4 Resepi Ayam Sambal Hijau (Pedas Menyengat)

Kali ini resepi paling mudah nak buat, walaupun mudah tapi dapat pinggan boleh bertambah nasi. Resepi ayam sambal hijau ini memang cukup mudah nak buat bahan pun tak banyak. Buat penggemar makanan pedas resepi ini khas untuk anda.

Jom kita try!

1. Resepi Ayam Sambal Hijau

Bahan-bahan

  • Ayam 5 ketul
  • Cili hijau- 8 biji*
  • Cili merah-4biji*
  • Cili padi-10 biji*
  • Bawang merah-4 biji*
  • Bawang putih-2 ulas*
  • Serai 2batang satu ketuk satu blender
  • Halia -1/2inchi*
  • Kunyit hidup 1/2inchi*
  • Gula
  • Garam
  • Perasa

Cara nak buat Ayam Sambal Hijau

  1. Goreng dulu ayam pakai kunyit and garam.
  2. Blender ke semua bahan bertanda dan tumis pakai minyak.
  3. Dah agak pecah minyak masukkan gula garam atau perasa.
  4. Dah masak semua cili tu semua masukkanlah ayam yang dah digoreng tu masukkan bawang holland dan siap di hidang bersama nasi panas.

Sumber: Amira Wana dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Sambal Hijau Padang

Bahan-bahan

  • Bawang kecil – 10 biji (kalau guna bawah Holland letak dalam 2-3 biji)
  • Bawang putih -10 ulas
  • Lada besar hijau – 10 tangkai
  • Cili api hijau – 50 tangkai
  • Tomato hijau – 4 biji
  • Ikan bilis – segenggam
  • 1 kiub ayam knorr
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara nak buat Sambal Hijau Padang

  1. Gorengkan kesemua bahan di atas.
  2. Lepas tu kisarkan.
  3. Kemudian gorengkan sekali lagi.
  4. Masukkan kiub ayam dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  5. Gorengkan sehingga mendidih dan naik minyak.
  6. Gorengkan sehingga kering sedikit.

Sumber: Sharlia Rose dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Ayam Sambal lado Meletops

Bahan-bahan

  • Ayam (dipotong sederhana atau kecil)
  • Bawang merah Bombay 1 Biji
  • Bawang putih 2 ulas
  • Cili merah besar atau cili hijau besar 10 batang
  • Cili padi hijau 10 batang
  • Tomato 1 biji

Cara nak buat Ayam Sambal lado Meletops

  1. *Kisar kasar bahan-bahan ni ( kisar kering je, kisar kejap cukup setakat cili itu hancur).
  2. Ayam perap dengan kunyit dan garam, kemudian goreng hingga garing.
  3. Gunakan minyak yang sama, kurangkan sedikit, tumis bahan2 kisar hingga terbit minyak, kalau kurang minyak, tambah lagi. Pastikan terbit minyak ye.
  4. Masukkan garam, dan sedikit serbuk perasa
  5. Masukkan ayam dan kacau hingga sebati, siap.

Sumber: Nurdhia Farisha Adriana dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Sambal Hijau Hati dan Pedal Ayam

Bahan-bahan

  • Pedal ayam (rebus hingga empuk )
  • Hati ayam
  • Kentang ( digoreng nipis )
  • 1/2 cawan minyak untuk menumis
  • 1 cawan santan pekat

Bahan rempah

  • 10-15 biji cili padi hijau
  • 2 labu bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 batang serai

Bahan rempah di blend kecuali serai

Cara nak buat Sambal Hijau Hati dan Pedal Ayam

  1. Tumis bahan yang diblend.
  2. Masuk kan serai yang telah diketuk.
  3. Biarkan pecah minyak (kering).
  4. Masukkan santan pedal dan hati ayam.
  5. Masak hingga pekat.
  6. Bahan perasa secukup nya.
  7. Akhir sekali gaulkan kentang.

Sumber: Normah Bahari dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Kadang-kadang lauk yang simple itu lah yang mengenyangkan.

Jom lihat juga resepi sambal gesek yang pedas ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment