Kalau sebut Shah Alam, mesti teringat roundaboutnya. Punya lah banyak roundabout, sampai Shah Alam juga dipanggil bandaraya roundabout. Tetapi selain itu, Shah Alam ada banyak lagi tarikan selain bulatannya. Selain tempat menarik di Shah Alam, terdapat juga tempat bergambar di Shah Alam yang menarik dan berbaloi dilawati. Kebiasaannya, mereka akan membuat penggambaran untuk graduasi, perkahwinan atau majlis sambutan hari jadi.
Jom kita tengok senarai tempat bergambar di Shah Alam ini.
Tempat bergambar di Shah Alam
1. Taman Tasik Shah Alam
Shah Alam memang mempunyai banyak taman tasik yang menarik. Antara taman tasik utama di sini ialah Taman Tasik Shah Alam. Meliputi Seksyen 2 dan Seksyen 14, taman tasik ini begitu luas dan mempunyai beberapa bahagian yang menempatkan fasiliti tertentu seperti zipline, menara dan taman permainan.
Landskap taman tasik ini yang pelbagai membuatkannya tempat yang menarik untuk mengambil gambar. Pokok bunga, susunan batu dan kilauan air tasik menambahkan lagi kecantikan gambar yang diambil. Kadang-kala terdapat juga majlis yang siap dekornya dan memang sangat cantik untuk photoshoot.
2. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Dikenali juga dengan nama Masjid Biru, masjid kedua terbesar di Asia Tenggara ini juga merupakan salah satu tempat bergambar di Shah Alam yang sangat indah.
Walaupun masjid merupakan tempat ibadah bagi kaum Muslim, kita juga boleh datang dan menghargai keindahan dan seni bina Tamadun Islam yang agung ini. Masjid ini mempunyai rekaan dan seni bina yang sangat cantik selain mempunyai keluasan yang besar. Ruang solatnya yang luas serta siling dan dinding dalamannya juga direka indah, selari dengan agama Islam yang sukakan keindahan.
Waktu senja merupakan waktu yang paling cantik untuk mengambil gambar di sini. Silauan cahaya matahari yang menyinar menambahkan lagi kecantikan gambar anda. Jika anda bernikah di masjid ini, jangan lepaskan peluang untuk mengambil gambar di sini bersama teman dan keluarga.
3. Laman Seni 7, Seksyen 7
Sekarang sudah mula banyak laman seni yang dihasilkan di Malaysia. Jika di Penang, kita ada Penang Street Art. Di Selangor pula, kita ada Laman Seni 7 yang mempamerkan pelbagai karya seni yang menarik. Shah Alam merupakan antara bandar pertama yang awal mempamerkan laman seni ini. Jika ada mencari tempat bergambar di Shah Alam yang unik, di sinilah tempatnya!
Terdapat lebih 10 lukisan mural yang dipamerkan dan kesemuanya mempunyai cerita yang tersendiri. Terdapat juga hasil seni yang 3d yang sangat menarik untuk anda lawati.
4. i-City Shah Alam
Kalau ke Shah Alam, mesti singgah ke I-City, terutama pada waktu malam. I-City merupakan antara tempat pertama yang menawarkan hiasan lampu LED yang sangat meriah di Malaysia. Pada waktu malam, tempat ini sangat cantik dengan lampu-lampunya dan sangat seronok untuk mengambil gambar di sana.
Selain hiasan lampu, terdapat banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sana seperti Snowalk, taman tema air, musium 3d dan menaiki ferris wheel. Semasa melakukan aktiviti di sini pun anda boleh mengambil gambar juga dan pasti menjadi kenangan indah buat anda dan teman atau keluarga.
5. Taman Botani Shah Alam
Dikenali juga dengan nama Bukit Cerakah, Taman Botani ini sangat sesuai bagi sesiapa yang sukakan nature atau alam semulajadi. Kaya dengan pelbagai flora, tak kurang juga mempunyai fauna seperti kuda, rusa, itik dan kura-kura. Jika anda suka berjalan-jalan sambil menghirup udara segar, di sinilah tempatnya!
Dengan kawasannya yang menghijau serta mempunyai tasik dan bendang, di sini adalah antara tempat yang sesuai untuk anda bergambar. Photoshoot juga sering diadakan di sini dek kawasannya yang memukau dan indah. Jangan lupa singgah ke sini bagi kaki fotografi.
6. Tasik Cermin Shah Alam
Siapa kata di Ipoh sahaja ada tasik cermin? Di Shah Alam juga ada tasik cermin. Tasik yang melangkaui Setia Alam dan Bukit Raja ini menjadi tumpuan penduduk sekitarnya kerana di sini juga mempunyai sebuah bukit iaitu Bukit Sapu Tangan yang menjadi kegemaran para hikers untuk berlatih.
Tasik ini memang sangat cantik untuk penggambaran tetapi anda harus hiking untuk ke sini, diingatkan untuk pergi bersama pendaki yang lebih berpengalaman untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Akhir kata
Demikianlah tempat bergambar di Shah Alam yang anda boleh kunjungi bersama keluarga dan teman tersayang. Jika anda kaki fotografi, wajib ke lokasi yang telah dikongsikan di atas. Kami juga ada kongsikan tempat menarik sambut birthday di Shah Alam jika anda mencari kelainan.
Selamat bergambar!