Pulut durian ialah hidangan tradisional Melayu yang menggabungkan pulut (beras pulut kukus) yang dimakan bersama isi durian segar dan kuah santan manis, menghasilkan rasa lemak manis beraroma durian. Ia sangat popular di Malaysia, terutama ketika musim durian dan sering dinikmati sebagai pencuci mulut atau sajian petang.
Untuk penyediaannya, beras pulut direndam dan dikukus hingga masak, kemudian dimakan bersama kuah santan yang dimasak dengan santan segar, gula dan sedikit garam untuk seimbangkan rasa. Isi durian pula boleh dimakan begitu sahaja atau dicampur terus ke dalam kuah santan untuk dijadikan kuah durian pekat yang lebih berlemak dan berperisa.
Hidangan Pulut Durian
1. Resepi Pulut Durian (Rice Cooker)
Bahan-bahan
- 2cwn beras pulut rendam 15mnt toskan
- 1cwn air masukkan dalam rice cooker
Cara nak buat Pulut Durian (Rice Cooker)
- Masukkan pulut yg ditos tadi dalam bekas/loyang alas dengan daun pandan.
- Masuk bekas/loyang yang berisi pulut dalam rice cooke.r
- Tekan butang cook.
- Bila butang cook dah tendang pulut dah pun masak.
Sumber: Salimi Dolah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Pulut Durian Mudah
Bahan-bahan
- 2 cawan beras pulut
- 1 cawan santan
- 1 cawan air
- 1 sudu besar minyak mask
- Setengah sudu kecil garam
- Gula
Cara nak buat Pulut Durian Mudah
- Press on rice coker.
- Then dah masak buka & kacau tak nak bagi yang bawah hangit, dan tekan On balik bagi masak sekejap sekali lagi.
Sumber: Ayu Marini Abidin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Pulut Durian
Bahan-bahan
- Pulut setengah kilo
- Santan kotak kara/santan segar
- Durian/mangga
- Garam dan gula
- Tepung jagung sesudu kecik
- Rebus/kukus pulut yang dah direndam 5-6jam-ketepikan
Cara nak buat Pulut Durian
- Masak sekotak santan kotak, campur dengan sekotak air, masuk sesudu kecil tepung jagung, secubit garam dan gula sesuai selera.
- Didihkan sekejap diatas api ,sambil tu kacau santan supaya tak pecah minyak.
- Bila dah sejuk, boleh dihidangkan dengan pulut dan durian/mangga.
Sumber: Murni Rahmat dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Serawa Pulut Durian
Bahan-bahan
- 5 – 10 ulas durian
- 2 @ 3 kpg gula kabung
- 1 kg Santan
- 1 biji telur blend ngan santan
- Daun pandan
- Secubit garam
Cara nak buat Serawa Pulut Durian
- Masak semua dengan api perlahan..
- Sentiasa kacau. Dah gelegak tutup api. Kacau lagi jangan sampai pecah minyak.
Sumber: Rokiah Mohamad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)