Ayam gepuk ialah hidangan tradisional dari Indonesia, khususnya popular di Jawa Tengah dan Jawa Timur, yang menampilkan ayam yang direbus dengan rempah, kemudian digoreng dan digepek atau ditumbuk sedikit untuk melembutkan teksturnya sebelum disajikan bersama sambal pedas. Ayam dimasak terlebih dahulu dengan bawang putih, ketumbar, lengkuas, serai dan garam, lalu digoreng hingga keperangan. Selepas digoreng, ayam akan digepek (dipukul lembut) untuk menjadikannya lebih empuk dan mudah menyerap sambal.
Sambal ayam gepuk pula diperbuat daripada cili padi, bawang putih, garam dan minyak panas, kadangkala dicampur dengan sedikit gula atau perahan limau untuk seimbangkan rasa pedas. Ayam gepuk sering dihidangkan bersama nasi putih, tempe goreng, tauhu, ulam-ulaman dan sambal yang dituang terus atas ayam.
1. Resepi Sambal Ayam Gepuk
Bahan-bahan Sambal Ayam Gepuk
- 1 genggam cili padi (rendam 15minit air panas) *
- 3 ulas bwang putih*
- Garam,gula, perasa
- Minyak panas
Cara nak buat Sambal Ayam Gepuk
- Blender kasar bahan-bahan seperti cili dan bawang putih.
- Masukkan garam, gula, dan perasa mengikut cita rasa
- Panaskan minyak hingga betul-betul panas, kemudian masukkan ke dalam sambal. Gaul sebati dan masak hingga sambal pecah minyak.
Sumber: Myra Suhaimi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Ayam Gepuk
Bahan-bahan Ayam Gepuk
- Ayam Dara potong 4
- Bawang merah besar 1 biji
- Bawang puting 1labu
- Halia 2 inci
- Lengukuas 2 inci
- Kunyit hidup
- Serai 1@2 batang ketuk
- Daun limau purut
Bahan sambal gepuk
- Cili api merah 300gm
- Cili api kampung 50gm
- Bawang putih 4/5 ulas
- Minyak bijan sikit
- Kacang gajus
- Minyak masak
Cara nak buat Ayam Gepuk
- Masukkan bahan yang telah diblander ke dalam periuk, bersama serai dan daun limau purut.
- Tambahkan sedikit air supaya tidak terlalu kering, sebab kita perlu rebuskan bahan-bahan tersebut.
- Masukkan garam, Ajinomoto, dan rahsia pentingnya iaitu ROYCO ayam (satu paket sahaja). Ini dari Indonesia, memang sedap! Jika tiada, boleh guna perasa lain, rasa tetap boleh jadi sedap.
- Rebuskan hingga semua bahan masak.
- Setelah rebusan siap, toskan ayam. Anda boleh masukkan tempe dan tauhu (tak perlu rebus lama, nanti hancur).
- Akhirnya, boleh goreng dan nikmati panas-panas.
Sambal Pedas
- Tumbuk cili dan bawang putih, pastikan jangan terlalu hancur, cukup sekadar kasar.
- Masukkan minyak bijan, garam, Ajinomoto, dan kacang gajus (anggaran 4-5 sudu besar).
- Gaul hingga sebati, kemudian siramkan dengan minyak yang benar-benar panas.
- Lenyekkan bahan-bahan ini menggunakan lesung batu hingga semuanya sebati dan berubah kemerahan.
- Setelah semuanya cantik sebati, boleh dinikmati!
Sumber: Suriyati Gaps dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Selain Ayam Gepuk, Apa Lagi Resepi Dari Indonesia yang Popular Sekarang
Makanan Indonesia semakin diminati kerana memiliki rasa yang hampir sama dengan citarasa tempatan. Hidangan mereka kaya dengan rempah ratus serta mempunyai keunikan tersendiri. Selain ayam gepuk, berikut adalah beberapa resepi dari Indonesia yang popular di Malaysia.
1. Bakso
Hidangan sup kosong bersama bebola daging yang dibuat sendiri. Selalunya akan dihidangkan bersama mi, sayur dan juga sambal pedas.
2. Gado-Gado
Campuran sayur-sayuran rebus, tempe, tauhu dan akan dihidangkan bersama kuah kacang pekat. Hidangan ini juga sering dimakan bersama keropok.
3. Pecel Lele
Pecel atau ikan keli yang akan digoreng rangup, setelah itu akan disiram dengan sambal cili hijau atau juga sambal cili merah. Dimakan bersama dengan ulam dan juga sayur.
4. Martabak Manis
Martabak manis ini sama seperti apam balik. Pancake tebal yang dihiasi dengan pelbgai topping seperti keju, coklat atau kacang.