Soto ayam merupakan hidangan sup yang terkenal di Malaysia, dimasak dengan ayam dan rempah ratus yang lazat. Bahan-bahan utama termasuk ayam, halia, bawang putih, bawang merah, serai, daun limau purut, bihun, telur rebus, daun sup, daun bawang, limau nipis dan rempah ratus seperti jintan manis, jintan putih, kunyit, dan lada hitam.

Cara memasak bermula dengan menumis rempah yang telah dikisar halus sehingga wangi, kemudian masukkan ayam dan air secukupnya. Masak sehingga ayam empuk, tambah garam dan serbuk perasa secukupnya. Hidangkan sup bersama suhun goreng, telur rebus, hirisan daun sup dan daun bawang, serta limau nipis.

1) Resepi Soto Ayam Simple dan Sedap

Bahan-bahan 

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • 2 batang serai
  • 1 paket kecil rempah soto Mak Siti
  • 2 ketul dada ayam
  • kaki ayam direbus awal periuk tekanan (optional)
  • suhun goreng
  • taugeh
  • limau nipis
  • daun sup

Bahan cili kicap

  • cili api
  • bawang putih
  • kicap
  • limau nipis

Cara-cara buat Soto Ayam 

  1. Kisarkan bwang merah, bawang putih, halia
  2. Tumiskan serai sampai wangi bersama bahan kisar sehingga garing
  3. Serbuk rempah dibancuh dengan air
  4. Masukkan bancuhan ke dalam bahan tumisan tadi
  5. Selepas pecah minyak, masukkan air
  6. Masukkan dada ayam
  7. Tunggu sampai dada ayam masak
  8. Sesudah masak, toskan dada ayam dan carik-carik isinya
  9. Masukkan kaki ayam dalam kuah soto tadi
  10. Letakkan garam perasa. Gula sikit jika suka
  11. Renehkan dan tutup api
  12. Tabur bawang goreng, daun sup dan daun bawang

Cara-cara buat cili kicap

  1. Goreng cili api dan bawang putih
  2. Angkat dan tumbuk
  3. Masukkan dalam mangkuk
  4. Masukkan kicap
  5. Perah limau nipis

Sumber: Nabila Zaidi dari Masak Apa Harini


2) Resepi Soto Ayam Johor

Bahan-bahan

  • seekor ayam di belah dua
  • Bawang besar, bawang putih, kunyit,halia (di blender halus)
  • Rempah Soto
  • Bahan perasa

Bahan-bahan sambal kicap

  • Bawang putih
  • Lada
  • Gula
  • Kicap
  • Air limau kasturi

Cara-cara buat Soto Ayam Johor

  1. Bersihkan ayam. Rebus sampai mendidih
  2. Goreng ayam dan disiat-siat isinya
  3. Tumis bahan kisar sampai naik bau
  4. Masukkan rempah Soto
  5. Masukkan air rebusan ayam dan tulang-tulang ayam tadi
  6. Masukkan bahan perasa
  7. Masak sampai mendidih. Boleh makan bersama bihun dan nasi

Cara-cara buat Sambal Kicap

  1. Bawang putih dan lada digoreng
  2. Tumbuk bersama gula
  3. Masukkan kicap dan perah air limau kasturi


Sumber: Juju Minhad dari Masak Apa Harini

 


3) Resepi Soto Ayam Bakar

Bahan-bahan

Bahan-bahan Sup

  • bawang merah
  • bawang putih
  • halia
  • bunga lawang
  • kulit kayu manis
  • bunga cengkih
  • buah pelaga
  • rempah sup Adabi
  • lada hitam
  • kaki ayam
  • kentang
  • carrot
  • daun saderi
  • garam dan Ajinomoto

Bahan-bahan Ayam Bakar

  • ayam
  • madu
  • sos lada hitam
  • halia
  • bawang putih

Bahan lain

  • Bihun (dicelur)
  • Suun digoreng dalam minyak panas (api kecil)
  • kacang goreng
  • taugeh
  • daun sup dan daun bawang

Bahan Sambal kicap

  • Cili api
  • kicap
  • bawang putih
  • air limau
  • gula
  • ajinomoto

Cara-cara buat Soto Ayam Bakar

Cara- cara buat sup

  1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga
  2. Masukkan air
  3. Biarkan mendidih
  4. Masukkan rempah sup Adabi dan lada hitam
  5. Masukkan kaki ayam
  6. Rebus sampai empuk
  7. Masukkan kentang, carrot, daun saderi
  8. Perasakan dengan garam dan Ajinomoto secukup rasa

Cara-cara buat Ayam Bakar

  1. Perap ayam bersama madu, sos lada hitam, halia, bawang putih
  2. Bakar di atas bara api

Cara-cara buat Sambal Kicap

  1. Blender semua bahan
  2. Siap


Sumber: Zarazelah Othman dari Masak Apa Harini

 

Apa Lagi Makanan Berkuah Yang Popular?

Soto ayam kalau dapat makan waktu musim perayaan memang sedap betul. Nak buat pun mudah, hasil yang dapat pun banyak. Boleh makan satu keluarga untuk satu hari. Bila makan jadi mudah kenyang kerana soto ayam makanan yang berkuah. Selain soto ayam, ada banyak lagi makanan berkuah lain yang popular. 5 diantaranya adalah:

1. Mi Sup

Mi sup adalah hidangan berkuah yang dibuat dengan mi kuning atau bihun, daging ayam atau daging lembu yang dihiris nipis, dan sayur-sayuran. Sup ini dimasak dengan campuran rempah ratus tempatan yang memberikan rasa yang unik dan menyelerakan.

2. Laksa

Laksa adalah hidangan popular yang terdiri daripada mi dalam kuah yang kaya dengan santan dan rempah. Hidangan ini mempunyai pelbagai variasi mengikut negeri dan boleh disediakan dengan ayam, udang atau ikan.

3. Bubur Lambuk

Bubur lambuk adalah sejenis bubur nasi yang dimasak dengan ayam atau daging, disedapkan dengan rempah ratus dan herba tempatan. Hidangan ini sangat popular terutamanya pada bulan Ramadan.

4. Sup Tulang

Sup tulang adalah hidangan berkuah yang dimasak dengan tulang lembu atau kambing, sayur-sayuran dan rempah ratus. Sup ini terkenal dengan rasanya yang kuat dan berkhasiat.

5. Tom Yam

Tom yam adalah sup yang berasal dari Thailand tetapi sangat popular di Malaysia. Ia dimasak dengan ayam atau makanan laut, cendawan, dan rempah ratus yang memberikan rasa pedas dan masam yang unik.

Rate this post

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply