4 Resepi Ayam Goreng Berhantu (Bikin Ketagih!)

Siapa sahaja yang tidak suka dengan ayam goreng. Makan pula selepas digoreng memang ngam kan? Sebenarnya banyak resepi ayam goreng berhantu yang anda boleh cuba dan confirm sedap!

Jom kita try!

1. Resepi Ayam Goreng Berhantu

Bahan-bahan

  • Ayam
  • Tepung Bestari Campuran Tepung Goreng Rangup Serbaguna (kalau nak pedas, beli yang spicy punya)
  • Air masak biasa
  • Minyak masak kena banyak

Cara nak buat Ayam Goreng Berhantu

  1. Cuci ayam bersih dan toskan.
  2. Buat 2 adunan tepung. 1 tepung basah untuk celup dan rendam ayam. 1 tepung kering untuk pupuk ayam. Tepung kering boleh sukat agak-agak dulu. Tak cukup boleh tambah. Tepung basah saya buat 1 cawan tepung dan 2 cawan air. Adun tepung sebati.
  3. Lepas dah siap tepung tu, amik ayam seketul-seketul, tekap-tekap ayam pada tepung kering. Lepas tu, rendam dalam adunan tepung basah. Ulang cara tu pada semua ketul sampai siap. Lepas dah siap, perap kejap ayam dalam adunan tepung basah dalam 15 minit. Lagi lama, lagi sedap. Setengah jam pun dah ok. Tak sempat nak bersabar bila tengok anak dak beratur je. Dapat perap 15 minit pun alhamdulillah.
  4. Masa ni dah mula panaskan minyak. Minyak memang kena banyak sebab ayam kena celup habis dalam minyak. Slowkan api sementara kita perap ayam tu.
  5. 4. Lepas perap ayam, amik ayam tadi dan tekap semula dalam tepung kering. Haaa, masa ni mainkan peranan. Kena picit-picit ayam tu dan tekap dengan tepung kering. Lagi lama kita dok tekap-tekap, lagi dia berkuping. Ulang alik buat pada semua ketul. Tekap-tekap dia dengan tepung banyak-banyak.
  6. Lepas dah siap tu, dah boleh menggoreng. Masa ni minyak dah panas, api sederhana sahaja ya biar isi dia masak betul. Agak dalam 15 minit, dah boleh toskan.

Sumber: Azurah Ahmad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Ayam Goreng Mamak Style

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam, bersihkan
  • 2 cawan Tepung Jagung *
  • 3 sdb Tepung Beras *
  • 1 sdb serbuk Kari Daging *
  • 1 sdb Jintan Manis *
  • 1 sdb Jintan Putih *
  • 1 sdb Maggi Cukup Rasa *
  • 2 biji Telur *
  • 2 inci Halia- dikisar
  • 5 ulas bawang putih – dikisar
  • Garam & Ajinomoto *
  • Sedikit Air *
  • Pewarna oren & merah *
  • Bebreape helai Daun Kari

Cara nak buat Ayam Goreng Mamak Style

  1. Dalam mangkuk, masukkan semua bahan yang bertanda (*) & bahan kisar gaulkan sebati dengan air jangan pekat sangat jangan cair.
  2. Masukkan ayam & perap lebih kurang 10-15 minit.
  3. Panaskan minyak, boleh mula goreng ayam masuk ayam dan masuk 6 helai daun kari goreng sampai garing & wangi.
  4. Angkat ayam & daun kari sekali.
  5. Masuk lagi ayam & daun kari, goreng garing & wangi.
  6. Ulang goreng sampai ayam habis.

Sumber: Har Ryea dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Ayam Goreng Tanpa Minyak

Bahan-bahan

  • Bawang putih (tumbuk lumat)
  • Sedikit halia (tumbuk lumat)
  • Sedikit kunyit hidup (tumbuk lumat)
  • Sedikit kunyit serbuk
  • Garam

Cara nak buat Ayam Goreng Tanpa Minyak

  1. Lumurkan ayam dengan bawang putih (tumbuk lumat) sedikit halia (tumbuk lumat) sedikit kunyit hidup (tumbuk lumat) sedikit kunyit serbuk garam.
  2. Gaul sebati.
  3. Masukkan dalam bakul air fryer.
  4. Suhu 180 darjah.
  5. Masa 15 minit.

*Saya guna AirFryer Philips Tak perlu balik-balikkan ayam pun. Tetap masak sekata. Sebab ada twin turbo.

Sumber: Tsu Feh Sufiah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Ayam Goreng Korea

Bahan-bahan

  • 1cwn tepung bestari
  • 1/2 cwn tepung jagung
  • 1/2 cwn tepung gandum

Bahan sos ayam

  • Yangyum (sos pedas ayam korea)
  • 2sudu kicap cair
  • 1sudu gula
  • 1sudu sos tiram
  • 1sudu kecil bawang putih (dipotong dadu)
  • 3sudu goochujang
  • 1sudu mayonis
  • 1sudu tamato sos
  • 1sudu kecil sos ikan
  • 1sudu bijan
  • 1sudu kecil serbuk lada hitam
  • 4sudu air

Bahan sos bawang creamy

  • 1/2 biji bawang holland. (Diracik halus dan rendam ke dalam air)
  • *4sudu mayonis
  • *1sudu plain yogurt
  • * 2sudu air
  • *2sudu cuka
  • *1sudu kecil lada sulah
  • Sedikit daun parsley kering

Bahan sos kicap

  • 2sudu kicap cair
  • 1sudu gula
  • 1sudu sos tiram
  • 1sudu madu
  • 2sudu air
  • 1sudu bawang putih (dicincang dadu kecil)
  • 1sudu halia (dicincang dadu kecil)

Jeruk lobak putih untuk makan bersama ayam goreng (Side dish)

  • 1biji lobak putih saiz besar
  • 1cawan gula
  • 1cawan cuka
  • 2cawan air
  • 2keping daun bay

Cara nak buat Ayam Goreng Korea

Ayam goreng klasik

  1. Campurkan semua dan bahagikan kedalam 2bekas
  2. 1bekas campur air jadikan batter
  3. *batter hendaklaa tidak terlalu cair atau terlalu kenyal
  4. 1bekas untuk disalut.
  5. Goreng ayam kali pertama dengan api yang rendah – selama 7minit (ikut pada size ayam)
  6. Angkat ayam toss kan minyak.
  7. Dan goreng ayam kali kedua dengan api yang tinggi -selama 1-2minit
  8. Ini cara orang korea goreng ayam.

Yangyum (sos pedas ayam korea)

  1. Kicap + gula + sos tiram + goochujang.
  2. 2.tomato sos+ mayonis+ bawang putih.
  3. 3.Air + sos ikan.
  4. Tunggu sehingga boil.
  5. 4. Masukkan serbuk lada hitam dan bijan.
  6. Kemudian gaulkan dengan ayam.

Sos bawang creamy

  1. *Masukkan dalam satu mangkuk dan gaulkan.
  2. Hidangan, keluarkan bawang dari rendaman perah, toss kanya.
  3. Letakkan atas ayam. Kemudian curahkan sos diatasnya akhir sekali taburkan parsley.

Sos kicap

  1. Masukkan kesemua bahan kedalam kuali. Biarkan sehingga larut.
  2. Kemudia gaulkan dengan ayam.

Jeruk lobak putih

  1. Jerang gula, cuka, daun bay dan air sehingga gula larut. Kemudian curahkan keatas
  2. Lobak putih yang sudah dipotong saiz dadu. Biarkan sehingga sejuk kemudia simpan dalam balang bersama dengan airnya. Simpan dalam peti ais. Dihidang sejuk.

Sumber: Adlina Adlyenna dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Semoga dengan perkongsian resepi ini mendapat sedikit manfaat untuk anda.

Jom semak juga resepi ayam 3 Budak Gemok (Mudah Tapi Sedap)

Selamat mencuba!

Leave a Comment