Pulut Kuning ialah hidangan nasi pulut yang dimasak dengan kunyit sehingga menghasilkan warna kuning yang menarik. Bahan-bahan asas yang diperlukan ialah beras pulut, santan, kunyit, daun pandan, dan garam secukup rasa.

Cara penyediaan dimulakan dengan merendam beras pulut selama 4-6 jam, kemudian dicampur dengan air kunyit dan direbus dengan santan serta daun pandan. Setelah itu, pulut dikukus sehingga masak dan lembut, biasanya mengambil masa 20-30 minit. Pulut perlu dikacau sekali-sekala untuk mendapatkan tekstur yang sekata.

1. Resepi Pulut Kuning Kukus

Bahan-bahan

  •  1 kg beras pulut
  •  1 1/2 cawan santan pekat
  •  1 sudu besar garam kasar
  •  2 sudu besar gula
  •  Bahan-bahan untuk rendam pulut,  pewarna kuning, serbuk kunyit 1 sudu kecil dan  asam keping 3 keping.

Cara buat pulut kuning kukus

  1. Basuh sampai bersih pulut dan rendam semalaman bersama serbuk kunyit, pewarna dan asam keping.
  2. Kukus pulut selama 30 minit. Boleh buka dan kacau untuk balikkan supaya pulut masak sekata. Letak daun pandan untuk aroma yang wangi.
  3. Masukkan gula dan garam dalam santan sampai larut (boleh rasa dahulu santan ikut selera masing-masing) dan masukkan dalam pulut yang baru diangkat. Kacau/arung pulut guna senduk kayu sampai rata dan biarkan seketika. Biar pulut dan santan sekata dahulu sekejap baru kukus balik.
  4. Masukkan balik pulut dalam kukusan dan kukus dalam 15 minit lagi.
  5. Dah masak taburkan sedikit gula pasir diatas pulut supaya bagi nampk lebih pulut berkilat.
  6. Kalau nak buat bentuk pulut, waktu panas-panas masukkan dalam acuan dan tekan biar padat.

Sumber:  Nor Khomariah Norrohman  dari Makan Apa Hari Ni

 

2. Resepi Pulut Kuning Kelantan

Bahan-bahan

  •  Beras pulut  1kg
  •  Santan pekat 1 1/2 cawan
  •  Garam kasar 1 sudu besar
  •  Gula 2 sudu besar
  •  Bahan sampingan, pewarna kuning telur,  serbuk kunyit 1 sudu kecil dan asam keping atau gelugur 2 keping.

Cara buat pulut kuning Kelantan

  1. Basuh sampai bersih pulut dan rendam semalaman bersama kunyit, pewarna dan asam keping.
  2. Kukus pulut selama 30 minit. Boleh buka dan kacau balikkan supaya pulut masak sekata. Letak daun pandan untuk aroma yang wangi.
  3. Kacau garam dan gula bersama santan sampai larut (boleh rasa dahulu santan ikut selera masing-masing) dan masukkan dalam pulut yg baru diangkat. Kacau/Arung pulut guna sudip sampai rata.
  4. Masukkan balik pulut dalam kukusan dan kukus dalam 15 minit lagi.
  5. Boleh masuk dalam loyang atau acuan ikut gaya masing-masing, Siap. Pulut masih lembut walaupun dah sejuk.

Sumber: Ismi Aishah dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Pulut Kuning Berhias

Bahan-bahan

  • Beras pulut 2kg
  • Serbuk kunyit dan pewarna kuning
  • Santan kara 2 kotak
  • Serunding daging 250g

Bahan-bahan hiasan

  • Telor puyuh
  • Telur ayam
  • Carrot
  • Lada
  • Bunga cengkih
  • Tomato ceri
  • Daun parsley
  • Lidi buah
  • Mee sanggul

Cara buat pulut kuning berhias

  1. Basuh beras pulut dan rendamkan semalaman didalam air bersama 1 sudu serbuk kunyit dan sedikit pewarna kuning.
  2. Kukus pulut keesokkan harinya dalam 8-10mnit.
  3. Letakkan 2 kotak santan didalam mangkuk, selepas itu masukkan gula dan garam secukupnya, terlebih masin tidak mengapa nanti boleh melemakkn pulut kuning tersebut.
  4. Selepas siap kukus untuk kali pertama, angkat dan letak dalam besen dan gaul bersama dengan separuh mangkuk santan tadi.
  5. Dah nampak  meresap cantik, kukus untuk kali kedua (8-10mnit) angkat dan gaul dengan semua lebihan santan tadi dan kukus untuk kali terakhir sampai masak, jangan terlampau masak, nanti pulut tak cantik.

Cara hias pulut kuning

  1. Lapisan pertama,semasa pulut panas,terus letak pulut didalam loyang dan tekan sedikit supaya mampat disetiap ruang loyang.
  2. Setelah itu letak serunding dalam 250g.
  3. Lapisan kedua sama seperti lapisan pertama, ulang kembali cara tersebut.
  4. Apabila pulut dah sejuk, terbalikkan dan letak diatas papan kek.
  5. Hiasan yang ada  ialah letak mee sanggul jadikan sebagai sarang burung, selitkan daun parsley di pulut kuning, cucuk tomato ceri dan bahan hiasan sampingan lain.

Sumber:  Ummu Qaisara dari Masak Apa Hari Ni

 

Apa Lagi Resepi Pulut Yang Popular?

Jika Pulut Kuning ada keistimewaannya yang tersendiri, hidangan pulut lain juga tidak terkecuali. 5 dibawah merupakan antara hidangan popular berasaskan pulut.

1. Pulut Hitam

Pulut Hitam adalah sejenis hidangan pencuci mulut yang diperbuat daripada beras pulut hitam yang dimasak dengan santan, gula melaka dan daun pandan sehingga menjadi pekat dan lemak manis.

2. Bubur Pulut Hitam

Hidangan ini merupakan variasi pulut hitam yang dimasak sehingga menjadi bubur. Ia dimasak dengan campuran santan, gula melaka dan daun pandan untuk memberikan rasa yang lebih sedap dan aroma yang menarik.

3. Pulut Pandan

Pulut Pandan adalah hidangan nasi pulut yang diberi warna hijau dan perisa menggunakan jus daun pandan asli. Ia dimasak dengan santan untuk memberikan rasa yang lebih lemak dan enak.

4. Pulut Mangga

Pulut Mangga merupakan hidangan yang menggabungkan pulut yang dimasak dengan santan dan dihidangkan bersama mangga manis yang masak ranum.

5. Pulut Durian

Pulut Durian adalah kombinasi pulut yang dimasak dengan santan dan dihidangkan bersama isi durian yang cremey dan manis, menjadikannya hidangan yang sangat popular di Malaysia.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply