Nak cari tempat mainan kanak kanak yang selesa dan selamat bukannya mudah. Lebih-lebih lagi jika tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur.

Adakah anda tertanya-tanya taman permainan mana yang terbaik untuk anda kunjungi bersama anak anda? Adakah anda tidak dapat membuat keputusan sama ada ingin membawa anak anda ke taman permainan dalam ruangan atau luar ruangan? Jangan risau! Dalam artikel ini kami akan menyenaraikan beberapa taman permainan dalam dan luar ruangan yang terbaik yang dapat anda kunjungi bersama anak anda di negeri Selangor terutamanya yang berdekatan dengan ibu kota Kuala Lumpur bagi memastikan anak-anak anda menikmati hujung minggu yang menyeronokkan dan bermanfaat.

Jika ada masa, anda juga boleh lawati pelbagai lagi tempat menarik di Kuala Lumpur.

Izinkan kami berkongsi.

Tempat mainan kanak kanak di KL dan Selangor (Indoor) 

Jungle Gym, Atria Shopping Gallery, Petaling Jaya

Di tempat pertama, Taman permainan dalam ruangan Jungle Gym yang terang dan berwarna-warni di Atria Shopping Gallery, Petaling Jaya ini menjadi pilihan kami kerana tidak kira berapa umur anak anda, si kecil pasti akan berseronok bermain di tempat ini. Anda juga tidak perlu risau bayi anda akan bercampur dengan kanak-kanak lain yang lebih besar kerana kedua peringkat umur ini akan dipisahkan kepada dua kawasan; Babyland untuk bayi di bawah umur dua tahun, manakala Fun Land adalah untuk kanak-kanak yang lebih tua.

Permainan percuma seperti kolam bola, gelongsor, terowong merangkak, trampolin dan juga bilik pawagam tersedia di Jungle Gym ini. Kemudahan yang ada di taman permainan ini turut direka bentuk untuk menjaga keselamatan, membolehkan kanak-kanak bermain tanpa perlu risau tentang kecederaan. Taman permainan dalam ruangan ini juga menjual makanan kepada para pengunjung, jadi anda tidak perlu khuatir anak anda dan juga anda kelaparan sepanjang meluangkan waktu di sini, membuatkan anda dan si kecil dapat meluangkan masa yang berkualiti  bersama.

 

Kidzania, Curve NX, Mutiara Damansara

Seterusnya, pilihan kedua kami adalah Kidzania yang terletak di The Curve NX, Petaling Jaya. Taman permainan ini tidak kurang hebatnya dengan menampilkan konsep seperti sebuah bandar kecil yang menempatkan anak anda dalam persekitaran di mana mereka dapat berseronok sambil belajar. Terdapat lebih daripada  90 kerjaya yang dapat diperan mainkan oleh si kecil, bermula daripada pakar bedah, peguam sehingga anggota bomba di mana mereka boleh belajar tentang kerjaya, wang dan dunia sebenar sambil mengasah kemahiran hidup yang tidak diajar di sekolah. Ini dapat membantu mengasah kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan anak anda.

Anak anda turut dapat membangun perasaan-perasaan seperti bagaimana rasanya memperoleh kebebasan, tanggungjawab dan keyakinan serta akan mengetahui lebih lanjut tentang tugas yang akan dilakukan di kerjaya pilihannya semasa mereka menjalankan tugas secara langsung dalam persekitaran pembelajaran yang realistik ini, menyediakan si kecil gambaran untuk dunia sebenar. Anak anda juga akan memperoleh wang, yang kemudiannya boleh mereka belanjakan untuk mendapatkan perkhidmatan atau pergi membeli-belah di dunia Kidzania tersebut. Pada penghujung hari, apa sahaja kerjaya yang anak anda perankan sepanjang di lokasi itu, mereka pasti akan mendapat pelajaran dan kemahiran hidup yang akan membantu mereka membangun minat untuk kerjaya masa depan mereka.

 

SuperPark Malaysia, Avenue K, KLCC

Bersesuaian dengan namanya, SuperPark Malaysia ialah taman permainan dalam ruangan gergasi seluas 40,000 kaki persegi yang terletak di Avenue K Shopping Mall, Kuala Lumpur ini pasti akan membuatkan anak anda dan juga anda teruja. Taman ini dibahagikan kepada tiga bahagian: Kawasan Pengembaraan, Arena Permainan dan Dewan Gaya Bebas. Terdapat aktiviti untuk semua peringkat umur dan tahap kecergasan di taman permainan ini, dengan lebih daripada 25 permainan dan aktiviti yang menarik bermula dari dinding halangan dan trampolin besar hingga ke lubang buih dan gelanggang luncur ais.

Setiap kawasan mempunyai pelbagai aktiviti yang sesuai untuk anda mahupun si kecil. Daripada aktiviti yag memacu adrenalin seperti SuperClimb, Skate dan  Scoot World, kepada aktiviti berasaskan sukan seperti Besbol dan SuperPinball, Street Soccer, SuperBall, anda tidak akan kebosanan meluangkan waktu seharian berseronok di taman permainan dalam ruangan yang unik dan serba lengkap ini.

 

Parenthood Playland, MyTOWN Cheras, KL

Parenthood Playland merupakan taman permainan dalam ruangan yang terletak di MyTOWN Shopping Centre, Kuala Lumpur menyediakan program yang unik untuk anak anda, seperti kickboxing kanak-kanak, kelas tarian kanak-kanak, muzik dan drama, dengan tumpuan kepada pembelajaran sambil bermain. anda boleh menghantar si kecil ke Parenthood Playland sambil memanfaatkan pelbagai kemudahan dan kegiatan yang bertemakan kota London ini.

Kanak-kanak bukan sahaja dapat mempraktikkan bakat mereka di sini, tetapi mereka juga boleh mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti lain, seperti trampolin, flying fox, dan memanjat dinding. Jika anak anda berumur antara 8 hingga 12 tahun, anda boleh meninggalkan mereka bermain sendirian sambil menikmati kemudahan yang disediakan Parenthood Playland di kawasan bertemakan kota London seperti Kafe, salun rambut dan kuku, kedai menjual barang-barang bayi dan anak kecil, serta gimnasium.

 

Star Light Kids

Star Light Kids tertelak di Avenue K Kuala Lumpur City Centre dan menawarkan pengalaman yang berbeza dari taman permainan dalam ruangan lain di atas. Bukan sahaja anak anda, tapi jika anda juga pencinta angkasa lepas, anda dapat   merasai suasana berbeza ini dengan menerokai kawasan bertema intergalaksi seluas 3000 kaki persegi berkat pencahayaan yang suram dan warna yang mempesonakan .

Jika anda ingin meluangkan waktu berdua bersama pasangan tanpa gangguan si kecil, anda  juga boleh meninggalkan anak anda di Star Light Kids dan pergi berkeliling pusat membeli-belah selama berjam-jam tanpa kehadiran si kecil. Tapi jika anda hanya mau duduk dan sambil melihat anak anda bermain, terdapat juga ruang menunggu dan kafe untuk anda nikmati.

 

Tempat permainan kanak kanak di KL dan Selangor (Outdoor)

Pusat Sains Negara

Untuk keluarga yang lebih meminati aktiviti luar, Pusat Sains Negara haruslah ada dalam senarai lokasi yang harus anda kunjungi. Tempat mainan kanak-kanak ini bertempat di  Persiaran Bukit Kiara, Kuala Lumpur, kawasan dengan keluasan 8 hektar ini menawarkan banyak taman permainan dan tarikan yang tidak akan habis untuk si kecil terokai.

Pusat Sains Negara ini juga tidak seperti muzium atau pusat pameran lain di Kuala Lumpur dari segi reka bentuk. Ia menampilkan 9 galeri khusus untuk pelbagai isu berkaitan sains untuk menarik minat anak anda dalam bidang ini. Tempat ini bukan sahaja mempunyai pameran yang luar biasa, tetapi juga Taman Pendidikan Sains dengan pelbagai haiwan seperti rusa, arnab, ayam, burung unta dan lain-lain. Terdapat juga akuarium tempat pelawat boleh belajar tentang hidupan akuatik.

 

Taman Metropolitan Kepong

Pilihan kedua kami untuk taman permainan luar ruangan adalah Taman Metropolitan Kepong atau juga dikenali dengan nama Taman Layang-layang. Ini kerana ramai orang tua yang datang untuk menaikkan layang-layang bersama anak mereka. Malah, ia telah menjadi sinonim dengan Taman Metropolitan ini. Dengan keluasan keseluruhan 90 hektar, Taman Metropolitan Kepong merupakan salah satu taman rekreasi utama di Kuala Lumpur, dan ia sering digunakan sebagai kawasan riadah untuk penduduk sekitar.

Anak anda bukan sahaja dapat bermain layang-layang, tetapi juga dapat melakukan aktiviti sukan seperti berbasikal dan berjoging. Selain itu, apabila anda penat bermain dan perut kelaparan, anda boleh membeli mana-mana makanan dan minuman yang terdapat di sini kerana tersedia beberapa gerai makanan.Aktiviti berkelah juga sesuai dilakukan disini, anda hanya perlu memlilih  lokasi yang bagus untuk menghamparkan tikar dan anda telah dapat menikmati perkelahan yang menyenangkan bersama keluarga anda di sini pada sebelah petang.

 

Taman KLCC

Seterusnya, Taman KLCC juga merupakan taman permainan yang sesuai untuk meluangkan waktu bersama anak anda. Taman yang besar ini mengandungi taman kanak-kanak dan air pancut. Disediakan juga  banyak bangku untuk para pengunjung, jadi anda boleh mengawasi anak anda dengan mudah.

 

Taman Tasik Titiwangsa

Taman permainan di Taman Tasik Titiwangsa berada di seberang tasik dari pintu masuk taman, jadi agak berjalan kaki untuk ke sana. Kawasan permainan air yang berasingan juga disediakan. Tandas berharga 50 sen setiap lawatan, dan terdapat beberapa kerusi dan tempat perlindungan di mana keluarga dan ibu bapa boleh berehat. Apabila anak-anak selesai bermain di taman permainan, semua orang boleh menyewa basikal dan menunggang di sekitar lorong berbasikal yang ditetapkan dengan selamat!

 

Taman Botani Perdana Kuala Lumpur

Taman Botani Perdana di Kuala Lumpur ini sesuai untuk anak yang menyukai pemandangan pelbagai jenis bunga dan tumbuhan. Taman ini pada awalnya dibina sebagai sebahagian daripada kawasan riadah tetapi kemudiannya diperluaskan untuk memasukkan koleksi tumbuhan tropika. Taman itu kemudiannya telah diubah sepenuhnya menjadi taman tumbuhan, lengkap dengan koleksi botani dan elemen rumah yang memberikan tetamu perasaan berada di dalam hutan tropika semasa berada di tengah-tengah bandar. Kini terdapat taman permainan yang besar serta kedai kopi yang menyediakan minuman di taman. Terdapat juga pengawal keselamatan yang bertugas, tetapi ibu bapa harus sentiasa mengawasi anak-anak mereka.

 

Akhir kata

Tempat permainan indoor dan outdoor untu kanak kanak ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Apabila satu pilihan tidak boleh diakses, adalah perlu untuk mempelajari cara menggabungkan kedua-dua jenis permainan ke dalam rutin harian anak anda.

Permainan dalam ruangan kini menjadi lebih mudah dengan pelbagai mainan dan peralatan yang mempunyai beberapa kesan yang baik terhadap perkembangan si kecil. Apabila aktiviti luar tidak tersedia, permainan yang disediakan di dalam taman permainan dalam ruangan digunakan sebagai pengganti. Permainan dalaman seperti seni dan kraf, teka-teki dan aktiviti lain juga boleh membantu meningkatkan kreativiti. Kanak-kanak boleh menggunakan kawasan dalaman untuk mengawal diri, meningkatkan kebolehan bahasa mereka, memberi perhatian kepada arahan dan meningkatkan kemahiran sosial mereka.

Taman permainan luar juga turut memberikan faedah fizikal jangka panjang. Kanak-kanak yang bermain di luar dan lebih aktif secara fizikal lebih berkemungkinan membawa kemahiran itu sehingga dewasa.

Hasilnya, bermain di luar boleh membantu bukan sahaja anak anda tetapi juga anda  untuk meminimumkan risiko obesiti. Tambahan pula, bermain di luar adalah kaedah yang percuma dan semula jadi untuk mendapatkan Vitamin D, komponen penting yang membantu dalam pembangunan tulang yang kuat dan pencegahan penyakit jantung.

Diharapkan agar perkongsian tempat mainan kanak kanak ini akan membuatkan anak-anak tesenyum sepanjang hari.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Hai semua! Saya Nora Hana, seorang penulis bebas yang suka berkongsi kisah dan pengalaman tentang kehidupan wanita Malaysia masa kini. Saya menulis artikel-artikel santai dan padat dengan info berguna tentang topik kekeluargaan, keibubapaan, makanan, resepi masakan, tips kesihatan, kecergasan, dan juga pelancongan.

1 Comment

Leave A Reply