Jika anda sampai di negeri Terengganu, jangan lupa untuk mengunjungi tempat menarik di Setiu. Kalau sebelum ini anda mungkin tak pernah terfikir untuk pergi ke sana. Ini adalah saatnya untuk anda terokai sendiri keunikan yang terdapat di Setiu, Terengganu.

Jom ketahui destinasi terbaik di Setiu melalui senarai yang kami sediakan.

Tempat menarik di Setiu

Apa sebenarnya yang best sangat di Setiu ini sehinggakan ia mulai menjadi salah satu daerah yang makin popular sejak beberapa tahun ini. Mari kita lihat!

1. Terrapuri Heritage Village

Terrapuri Heritage Village ini adalah sebuah resort yang berkonsepkan istana lama Terengganu. Jadi tak hairanlah kalau ianya dijadikan salah satu lokasi penggambaran filem Hikayat Merong Mahawangsa satu ketika dulu.

Di sini juga anda akan dapat melihat pelbagai jenis rumah tradisional yang telah dibina lebih dari 100 tahun yang lalu.

Tapi, biarpun ia masih mengekalkan tradisi melayu lama dan banyak mempamerkan barang-barang klasik. Terrapuri Heritage Village tetap tersergam indah dan mampu mengembalikan aura suasana kehidupan orang dulu-dulu kepada para pengunjungnya.

So, kalau anda teringin nak berada di suatu tempat yang berbeza dari kebiasaannya. Jemputlah menginap di sini!

 

2. Setiu Wetland Savannah

Buat anda yang suka OOTD dengan pemandangan seperti berada di luar negara. Bolehlah singgah ke Setiu Wetland Savannah.

Di sini, anda dapat lihat sendiri tumbuhan seperti rumput atau lalang yang tumbuh meliar tapi dengan warna keemasan yang sangat cantik. Disebabkan pemandangan rumput di sana, kawasan itu nampak seolah-olah anda berada di negara Afrika.

Kalau anda tak percaya, datanglah ke sini untuk menyaksikannya sendiri.

 

3. Tempat menarik di Setiu (Setiu Wetland)

Destinasi ini adalah sangat sesuai untuk mereka yang sukakan alam semula jadi kerana ia kaya dengan hidupan flora dan fauna. Bukan itu saja.

Di sini terdapat pelbagai jenis aktiviti menarik yang dapat anda lakukan antaranya adalah mencari lokan dan kepah, melihat dan memancing banyak spesis ikan berbeza, menaiki river cruise dan sebagainya.

Jadi buat anda yang nak rasa pengalaman mencari kepah di muara sungai atau mencari lokan di paya bakau. Kunjungilah Setiu Wetland.

 

4. Tempat menarik di Setiu (Galeri Rumah Botol)

Tempat menarik di Setiu seterusnya adalah Galeri Rumah Botol yang dimilki oleh seorang lelaki warga emas yang dikenali sebagai Pak Ali atau Tokki. Galeri ini mula diwujudkan setelah Pak Ali berjaya mengumpul lebih dari 4,000 botol yang hanyut di tepi pantai.

Tambahan lagi, botol-botol di sini bukannya seperti botol-botol biasa. Ada yang berasal dari negara luar seperti Korea, Mexico dan banyak lagi. Selain itu, menurut Pak Ali. Botol-botol tersebut ada yang mengandungi surat atau nota yang ditulis seseorang.

Menarik kan? Kalau nak tengok lebih banyak lagi koleksi botol yang ada sini. Jangan lupa untuk datang ke Galeri Rumah Botol.

 

5. Ladang Tembikai Kolam Hijau

Kalau Cameron Highland ada ladang teh. Di Setiu Terengganu ada Ladang Tembikai Kolam Hijau. Kalau anda tak pernah berpeluang untuk petik buah tembikai, kini anda boleh lakukannya di sini.

Yang pastinya, anda akan berpuas hati dengan hasil petikan anda kerana buah-buah tembikai di sini sangatlah besar dan ladang tersebut sangat luas serta subur menghijau dengan tanaman pokok buah tembikai.

 

6. Kraftangan Kg Gelam

Salah satu tempat menarik di Setiu yang anda harus kunjungi adalah di Kraftangan Kg Gelam. Nama pun dah kraftangan kan, jadi mestilah banyak sangat hasil kraftangan yang dipamerkan dan dijual di sini.

Yang paling penting, harga kraftangan yang dijual sangat berpatutan dan mampu milik. Tambahan lagi, semua kraftangan di sini cantik-cantik sampai rambang mata nak pilih.

Jadi jangan lupa singgah di sini untuk beli buah tangan sebagai kenang-kenangan dari daerah Setiu, Terengganu.

 

Akhir kata

Semoga anda dapat menerokai tempat-tempat menarik di Setiu yang kami kongsikan ini bersama keluarga atau kawan-kawan anda satu hari nanti.

Ketahuilah bahawa banyak lagi tempat menarik di Terengganu yang anda perlu lawati. Dan nanti kalau dah alang-alang sampai di Terengganu, singgahlah terus ke negeri pantai timur yang lain seperti Kelantan dan Pahang.

Selamat bercuti!

Hai semua! Saya Nora Hana, seorang penulis bebas yang suka berkongsi kisah dan pengalaman tentang kehidupan wanita Malaysia masa kini. Saya menulis artikel-artikel santai dan padat dengan info berguna tentang topik kekeluargaan, keibubapaan, makanan, resepi masakan, tips kesihatan, kecergasan, dan juga pelancongan.

Leave A Reply