingga pihak kerajaan telah meletakkan pagar disekelilingnya. Namun anda masih boleh mengambil gambar bersama pokok “legend” ini. Selain itu, ada boleh menyelusuri sejarah industri getah yang begitu signifikan dengan Kuala Kangsar.
Alamat: Jalan Raja Chulan, Kampung Penaga, 33000 Kuala Kangsar, Perak
Masjid Ubudiah Bukit Chandan
Kepada penggemar senibina unik dan menarik, anda boleh singgah ke Masjib Ubudiah yang terletak di Bukit Chandan. Di katakana antara masjid paling indah di Malaysia, kerana faktor senibinanya yang banyak dipengaruhi oleh budaya “Saracenic” iaitu gabungan budaya Islam-India.
Satu lagi fakta menarik mengenai masjid ini ialah, ia dibina oleh pada era pemerintahan Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I pada tahun 1910 oleh arkitek Inggeris.
Apa yang lagi menarik ialah, dinding dan lantai masjid ini menggunakan batu marmar yang berwarna merah dan putih yang boleh dilihat sebaik sahaja anda melangkah kedalamnya. Jika dilihat dari luarannya, anda boleh melihat terdapat 4 menara tinggi dan jika dilihat dari atas, masjid ini berbentuk segi lapan.Terdapat juga makam diraja yang terletak bersebelahan sahaja dengan masjid ini.
Alamat: Jalan Istana, 33000 Kuala Kangsar
Sungai Perak
Tahukah anda yang sungai kedua terpanjang di Semenanjung Malaysia terletak di negeri Perak? Dengan panjang sungai mencecah 400KM, sungai ini bermula dari Hulu Perak hingga ke Bagan Datoh, Selat Melaka. Di sepanjang sungai ini, anda boleh memancing, menyelam serta berenang.
Pelbagai jenis hidupan sungai boleh didapati sepanjang sungai ini. Antaranya ialah, ikan lampam, sebarai, tilan, tongsan dan beberapa lagi. Terdapat juga khidmat bot yang anda boleh gunakan untuk menyusuri sungai tersebut sambil menikmati pemandangan indah yang memenuhi tebing-tebing sungai termasuk perkampungan kecil dan pulau.
Pekan Lama Kuala Kangsar
Bagi yang “kaki shopping” pula, tempat seterusnya ini pasti menjadi tempat kegemaran anda. Anda boleh mendapatkan pelbagai hasil kraftangan penduduk tempatan termasuk labu sayong, tilam, songkok dan barangan tembaga lain di Pekan Kuala Kangsar.
Di sini juga tempat berkumpul para pemborong pelbagai jenis barangan seperti, tuding, pakaian dan sebagainya dimana anda boleh mendapatkan harga yang berpatutan. Selain itu, and aboleh mendapatkan cenderamata sebagai tanda kenangan untuk anda dan rakan-rakan.
Malay College Kuala Kangsar (MCKK)
Tahukah anda apa persamaan antara Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Dato’ Onn Jaafar dan Tun Abdul Razak Dato’ Hussein? Mereka semua pernah bersekolah di sekolah yang sama iaitu, Kolej Melayu Kuala Kangsar. Sekolah berasrama penuh ini hanya menerima pelajar lelaki Melayu yang mendapat keputusan yang baik semasa peperiksaan sekolah rendah.
Selain prestasi pelajar dalam bidang akademik, sekolah ini juga turut mempunyai reputasi yang baik dalam aktiviti sukan terutamanya sukan bola keranjang dan sukan ragbi dimana mereka sering memenangi liga sukan tersebut dan dianugerahkan pelbagai anugerah lain. Mereka juga mempunyai tradisi istimewa bersama Maktab Tentera Diraja dimana kedua sekolah menjadi johan secara bergilir-gilir.
Alamat: Jalan Tun Razak, 33000 Kuala Kangsar
Pavilion Tower Kuala Kangsar
Anglung dengan tiga tingkat ini juga dikenali sebagai Pavillion Tower Kuala Kangsar. Lokasinya di hadapan Malay College Kuala Kangsar. Keluarga Diraja menggunakan kawasan ini untuk menonton permainan polo. Kini, ia merupakan salah satu kawasan bersejarah dan menjadi tarikan pelancong di Kuala Kangsar.
Alamat: Pavilion Square, 33000 Kuala Kangsar
Pusat Pembangunan Kraftangan Perak
Di tebing Sungai Kuala Kangsar terdapat sebuah pusat kraftangan yang banyak mengetengahkan barangan buatan tempatan terutama labu sayong, barangan yang sememangnya terkenal di Kuala Kangsar. Selain itu, ada juga boleh mendapatkan hasil kraf lain seperti tikar mengkuang, rotan, seramik dan lain-lain.
Alamat: Km 40, Jalan Ipoh, 33600 Enggor
Masjid Ihsaniah Iskandariah
Masjid Ihsaniah Iskandariah yang sangat unik ini terletak di Kuala Dal. Jika anda lihat hiasan dalamannya dimana dindingnya menggunakan motif anyaman buluh minyak, anda pasti teruja. Tambahan lagi, tiada sebarang paku pun yang digunakan semasa pembinaannya.
Sultan ke-30 iaitu Sultan Iskandar Shah telah menanggung perbelanjaan untuk membina masjid dua tingkat ini. Pelbagai aktiviti keagamaan di jalankan di tingkat bawah masjid ini dan tingkat atas pula, dijadikan ruang mihrab serta ruang solat. Bukan itu saja, di dinding masjid ini juga anda boleh melihat seni ukiran cantik yang menggambarkan sekuntum bunga tikam seladang.
Alamat: Kampung Kuala Dal, 33700 Padang Rengas
Tasik Raban
Jika anda suka akan alam semulajadi, anda disarankan untuk berkunjung ke Tasik Raban. Lokasi ini mempunyai resort persendirian menjadikannya sebuah destinasi pelanconga terkenal. Pihak resort juga bersedia untuk mengambil tempahan untuk mengadakan persidangan kerja di tempat itu.
Harga untuk resort mereka adalah sangat berpatutan dan sangat memudahkan anda untuk berkunjung ke tasik ini. Jika anda tertekan dengan kerja dan kehidupan seharian, pasti dapat melepaskan tekanan dengan melihat keindahan flora dan fauna di sana.
Galeri Arkeologi Lembah Lenggong
Semasa di sekolah, kebanyakkan kita pasti pernah mendengar atau pun membaca tentang penemuan akeologi di negara kita terutamanya rangka “Perak Man”, alat-alat batu serta lukisan yang dapat dilihat didalam gua. Semua ini boleh ditemui di Galeri Akeologi Lembah Lenggong. Ia terletak di Lenggong dan ditubuhkan pada tahun 1999. Di sini mereka mempamerkan pelbagai artifak-artifak yang dijumpai di sekitar Lembah Lenggong. Kewujudan galeri ini adalah untuk menjadi medium informasi pada orang ramai tengang seni arkeologi. Jadi, boleh lah anda membawa anak-anak dan keluarga untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai zaman paleolitik dan sebagainya.
Alamat: Galeri Arkeologi Lenggong, Jabatan Warisan Negara, 33400 Lenggong
Galeri Sultan Azlan Shah
Jika anda singgah ke Masjid Ubudiah, jangan lupa untuk singgah ke Galeri Sultan Azlan Shah yang terletak hanya di seberang jalan dari pada masjid tersebut. Tujuan pembinaan geleri ini adalah untuk memberikan pengetahuan lebih lanjut mengenai kehidupan seorang Sultan kepada orang awam. Sebelum diubah menjadi galeri, bangunan ini adalah kediaman Sultan Idrus Murshidul Adzam Shah I yang memerintah dari tahun 1887-1916.
Galeri ini banyak menyimpan barang barang yang pernah dimiliki Sultan Azlan Shah. Rekabentuk galeri ini juga adalah amat unik kerana banyak dipengaruhi budaya Acheh dengan penggunaan bumbung berbentuk piramid manakala pembinaan dome di menaranya pula banyak dipengaruhi senibina India. Para arkitek dan bakal arkitek harus melawat bangunan ini dan mengambil inspirasi untuk membina lebih banyak bangunan indah seperti geleri ini.
Alamat: Galeri Sultan Azlan Shah, Bukit Chandan ,33000 Kuala Kangsar
Kilang Kicap Tamin
Jika anda pernah memasak, pasti anda pernah mendengar kicap jenama Tamin bukan? Diasaskan oleh seorang penduduk tempatan dengan hanya modal sebanyak RM10 sahaja, semangatnya untuk menjadikan perniagaannya satu kejayaan adalah sangat mengagumkan. Akibat sambutan yang menggalakkan dari pelanggan tempatan, pengasasnya nekad untuk terus membina kilang untuk menjana lebih banyak botol kicap.
Apabila anda melawat kilang ini, anda boleh melihat sendiri proses penghasilan kicap terutamanya proses pemerapan kacang soya yang merupakan cara tradisional. Anda juga boleh melihat bilik pameran yang meletakkan produk-produk lain yang dapat dihasilkan dari produk kicap sepergi sirap, sos dan lain-lain.
Akhir kata
Itu lah dia, beberapa tempat menarik yang dapat anda kunjungi di sekitar Kuala Kangsar. Semuanya lengkap baik untuk mereka yang sukakan alam semulajadi, tempat bersejarah dan kawasan percutian yang menenangkan. Ia pasti menjadi pilihan anda untuk melawat bersama keluarga dan rakan-rakan.
Tidak perlu lagi mencari dan bersusah-payah merancang. Ini kerana dengan senarai ini saja, anda boleh isi perjalanan percutian anda dengan penuh makna! Boleh terus lajak ke tempat menarik di Taiping di sebelah utara.
Semoga bermanfaat.