Bagi anda yang melancong ke Johor Bahru, jangan lupa singgah ke Desaru yang terletak di daerah Kota Tinggi. Selain ada Hard Rock Hotels, ada banyak tempat menarik di Desaru yang ada boleh lawati.
Izinkan kami berkongsi.
Tempat menarik di Desaru
Tanjung Balau
Salah satu lokasi percutian yang pasti menarik perhatian anda di daerah Desaru ialah Tanjung Balau. Perjalanan ke lokasi hanya mengambil masa kurang dari satu jam, jika memandu dari Johor Bahru. Kemudahan yang praktikal dan kepelbagaian aktiviti menarik yang menyeronokkan tersedia untuk menjadikan percutian anda dan keluarga sesuatu yang tidak dapat dilupakan.
Pemandangan tepi pantai yang damai diselangi dengan gelagat anak kecik bermandi-manda, bermain laying-layang, bekejaran dan membina istana pasir bakal menimbulkan perasaan tenang dalam diri. Berlatarbelakangkan persisiran pantai yang meutih dilengkapi dengan laut yang biru yang dijaga rapi semestinya mengindahkan percutian anda.
Bagi yang menggemari aktiviti lasak dan extrim seperti “jungle trekking” atau menaiki ATV, aktiviti tersebut juga boleh dilakukan di Tanjung Balau.Banyak pilihan resort dan chalet dengan pakej menarik turut tersedia di sini untuk anda membawa keluarga menikmati percutian yang indah.
Ostrich Farm Desaru
Setelah berehat di pantai, marilah ke Ostrich Farm Desaru untuk melihat sendiri gelagat burung unta yang unik dan jarang dapat anda jumpa. Harga tiket sebanyak RM12.00 untuk dewasa dan RM8.00 bagi kanak-kanak dikenakan. Lawatan ke ladang ini pasti akan menjadikan percutian anda lebih menarik.
Disini, anda bukan sahaja dapat memeluk mereka, malah anda juga dapat menyentuh serta memberi makan pada lebih dari 100 ekor burung unta jinak yang tinggal di ladang ini.
Apa yang lebih menarik adalah, di ladang ini juga terdapat beberapa haiwan lain seperti ayam belanda, kasawari, burung merak dan burung burung eksotik lain yang hampir pupus untuk anda lihat dengan lebih dekat. Anda juga dapat belajar dengan lebih mendalam mengenai burung-burung di sini selain dapat mengembirakan keluarga apabila berkunjung ke sini. Bak kata orang putih lah, “kill two birds with one stone”.
Juga tersedia adalah kedai cenderamata dan food court dimana anda boleh menikmati satay daging burung unta, telur dadar burung unta serta mendapatkan buah tangan yang diperbuat dari kulit telur burung unta. Wah, pengalaman unik ini!
The Wetlands Sedili, Kampung Belukar Durian
Berasaskan konsep “back to nature”, The Wetlands Sedili, Kampung Belukar Durian merupakan percutian idaman bagi para pencinta alam semula jadi.
Peluang untuk meneroka kawasan hutan paya bakau yang tidak disentuh oleh permodenan dan kaya dengan pelbagai jenis flora dan fauna tidak harus dilepaskan. Kawasan ini juga merupakan tempat tinggal kepada pelbagai jenis burung, monyet dan ikan. Bagi penggemar aktiviti memancing, jangan lepaskan peluang untuk melakukan aktiviti tersebut. Pengunjung juga boleh menyertai aktiviti memancing udang air tawar dan mengutip lokan.
Projek The Wetlands Sedili, Kampung Belukar Durian yang diusahakan olah KEJORA dengan kerjasama penduduk tempatan ini bukanlah sesuatu yang tidak membuahkan hasil. Hasilnya, ia menjadi kawasan pelancongan popular dimana pengunjung boleh menyelusuri Sungai Selidi Kecil, mempelajari lebih lanjut mengenai belangkas dan cara pembiakan mereka. Selain itu, anda juga dapat mengalami sendiri proses menanam pokok paya bakau.
Lebih menarik, mereka juga menyediakakan kedai cenderamata bagi pengunjung membeli cenderemata untuk dibawa balik dan turut tersedia adalah restoran makanan laut yang menghidangkan makanan laut segar!
Desaru Fruit Farm Agro Tourism
Desaru Fruit Farm Agro Tourism adalah sesuatu yang amat digemari para pengunjung dari bandar besar. Di sini, anda boleh melawat ladang yang mempunyai lebih dari 100 jenis pokok buah dan sayur-sayuran segar. Pastinya ia menjadi pengalaman yang amat bernilai bagi anda dan keluarga.
Selain itu, anda juga dapat membeli buah dan sayur segar untuk dijadikan buah tangan atau untuk kegunaan sendiri secara terus dari ladang. Bukan itu saja, anda juga boleh belajar lebih lanjut mengenai jenis-jenis pokok dan bagaimana caranya untuk memilih sayuran serta buah-buahan segar.
Jika anda menjangka hanya pokok buah serta sayur sahaja yang terdapat di Desaru Fruit Farm Agro Tourism ini, ternyata tekaan anda salah. Terdapat juga padang paintball, litar go kart, zoo mini yang menempatkan ayam belanda, kambing, ayam serama serta burung unta adalah antara aktiviti menarik
Semua kemudahan yang disediakan di Desaru Fruit Farm Agro Tourism ini melayakkan mereka untuk dianugerahkan Anugerah Taman Pelancongan Agro terbaik di Malaysia pada tahun 2006.
Muzium Perkampungan Nelayan Tanjung Balau
Muzium Perkampungan Nelayan Tanjung Balau adalah sebuah muzium yang terletak di bahagian utara Desaru yang mana telah dibangunkan oleh Lembahaga Pembangunan Johor Selatan (KEJORA).
Pelbagai artifak lama berkenaan akriviti penangkapan ikan dipamerkan disini, ia termasuklah jaring ikan, tangkal, rakit, buritan serta bot tradisi yang berhias.
Selain itu, ia juga turut memaparkan info-info menarik yang berkaitan kepercayaan tahyul penduduk tempatan, teknik menangkap ikan yang digunakan nelayan di kawasan ini serta pelbagai cerita menarik oleh penduduk tepi laut.
Jika anda berminat, anda juga boleh mempelajari cara tradisi yang nelayan di sini gunakan untuk menangkap ikan dengan menggunakan petanda dari alam seperti meneliti perubahan angin laut, melihat keadaan kaki langit dan juga menjadikan bentuk dan kedudukan bulan sebagai panduan.
Ilmu seperti ini manggamit minat dan menimbulkan perasaan teruja dalam diri anda dan anak-anak kerana, dimana lagi kita dapat menimba ilmu yang dipraktikkan oleh orang lama seperti ini? Jadi apabila berkunjung ke Desaru, pastikan anda tidak lepaskan peluang untuk melawat muzium ini.
Lotus Desaru Beach Resort & Spa
Merupakan resort mewah dekat Pantai Desaru, Ia menawarkan suasana indah yang memukar mata para pengunjung yang menginap di sini. Resort ekslusif ini bukan saja menjanjikan pemandangan hutan hijau, malah turut dihiasi pemandangan laut biru yang mendamaikan jiwa sambil anda berkunjung ke sini bersama keluarga.
Resort ini dilengkapi kemudahan spa di mana antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah pakej perfect touch, skin glow, urutan refleksiologi (urutan kaki dan tangan), rawatan muka dan lain-lain. Kesemua perkhidmatan tersebut menjadikannya sebagai kejutan yang paling sesuai untuk orang tersayang. Pakej spa yang menenangkan untuk memanjakan badan ditemani dengan suasana yang tenang dan mendamaikan, ia pasti akan membuatkan si dia tersenyum lebar.
Selain itu, di resort mewah ini juga terdapat taman tema air yang pastinya sesuai untuk semua peringkat umur. Maka, jika anda membawa anak kecil ke resort ini, anda boleh relax tanpa gusar tentang keselamatan anak anda.
Antara aktiviti air yang ditawarkan ialah splash water, kolam berenang, gelongsor air dan banyak lagi. Terdapat juga aktiviti lasak sukan air seperti jetski, banana boar, bungy jumping dan sukan parasailing juga ditawarkan bagi mereka yang gemar akan aktiviti sepertinya.
Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly
Setelah penat meneroka Desaru, pasti anda berasa lapar bukan? Marilah bersinggah ke Restoran Terapung Bujang Firefly yang menyediakan keenakan makanan laut dan makanan eksotik yang lain.
Restoran ini terletak di mukim Desaru dan Bandar Penawar. Waktu operasi mereka adalah dati jam 12 tengah hari hingga ke 12 malam. Bagi “foodie” sekelian, restoran ini pasti masuk dalam senarai wajib singgah anda!
Antara jenis makanan laut segar yang boleh dinikmati adalah udang kara, udang kipas, udang galah, kupang, lala, sotong dan pelbagai jenis lagi. Siput gonggong masak sambal telur serta belangkas masak blackpepper merupakan antara sajian yang paling kerap di pesan oleh pelanggan di sini.
Kebiasaan menu ini tidak selalu ada kerana haiwan eksotik ini agar sukar didapati. Jika anda Selalunya, menu ini tidak sentiasa ada kerana haiwan eksotik ini sukar untuk didapati. Namun, jika pihak restoran kata menu tersebut dihidang pada hari itu, anda wajib mencubanya!
Akhir kata
Diharapkan agar perkongsian tempat menarik di Desaru ini akan memudahkan lagi urusan percutian keluarga anda.
Jalan lupa lawati semua tempat menarik di Johor.