4 Resepi Ayam Masala

Ayam Masala adalah hidangan berempah dari India yang telah mendapat tempat di hati pencinta makanan di Malaysia. Ia melibatkan potongan ayam yang dimasak dalam kuah pekat berasaskan campuran rempah seperti garam masala, serbuk cili, kunyit, halia, bawang putih, bawang merah, dan tomato. Hidangan ini terkenal dengan rasa yang kaya, pedas, dan beraroma, menjadikannya sesuai dihidangkan bersama nasi putih, naan, atau roti canai.

1. Resepi Ayam Masala

Bahan-bahan

  • Sekor ayam potong kecik anggaran 1.8kg
  • Tumis 3biji bawang besar mayang
  • Rempah 4kawan+daun kari+jintan manis1sudu+putih 1/2sudu
  • Kemudian bila dah garing skit masukan4/5biji tomato cincang,bila dh layu masukan pes halia+2biji bawang besar dan bawang putih, tumis lagi sampai wangi kemudian masukan 3sudu kecil rempah kari daging+1sudu kecil serbuk cili+2sudu kecil serbuk jintan manis+1sudu kecil rempah garam masala

Cara nak buat Ayam Masala

  1. Bila rempah dah wangi dan masak,masukan ayam.
  2. Masak api perlahan, tambahkan sikit sos tomato.
  3. Perasakan garam dan gula, masakan ni manis sikit dan tabur daun ketumbar.

Sumber: Abg Apitte dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Ayam Masala Sedap

Bahan-bahan

  • 500g ayam
  • 2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 sudu kecil serbuk lada
  • 2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 2 sudu besar serbuk jintan putih
  • 2 sudu besar serbuk ketumbar
  • Sedikit minyak
  • Sedikit halia/ditumbuk
  • 10g kayu manis
  • 10g buah pelaga
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 2 biji bwh merah dihiris
  • 2 tangkai cili merah
  • 1 biji tomato dibelah 6
  • Sedikit air
  • Sedikit garam

Cara nak buat Ayam Masala Sedap

  1. Perap ayam bersama serbuk kunyit, serbuk lada, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan ketumbar selama 1 jam.
  2. Tumis kayu manis, buah pelaga dan jintan manis sehingga naik bau dan masukkan bawang, halia, cili merah dan tomato.
  3. Masukkan ayam yang telah diperap dan kacau sehingga naik bau.
  4. Masukkan air dan dan serbuk perasa dan kacau sehingga sebati.
  5. Padamkan api dan boleh la dihidangkan bersama nasi panas. Boleh juga dimakan bersama ketupat. Selamat manc

Sumber: Biar Sekejap

3. Resepi Ayam Kerisik Masala

Bahan-bahan

  • Ayam
  • 2 sudu besar rempah kari ayam
  • 1 sudu besar cili boh
  • 2 sudu besar kerisik
  • 3 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 5 ulas bawang merah – ditumbuk
  • 2 cm halia – ditumbuk
  • 1 biji bawang besar – potong bulat
  • 1 biji buah tomato
  • Bahan tumisan:
  • 4 bunga cengkih
  • 2 bunga lawang
  • 1 kulit kayu manis
  • 3 ulas bawang merah – hiris
  • 2 tangkai daun kari

Cara nak buat Ayam Kerisik Masala

  1. Perap ayam dengan bahan tumbuk, cili boh, rempah kari, dan kerisik sekurang-kurangnya 1 jam.
  2. Tumis bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, daun kari dan bawang merah yang dihiris.
  3. Masukkan ayam, sedikit air dan garam.
  4. Bila ayam hampir masak masukkan bawang besar dan tomato.
  5. Biarkan sampai ayam masak. Kalau nak sedikit je kuah, masak lagi hingga agak kering.

Sumber: Syamsyida Shamsuddin

4. Resepi Kari Ayam Masala

Bahana-bahan

  • Ayam sekilo
  • Bawang putih bawang merah tumbuh halus
  • Daun kari
  • Tomato sebiji potong 4
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kicap manis (untuk hitamkan)
  • Garam n gula secukup rasa

Cara nak buat Kari Ayam Masala

  1. Perapkan ayam dengangaram dalam 10minit.
  2. Goreng ayam sampai betul masak.
  3. Tumis bawang putih dan merah sampai naik bau, masukkan serbuk cili dan kari.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan kicap manis kacau sampai kuah pekat.
  5. Masukkan ayam daun gaul sebati.
  6. Last sekali baru letak tomato dan daun kari.

Sumber: Mak Bonda dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Resepi ini juga enak di makan bersama roti jugak tau.

Nak kan lagi resepi ayam, jom baca resepi ayam tandoori ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment