Kalau anda masih tak puas berjalan di siang hari, apa kata anda bawa keluarga menikmati suasana dan tempat menarik waktu malam di Cameron Highlands yang sekarang ini dah semakin happening dengan pelbagai aktiviti dan tempat best untuk makan dan lepak.

Izinkan kami berkongsi.

Sebut saja Cameron Highlands memang semua orang dah tahu ia salah satu tempat sejuk di Malaysia yang cukup terkenal. Kalau anda berkunjung ke sini, memang dah semakin banyak tempat attraction yang sentiasa penuh dengan orang ramai yang datang bercuti.

Waktu cuti sekolah terutamanya, banyak tempat menarik yang kita boleh bawa anak-anak kalau berkunjung ke Cameron Highlands. Kali ini, kami akan kongsikan tempat menarik waktu malam di Cameron Highlands pula.

Jom kita tengok.

Jalan-jalan di Cameron Centrum

Mall terbaru terletak di Brinchang ini antara tarikan terbaru di Cameron Highlands, tapi nak rasa suasana lagi best anda kena datang waktu malam.

Suasana di sini seolah-olah anda berada di Eropah, boleh bergambar sakan dengan background yang bercirikan bangunan Inggeris. Cameron Centrum juga dah jadi port menarik waktu malam di Cameron Highlands yang wajib dikunjungi.

Dah sampai sini, jangan lupa bergambar depan menara jam dan tram, memang anda boleh feeling-feeling macam bercuti di Eropah!

Nak ke sini pun mudah je dan anda tak payah kalut nak letak kereta di mana sebab banyak petak parkir disediakan di dalam bangunan mall 3 tingkat yang dibuka sampai 12 malam ini.

Dengan cuaca sejuk waktu malam, best juga kalau nak lepak minum kopi di Starbucks dan Coffee Bean atau boleh menikmati makan malam di restoran makanan segera yang terdapat di sini seperti McDonalds, Marrybrown, Pizza Hut, Family Mart dan Baskin Robin.

Berkhemah di The Backyard Glamping

Dah jemu duduk hotel atau homestay, apa kata anda rasai pengalaman berkhemah di The Backyard Glamping. Terletak di Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, tapak perkhemahan ini memang unik sebab terletak di laman belakang dan juga rumah pemilik.

Menginap di sini memang anda akan lalui pengalaman yang berbeza kerana suasana waktu malamnya memang wow! Dengan cuaca yang sejuk dan kedinginan malam, bestnya dapat menikmati kopi panas bersama keluarga atau rakan sambil berborak santai depan unggun api.

Anda boleh memilih khemah single, couple atau family dengan harga bermula RM150 hingga RM350. Boleh juga meminta tambahan stimbot dan gril dalam pakej penginapan di sini.

Kalau nak buat tempahan atau pertanyaan lanjut boleh ke Facebook The Backyard Glamping Cameron Highlands.

Lawati 3D Art Museum

Kebiasaannya, waktu malam di Cameron Highland agak sunyi. Ini kerana kebanyakan ladang teh dan kebunnya dibuka sehingga petang sahaja. Namun, jika anda kebosanan, anda boleh lawati 3D Art Museum yang terletak di Cameron Square.

Di sana terdapat banyak lukisan 3D yang sangat menarik dan anda boleh merakam kenangan bersama keluarga. Anda juga boleh menjamu selera di Cameron Square selepas penat berposing di 3D Art Museum itu.

Muzium ini dibuka setiap hari bermula 10 pagi sehingga 10 malam. Bayaran yang dikenakan ialah RM20 seorang.

Beli Makanan di Pasar Malam Pekan Brinchang

Berbeza dengan pasar pagi Kea Farm, pasar malam Brinchang ini menjual lebih banyak makanan jenis goreng-goreng dan makanan lain seperti mi goreng, ubi rebus, dan nasi ayam. Yang menariknya di sini, suasana sejuk dan dingin ini memberikan anda feeling seperti di overseas.

Untuk pengetahuan anda, pasar malam ini sudah berpindah ke Jalan Golden Hills, bukan lagi berdekatan Star Regency Hotel. Anda juga digalakkan datang pada waktu petang untuk mengelakkan jammed dan parking agak susah nak dapat bila waktu malam.

Pasar malam ini dibuka pada hari Jumaat dan Sabtu, bermula pada pukul 5 petang hingga 11 malam.

Bawa Anak Bermain-main di Holiday’s Park

Seterusnya, tempat menarik waktu malam di Cameron Highlands ialah Holiday’s Park di Kea Farm, yang terletak berhampiran Cameron Square. Jika anda bosan dan tiada aktiviti untuk dibuat pada waktu malam, anda boleh ke sini.

Taman ini mempunyai pelbagai jenis permainan yang pasti membuatkan anak anda seronok dan enjoy. Setelah penat bermain juga anda boleh menjamu selera di sini kerana terdapat banyak restoran dan kedai makan berhampiran. Antara mainan yang seronok di sini termasuklah ferris wheel, carousel, kereta berlanggar, dan lain-lain.

Holiday’s Park ini dibuka dari tengah hari sehingga lewat malam dan dibuka untuk semua.

Makan Malam di DeBamboo Tower Steamboat, Grill & Steam

Pada waktu malam yang dingin di Cameron Highlands, anda pasti membayangkan menghirup kuah yang masam dan pedas di samping makanan laut dan steambot yang memang sedap.

Yang menariknya di sini, restoran ini berkonsepkan buluh dan menara makanannya yang pasti menggiurkan anda dengan pelbagai jenis makanan yang ditawarkan.

Restoran ini terletak di No.1, Gerai PLB Taman Sedia 39000 Tanah Rata, Pahang (Google Maps). Waktu operasinya bermula pada pukul 5 petang sehingga 12 tengah malam. Anda boleh membuat tempahan di +60 13-464 7989.

Makan-makan di Ferm Nyonya Restaurant

Jika anda inginkan kelainan untuk makan malam di Cameron Highlands, anda harus datang ke Ferm Nyonya Restaurant. Restoran ini merupakan satu-satunya restoran yang menawarkan masakan Nyonya di Cameron Highlands.

Restoran ini menyediakan makanan halal tradisi Nyonya yang mengandungi bahan-bahan masakan tradisional seperti bunga lawang, buah pala, serai, dan pelbagai jenis halia. Sangat sesuai jika anda mahu menghangatkan badan anda dalam sejuk Cameron Highlands.

Lokasi restoran ini terletak di 78A-D, Jalan Camellia 4, Cameron Highland, 39000 Tanah Rata, Pahang (Google Maps. Waktu operasinya bermula pada 11 pagi sehingga 3.30 petang, dan akan dibuka semula bermula 5.30 petang sehingga 10 malam. Anda boleh membuat tempahan di +60 5-491 5891

Jalan-jalan Sambil Makan di Medan Selera Tanah Rata

Antara tempat menarik waktu malam di Cameron Highlands juga ialah di Medan Selera Tanah Rata. Jika anda cuma mahukan suasana dingin, anda boleh berjalan-jalan di sini kerana terdapat deretan kedai serbaneka dan cenderahati.

Baju, keychain, anak patung, dan perhiasan yang melambangkan Cameron Highlands terdapat banyak di sini. Anda juga boleh menjamu selera di sini kerana banyak kedai makan yang dibuka di sini. Kebanyakan kedai menjual masakan panas, admin cadangkan makan tomyam atau sup di sini, feeling dia, pasti seronok!

Suasana di sini juga seronok untuk lepak kerana sejuk dan tidak panas, takdalah anda berpeluh semasa melepak dengan keluarga dan teman.

Lawati Strawberry Cottage Cameron Square

Jika anda tiba-tiba ingin makan manis-manis pada waktu malam di Cameron Highlands, anda boleh berkunjung ke Strawberry Cottage Cafe yang terletak di Cameron Square. Kek di sini sangat comel dan cantik untuk dimakan.

Antara menu popular di cafe ini ialah nasi lemak cheese cake, cendol cheese cake, dan signature black carrot cheese cake. Terdapat juga cookies, dan kopi dan teh untuk anda.

Makan dan Minum di Anjer’s Corner

Waktu malam yang dingin di sini pasti membuatkan anda craving macam-macam. Anjer’s Corner yang terletak berhadapan Hotel Casa De La Rossa ini menawarkan menu shellout untuk anda. Sejuk-sejuk dapat makan makanan laut yang panas-panas memang sedap kan?

Kebiasaan pengunjung akan memilih untuk makan shellout di sini walaupun terdapat pilihan makanan yang lain. Harga untuk shellout di sini bermula serendah RM60 untuk 2 orang. Jika anda tidak mahu makan shellout, steambot juga ada di sini bermula dengan RM30 untuk 1 set.

Selain itu, menu western seperti Chicken Chop dan Lamb Chop juga ditawarkan di sini. Waktu kedai makan ini beroperasi bermula 3 petang sehingga 12 tengah malam. Anda boleh membuat tempahan di +6013-5351375.

Anda peminat makanan laut? Jika ya, anda harus cuba Anjer’s Corner Shellout! Terletak berhadapan dengan Hotel Casa De La Rossa, kedai ini sangat mudah untuk anda cari.

Pelbagai jenis makanan yang terdapat disini dan pastinya “shellout” adalah pilihan makanan yang popular disini. Harga Shellout disini bermula serendah RM60 untuk 2 orang, manakala harga Steamboat adalah RM30 untuk 1 set.

Akhir kata

Sekian, tempat menarik waktu malam di Cameron Highlands. Semoga anda enjoy dan berseronok meluangkan masa di sana.

Kalau sudah ke Cameron Highlands, jangan lupa singgah untuk melawat tempat menarik di Genting Highlands pula.

Semoga bermanfaat.

Hai semua! Saya Nora Hana, seorang penulis bebas yang suka berkongsi kisah dan pengalaman tentang kehidupan wanita Malaysia masa kini. Saya menulis artikel-artikel santai dan padat dengan info berguna tentang topik kekeluargaan, keibubapaan, makanan, resepi masakan, tips kesihatan, kecergasan, dan juga pelancongan.

Leave A Reply