Bubur cha cha adalah hidangan pencuci mulut tradisional Asia Tenggara yang popular di Malaysia, Singapura dan Thailand. Hidangan ini terdiri daripada campuran bahan-bahan seperti ubi keledek, keladi, cendol, sagu mutiara dan kacang merah yang dimasak dalam santan pekat dengan gula melaka atau gula pasir. Teksturnya yang kental dan rasa manis yang segar menjadikannya pilihan pencuci mulut yang digemari ramai.
Bubur cha cha biasanya dihidangkan sejuk dan merupakan hidangan yang sesuai untuk cuaca panas. Nama “cha cha” dipercayai berasal dari bahasa Hokkien yang merujuk kepada campuran pelbagai bahan dalam satu hidangan. Hidangan ini kaya dengan karbohidrat dan mempunyai nilai pemakanan yang baik kerana mengandungi ubi-ubian dan kekacang.
Hidangan Bubur Cha Cha
1. Resepi Bubur Cha Cha Keledek
Bahan-bahan
- Cha-cha
- Keledek (pelbagaikan ikut citarasa)
- Gula Melaka
- Daun Pandan
- Sagu
- Santan
- Air
Cara nak buat Bubur Cha Cha Keledek
- Rebuskan cha cha dan sagu dalam periuk.
- Dalam periuk lain, rebuskan keledek yang telah dipotong dadu sehingga empuk.
- Dalam periuk lain, masukkan gula melaka, air dan daun pandan.
- Last sekali, masukkan cha-cha, sagu dan keledek yang empuk ke dalam periuk berisi air gula. Campurkan santan dan secubit garam.
- Siap!
Sumber: El Naomie dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Bubur Cha Cha Sagu
Bahan-bahan
- 1 cawan cha cha kering, rebus hingga lembut kemudian tos dan bilas dengan air biasa
- 4 sudu besar sagu direndam dalam air sehingga kembang, dalam 10 minit, kemudian toskan
- 1 1/5 cawan santan
- Seketul kecil gula melaka
- 5 sudu besar gula putih
- Secubit garam
Cara nak buat Bubur Cha Cha Sagu
- Masak santan dan garam bersama cha cha yg sudah dimasak sehingga mendidih.
- Masukkan gula melaka, gula putih dan sagu.
- Masak sehingga mendidih, jika rasa pekat, boleh tambahkan sedikit air.
- Tutup api dan boleh hidang. Boleh juga dimakan bersama aiskrom vanilla atau aiskrim kelapa.
Sumber: Nur Quiyah Qui dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Bubur Cha Cha Mudah
Bahan-bahan
- 2 cawan bubur chacha (rebus dan asingkan)
- 1/2 gula melaka
- 1 cawan lebih gula pasir (boleh kurang atau tambah)
- 1 cawan santan pekat
- cawan santan cair (1cwn santan + 1 cawan air)
- 2 helai daun pandan (basuh dan ikat)
Cara nak buat Bubur Cha Cha Mudah
- Rebus bubur chacha sehingga lembut dan toskan dan alirkan ke air . (Asingkan)
- Masak gula melaka & gula pasir bersama santan pekat kemudian tapiskan.
- Masukkan santan cair & gula yg siap ditapis tadi.
- Masukkan bubur chacha yang siap direbus kemudian masukkan daun pandan.
- Biar mendidih sambil kacau . Kemudian boleh tutup api.
- Sedia untuk dihidang bersama keluarga.
Sumber: Syafinaz Zainal dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Bubur Cha Cha Nangka
Bahan-bahan
- Tepung Pulut
- Santan
- Nangka (dihiris memanjang)
- Gula pasir
- Garam
- Daun Pandan
- Air kapur
- Pewarna hijau, kuning, merah
- Air
Cara nak buat Bubur Cha Cha Nangka
- Adunkan tepung pulut dan air kapur. Air kapur jangan banyak. 1 bungkus ni saya guna 3 sudu besar je. Air kapur ni untuk kurangkan liut tepung pulut tu. Ada orang letak garam dalam tepung tapi saya tak gemar. Nak letak boleh tak letak pun boleh.
- Dah jadi doh yang sebati. Bahagi kepada 3 bahagian. Hijau, kuning dan merah. Gentel kecik-kecik. Masa adun jangan guna banyak air. Nanti lembik ‘ketuek’.
- Santan, air, daun pandan, gula dan garam masukkan dalam periuk. Ikut manis masing-masing. Jangan manis sangat sebab nanti masuk nangka terlebih manis tau. Garam tu secubit sahaja untuk melemakkan santan. Santan ni panaskan sahaja. Jangan didih ye.
- Rebus tepung pulut yang dah gentel-gentel berkaler-kaler tu ye. Bila tepung tu dah timbul maknanya dah cukup masak. Tapis dan masukkan dalam santan yang dipanaskan tu. Rebus sampai habis adunan.
- Dah masukkan semua tepung yang direbus tu, masukkan nangka. Didihkan jangan sampai menggelegak. Baru adjust kemanisan bubur chacha. Nak tambah gula lagi ke ikutlah. Nangka tu nanti akan keluar air gula dia takut makin manis.
- Part ni tricky sikit. Santan tu didihkan jangan sampai menggelegak. Nanti pecah minyak dah tak sedap. Rasa lain. Didihkan gitu-gitu je. Nampak bubbles sikit tutup apinya.
Sumber: Intan Zila Zamani dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi Hidangan Pencuci Mulut Menarik Yang Ada?
1. Bubur Sumsum
Bubur Sumsum adalah pencuci mulut tradisional Indonesia yang diperbuat daripada tepung beras dan santan kelapa, menghasilkan bubur yang lembut dan beraroma pandan Cinnamon SnailNusantarapedia. Hidangan ini sering disajikan dengan sos gula melaka yang memberikan rasa manis yang mendalam.
2. Pengat
Pengat merupakan sejenis pencuci mulut Melayu tradisional yang menggunakan santan kelapa sebagai bahan asas. Hidangan ini boleh dibuat dengan pelbagai bahan seperti ubi keledek, pisang, atau bahan-bahan lain yang dimasak dalam santan manis.
3. Kolak
Kolak adalah pencuci mulut yang berasal dari Indonesia dan popular di Malaysia, menggunakan santan kelapa yang dimasak bersama gula melaka. Hidangan ini biasanya mengandungi ubi keledek, pisang, dan kadangkala kekacang hijau.
4. Bubur Pulut Hitam
Bubur Pulut Hitam adalah pencuci mulut tradisional yang diperbuat daripada beras pulut hitam yang dimasak dengan santan kelapa. Hidangan ini mempunyai warna ungu kehitaman yang menarik dan rasa yang manis serta berkrim.
5. Bubur Candil
Bubur Candil adalah pencuci mulut tradisional yang terdiri daripada bola-bola kecil yang diperbuat daripada tepung kanji, dimasak dalam santan kelapa yang manis. Hidangan ini serupa dengan Bubur Cha Cha tetapi menggunakan bahan yang berbeza untuk bola-bola kecilnya.