4 Resepi Singgang Ayam (Mudah dan Sedap)

Jika anda mencari lauk yang mudah dan sedang berdiet, resepi singgang ayam ini sesuai untuk anda buat. Tak susah pun nak buat resepi ini paling penting bahan yang digunakan juga sangat mudah. Kalau nak pedas titik kan beberapa batang cili padi di hidangan ini.

Jom kita try!

1. Resepi Singgang Ayam

Bahan-bahan

  • Ayam
  • Bwg putih mayang nipis
  • Bwg merah mayang nipis
  • Halia mayang nipis
  • Lengkuas tumbuk kasar
  • Asam gelugor
  • Ketumbar biji tumbuk
  • Cili kering potong
  • Cili padi
  • Air
  • Perasa (gula,aji ,garam)

Cara nak buat Singgang Ayam

  1. Satukan dan masak sampai ayam empuk letak air sikit dulu.
  2. Bila dah empuk air nampak sikit baru tambah air lagi dan biarkan mendidih dan siap.

Sumber: Nor Faezah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Singgang Ayam Sedap

Bahan-bahan

  • Lengkuas
  • Kunyit hidup
  • Bwg putih,
  • Bwg merah,
  • Belacan,
  • Cili api merah
  • Serai
  • Asam keping

Cara nak buat Singgang Ayam Sedap

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan blender dan serai tumis sampai garing.
  2. Masukkan air, ayam, asam keping, garam, gula dan ajinomoto masak sampai ayam empuk.

Sumber: Zara Ainiey dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Singgang Ayam Mudah

Bahan-bahan

  • Ayam bahagian tulang
  • Bwg merah*
  • Bwg putih*
  • Ketumbar biji*
  • Belacan sikit*
  • Cili kering*(potong dan rendam air panas)
  • Tumbuk semua bahan bertanda*
  • Halia hiris
  • Lengkuas ketuk
  • Asam keping
  • Garam
  • Ajinomoto sikit (optional)

Cara nak buat Singgang Ayam Mudah

  1. Masukkan ayam dengan semua bahan dengan sedikit air dulu sekadar untuk kecutkan ayam.
  2. Tutup periuk dan rebus sekejap sampai ayam kecut sikit baru tambahkan lagi air ikut banyak mana kuah yang kita nak.
  3. Masak lagi sampai mendidih rasa masam masin secukup rasa dan siap.

Sumber: Mazira Hassan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Singgang Ayam Terengganu

Bahan-bahan

  • Satu ekor ayam potong kecil bersihkan
  • Bawang besar 2 biji
  • Bwg kecil satu labu
  • Halia 2 inci
  • Lengkuas 1 inci
  • kunyit hidup 2 inci
  • Semua ni hiris halus
  • Serai 3 batang di ketuk
  • Serbuk ketumbar 1 sudu besar atau biji ketumbar 1 sudu besar tumbuk halus
  • Asam keping dalam 5 keping
  • Budu 2 sudu besar
  • Cili kering dalam 5 biji
  • Cili api 5 biji patah dua

Cara nak buat Singgang Ayam Terengganu

  1. Semua yang di atas ni di gaul bersama ayam dan peram dalam setengah jam.
  2. Masuk dalam periuk masak atas dapur.
  3. Tambah air 2 mug.
  4. Masak hingga ayam tu elok masak, jika nak berkuah banyak tambah lagi air.
  5. Masukkan garam gula secukup rasa.
  6. Dah siap.

Sumber: Arbaiyah Sulaiman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Hidangan mudah memang nampak menyelerakan betul? Jangan lupa cuba resepi di atas.

Jom semak juga resepi singgang daging (Masakan Dari Kelantan) ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment