Jika anda ingin bercuti di Selangor tetapi tidak tahu di mana, anda harus ke Bagan Lalang! Merupakan sebuah pekan di dalam daerah Sepang, Selangor, banyak tempat menarik di Bagan Lalang yang anda harus lawati.

Pekan ini mempunyai pantai yang cantik dan kaya dengan hutan paya bakau, menjadikannya sesuai untuk pelabuhan dan tempat tumpuan untuk aktiviti perikanan.

Kebiasaannya pelancong akan datang ke sini untuk makanan laut yang murah dan segar, izinkan kami berkongsi sekali tempat yang menarik di sini untuk anda.

Tempat menarik di Bagan Lalang

1. Pantai Bagan Lalang

Jika anda ke Bagan Lalang, salah satu aktiviti yang anda boleh lakukan ialah menangkap ketam. Pantai di sini akan surut dan anda boleh berjalan sejauh 300-400m ke kawasan tengah laut. Jika anda ada anak-anak kecil, mereka pasti akan berseronok di sini.

Anda juga boleh bermain layang-layang dan menikmati angin pantai. Terdapat banyak kedai yang menjual layang-layang di sini.

Selain itu, anda tidak perlu risau kerana fasiliti untuk kemudahan anda lengkap disediakan. Kerusi dan pondok turut banyak disediakan untuk keselesaan pengunjung. Anda juga boleh membawa sendiri tikar dan alatan bbq untuk aktiviti di sana.

 

2. Jeti Memancing Wak Sempuh

Seterusnya, tempat menarik di Bagan Lalang ialah Jeti Memancing Wak Sempuh. Bagi kaki pancing, tempat ini menjadi tumpuan untuk memancing.

Dengan hanya membayar RM4, anda sudah boleh memancing di sini. Siakap, jenahak, senangin, dan banyak lagi jenis ikan menjadi buruan di sini.

Anda juga boleh menyewa bot di sini. Klik sini untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan.

 

3. Fishing Buddies Fishing Pond

Seterusnya, antara tempat menarik di Bagan Lalang ialah Fishing Buddies Fishing Pond. Dengan bayaran sebanyak RM100 selama sejam, anda dijanjikan minimum 5 ekor ikan! Sangat berbaloi jika anda bukanlah kaki pancing yang tegar menunggu ikan.

Kolam ini mempunyai ikan yang besar dan anda pasti puas hati dengan tangkapan anda.

Untuk maklumat lanjut dan ingin membuat sebarang pertanyaan tentang servis yang diberikan mereka, layari facebook mereka di sini.

 

4. Jeti Nelayan Sepang

Jika anda inginkan pengalaman memancing dengan pemandangan yang menenangkan, anda boleh ke Jeti Nelayan Sepang.

Bayaran di sini lebih murah berbanding dengan jeti memancing yang lain. Namun, ikan-ikan di sini tidak kurang banyaknya dan anda juga boleh menikmati keindahan alam sambil memancing.

 

5. Rumah Rakit Hobbit Sekroy

Anda inginkan kelainan untuk percutian anda di Bagan Lalang? Anda wajib ke Rumah Rakit Hobbit Sekroy. Selain boleh menjadi penginapan anda, anda juga boleh memancing di sini. Bercuti sambil memancing orang kata. Ini mesti menjadi kegemaran kaki pancing. Selain dapat membawa keluarga bercuti (jika ada keluarga), anda juga boleh meluangkan masa dengan hobi anda.

Rumah rakit ini seperti tempat penginapan yang biasa, ada dapur, ruang rehat, ruang tinjau dan juga tempat untuk bbq. Terdapat beberapa jenis rumah rakit, bergantung kepada jumlah orang.

Jika anda ingin memancing di tempat lain, anda juga boleh menempah bot dengan pemilik rumah rakit ini.

Anda digalakkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu, dan sebarang pertanyaan anda boleh ajukan di sini.

 

6. MS Family Boat House

Seterusnya, tempat menarik di Bagan Lalang ialah di MS Family Boat House sini. Jika anda ingin bercuti beramai-ramai sambil bersantai dan memancing, anda boleh ke sini. Untuk ke rumah rakit ini, anda akan dibawa dengan boat dari Jeti Sirip Biru ke boathouse.

Anda boleh memancing sepanjang masa anda di sini. Kemudahan yang disediakan di sini sangat selesa dan jika anda ada anak kecil, anda tidak perlu risau kerana fasiliti di sini sangat lengkap dan bersih. Elektrik turut disediakan di sini.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, anda boleh layari facebook mereka.

 

7. Avani Sepang Gold Coast Resort

Tidak perlu diperkenalkan lagi, resort ini memang popular dengan resort di atas airnya. Berbentuk pokok kelapa jika dilihat dari langit, pengunjung boleh merasakan seolah-olah seperti di Palm Island, Dubai.

Resort ini boleh menjadi pilihan jika anda ingin berbulan madu, atau sekadar bercuti bersama keluarga. Avani Sepang Gold Coast Resort menjanjikan penginapan yang selesa dan mewah untuk anda.

Jika anda seorang yang gemarkan pemandangan matahari terbenam, anda pasti tidak akan merasa kecewa dengan pemandangan yang bakal disajikan di sini. Anda pasti terpukau dengan keindahan sunset di sini.

Tempah percutian indah anda di sini.

 

8. Restoran Bayu Malam Wak Lan Ikan Bakar & Seafood

Dah penat berjalan di tempat menarik di Bagan Lalang ini, mesti nak mencari makan pula. Anda boleh makan malam di Restoran Bayu Malam Wak Lan Ikan Bakar & Seafood.

Konsep restoran terbuka yang simple ini, anda akan mendapat pengalaman makan malam sambil menikmati hembusan bayu yang menyegarkan dari laut.

Restoran ini sering menjadi pilihan untuk pengunjung kerana mempunyai banyak pilihan makanan laut, dan kesemuanya memang segar yang pasti akan membuat anda terliur.

Restoran ini dibuka bermula pukul 5.30 petang setiap hari, dan anda boleh ke sini menggunakan Google Maps di sini.

 

9. Restoran Senandung Malam Seafood

Jika anda berkunjung ke Bagan Lalang, makan malam begini memang menjadi buruan pelancong. Salah satu restoran popular di sini ialah Restoran Senandung Malam Seafood.

Restoran ini sentiasa penuh kerana makanannya yang fresh, dan harga yang ditawarkan sangat berbaloi. Berdekatan dengan Bagan Lalang Beach Resort, jika anda bercuti di sini jangan lupa singgah ke restoran ini!

 

10. Bagan Lalang Sea View Restaurant

Restoran menghadap pantai memang kebiasaannya menjadi tumpuan kerana pemandangannya. Pemandangan yang indah, angin yang kuat, dan makanan yang segar. Memang akan memberi satu rasa yang permai dalam diri yang menghayatinya.

Sup ketam menjadi pilihan di sini, selain pilihan ikan yang banyak. Anda mungkin perlu menanti lebih lama sebelum makanan tiba di meja anda. Tetapi penantian anda pasti berbaloi selepas anda mencuba makanan yang dihidangkan!

Anda boleh klik sini untuk ke restoran ini.

 

Akhir kata

Sekarang, anda sudah tahu tempat menarik di Bagan Lalang. Rancang percutian anda untuk pengalaman yang menyeronokkan. Jika anda ingin bercuti di tempat lain, klik sini untuk tempat menarik di Malaysia.

Selamat bercuti!

Hai semua! Saya Nora Hana, seorang penulis bebas yang suka berkongsi kisah dan pengalaman tentang kehidupan wanita Malaysia masa kini. Saya menulis artikel-artikel santai dan padat dengan info berguna tentang topik kekeluargaan, keibubapaan, makanan, resepi masakan, tips kesihatan, kecergasan, dan juga pelancongan.

Leave A Reply