Sedap jugak kan dapat makan bubur pulut hitam di cicah pula dengan roti memang nikmat kan? Kalau anda teringin nak makan, jom baca resepi bubur pulut hitam ini. Rugi tak cuba memang nikmat kalau dapat makan.
Jom kita try!
1. Resepi Bubur Pulut Hitam Santan
Bahan-bahan
- Beras pulut hitam
- Santan
- Gua melaka
- Gula pasir
- Telur
- Daun pandan
Cara nak buat Bubur Pulut Hitam Santan
- Rebus pulut hitam hingga empuk.
- Masukkan gula melaka dan gula pasir. Selepas itu masukkan santan dan daun pandan. Tunggu sampai santan dan pulut mendidih.
- Pukul sebiji telur dan masukkan dlm bubur tadi. Dah masak makan dengan santan pekat.
Sumber: Fateenah Embong dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Pulut Hitam Pressure Cooker
Bahan-bahan
- Pulut hitam (rendam 30minit) 2 cawan
- Gula melaka
- Santan
- Tepung jagung 1 sudu
- Air 4 cawan
Cara nak buat Pulut Hitam Pressure Cooker
- Masukkan pulut bersama air tekan button beans. (30minit)
- Dah siap tekan bake 15minit.
- Masukkan santan, gula melaka dan tepung jagung. Sambil kacau ya.
- Siap.
Sumber: Naimah Mukhtar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Bubur Pulut Hitam Durian
Bahan-bahan
- Pulut hitam
- Gula
- Durian
- Santan (ikut sukatan pulut tadi)
- Garam
Cara nak buat Bubur Pulut Hitam Durian
- Basuh bersih dan rendamkan pulut.
- Masak pulut sehingga kembang.
- Jika pulut dah kembang masukan durian kacau sehingga isi ulas durian hancur.
- Masukan gula perang.
- Masukan santan dan masak sehingga mendidih.
- Masukan sedikit garam.
- Kacau sehingga sebati dan mendidih.
- Siap untuk di hidang.
Sumber: Nabilah Oshin Manan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Bubur Pulut Hitam Santan Masin
Bahan-bahan
- 1/2 kg pulut hitam (cuci bersih, rendam 1 jam, toskan) Masak pulut bersama 6 cawan air dengan api perlahan. Masukkan juga beberapa helai daun pandan.
- Masukkan 1 cawan gula. Kacau sebati. Siap.
- Santan Masin
Cara nak buat Bubur Pulut Hitam Santan Masin
- Masak 2 cawan santan pekat bersama 1 cawan air dan 2 helai daun pandan.
- Biar mendidih, masukkan 2 sudu kecil garam kasar. Kacau rata.
- Sebatikan 2 sudu besar tepung beras bersama 1/2 cawan air. Masukkan ke dalam santan, kacau sebati hingga pekat. Biarkan mendidih seketika.
Sumber: Sarina Seman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Akhir kata
Bubur pulut hitam ini memang sedap dapat cicah dengan roti putih. Cuba lah!
Jom lihat juga resepi bubur kacang hijau durian ini.
Selamat mencuba!