Pad Kra Pao adalah hidangan popular dari Thailand yang menggunakan daun selasih Thai yang dimasak bersama ayam cincang atau daging lembu cincang. Bahan-bahan utamanya termasuk daun selasih Thai, bawang putih, cili padi, kicap manis, kicap pekat, lada hitam, dan minyak masak.
Cara memasaknya dimulakan dengan menumis bawang putih dan cili padi sehingga wangi, kemudian masukkan daging cincang pilihan. Tambahkan kicap manis, kicap pekat dan lada hitam, kacau rata sehingga masak. Akhir sekali masukkan daun selasih Thai, gaul sebentar dan hidangkan bersama nasi putih.
1. Resepi Pad Kra Pao
Bahan-bahan
- Ayam/daging cincang
- Daun selasih Thai
- Bawang putih cincang
- Cili kering kisar
- Sos tiram
- Kicap manis
- Sos ikan
- Garam jika perlu
- Sedikit air
- Kacang panjang,baby corn,carrot,cili padi@cili merah
( Semua bhn saya agak2 mengikut BYK mana ayam/ daging yg saya gunakan)
Cara buat Pad Kra Pao
- Panaskan kuali dgn sedikit minyak.kemudian tumis bawang putih hingga naik bau.
- Masukkan cili kisar agak nak banyak mana, tumis sampai cili masak.
- Masukkan isi ayam/daging cincang dan goreng sampai ayam masak.
- Masukkan sos tiram, kicap manis, sos ikan tumis rata masuk garam secukup rasa jika suka versi kering boleh terus masuk daun selasih dan cili padi kacau dan tutup api jika suka versi berkuah boleh tambah air.
Sumber: Jaja Noriza dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Pad Kra Pao Ayam Cincang
Bahan-bahan
- Ayam cincang
- Daun basil segengam
- Telur ayam 2, ke 3 biji ikut suka
- Bawang putih 4,5 ulas
- Cili padi 3, ikut selera pedas masing2.
- Kicap ABC, Sos tiram,
- Sos ikan/sotong, garam, gula, kiub pati ayam.
Cara buat Pad Kra Pao Ayam Cincang
- Goreng Telur dulu, asingkan.
- Tumbuk cili dan bawang putih, kemudian tumis dalam kuali.
- Masukkan ayam, gaul-gaul sama dia.
- Tuang segala mak nenek kicap, sos tiram, sos ikan/sotong, kiub pati ayam, dan perasa.
- Tambah air sikit, kalau nak berkuah boleh letak banyak sikit.
- And last sekali letak daun basil, sekejap saja lepas tu tutup api.
- Cara hidang dia angkat dan letak dalam pinggan yang ada telur tadi.
- Sedia di hidang.
Sumber: Fateen Najihah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Pad Kra Pao Daging
Bahan-bahan
- 100 gm Daging cincang
- 15 biji cili api terpulang nak pedas lebihkan tak nak pedas kurangkan
- 2 ulas bawang putih (blend kering/chop/tumbuk dengan cili api)
- Sos tiram
- Daun selasih (kena ada)
- Kicap kalau nak letak
- Sos ikan
Cara buat Pad Kra Pao Daging
- Tumis bahan yang ditumbuk/chop atau kisar kasar.
- Masukkan daging dan kacau.
- Dah kering masukkan sos tiram dan kicap kalau nak letak.
- Masukkan daun selasih.
- Last sekali masukkan sos ikan.
* Menu ni tak perlu letak garam dah sebab sos tiram dan sos ikan dah masin. Boleh letak carrot dadu sekiranya nak letak.
Sumber: Azliana Abd Rahaman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Pad Kra Pao Mudah
Bahan-bahan
- 2-3ulas bawang putih
- 10 tangkai cili padi (nak pedas boleh lebihkan)
- Isi ayam cincang
- Daun selasih (dalam 7-8 helai)
Cara buat Pad Kra Pao Mudah
- Tumis bawang putih dan cili padi yg dicincang halus. Agak dah naik bau, masukkan isi ayam cincang.
- Dan masukkan nampla(sos ikan), garam sikit, gula sikit. Sos tiram 1 sudu, kicap manis 1/2 sudu.
- Kacau sebati, balance kan rasa. Lastly, masukkan daun selasih. Kacau bagi layu sikit dah boleh tutup api.
Sumber: Masyitah Abdullah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi Sajian Popular Dari Thailand?
Selain Pad Kra Pao, banyak sajian dari Thailand yang sudah mula menambat hati orang Malaysia. 5 diantaranya adalah:
1. Thai Green Curry
Kari hijau Thailand adalah hidangan yang menggunakan pes kari hijau yang dibuat daripada cili hijau, serai, halia, bawang putih, dan rempah ratus. Biasanya dimasak dengan santan dan ayam atau sayur-sayuran.
2. Thai Basil Beef
Daging lembu yang dimasak dengan daun selasih Thai, bawang merah, bawang putih dan sos tiram. Hidangan ini mempunyai rasa yang lebih ringan berbanding Pad Kra Pao tetapi masih mengekalkan rasa autentik Thai.
3. Pad Thai
Hidangan mi popular Thailand yang menggunakan mi beras yang digoreng bersama telur, taugeh, dan daun kucai. Dimasak dengan sos khas Pad Thai yang dibuat daripada gula melaka, sos ikan, dan jus limau.
4. Tom Yum
Sup masam pedas yang dimasak dengan cendawan, serai, daun limau purut, dan perasa Tom Yum. Biasanya menggunakan udang atau ayam sebagai protein utama.
5. Thai Pineapple Fried Rice
Nasi goreng yang dimasak dengan nanas segar, kacang gajus, kismis, dan sayur-sayuran. Hidangan ini mempunyai kombinasi rasa manis, masam dan pedas yang unik.