Sesekali makan kuah kari tanpa santan memang sedap, pada masa yang sama boleh kurangkan kalori dalam masakan. Kali ini kami kongsikan resepi kari ayam tanpa santan untuk anda cuba. Kari ayam ini walaupun tanpa santan masih mengekalkan rasa berempah serta kuah yang pekat.

Izinkan kami berkongsi.

1. Resepi Kari Ayam Tanpa Santan

Bahan-bahan

  • Ayam setengah ekor
  • Limau nipis setengah biji

Bahan tumis

  • Kulit kayu manis, pelaga, cengkih, bunga lawang
  • Bawang besar 2 biji (hiris)
  • Bawang merah 4 ulas (tumbuk)
  • Cili merah & cili hijau (hiris)
  • Halia sikit (hiris)
  • Serai sebatang tumbuk
  • Daun kari secukupnya
  • Tomato sebiji (potong dadu)
  • Cili padi *optional

Bahan Rempah 

  • Rempah kari 4 heaping spoon
  • Garam Masala 1 heaping spoon
  • Ketumbar 1 heaping spoon
  • Serbuk cili secukupnya*optional
    (Letak air jadikan pes)

Cara buat Kari Ayam Tanpa Santan

  1. Panas minyak.
  2. Tumis 4 sekawan.
  3. Tumis bawang besar smpai layu.
  4. Masukkan segala bahan tumis lain dan masak smpai tomato lembut.
  5. Masukkan rempah dan masak sampai pecah minyak, tambah sikit air kalau terlalu kering.
  6. Masukkan ayam & tambah air segelas.
  7. Api kecik dan biarkan reneh.
  8. Letak garam secukupnya.
  9. Perah limau secukupnya, siap.

Sumber: Nad Deen dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Kari Ayam Pedas Tanpa Santan

Bahan-bahan

Bahan blender

  • Bawang besar sebiji setengah
  • Halia 1½inci lebih kurang
  • Bawang putih 2ulas
  • Serai satu batang
  • Cili kering 12tangkai dibuang biji dan rendam air panas
  • Semua bahan di atas di blender halus

Bahan lain

  • Daun kari,
  • 3sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
  • Serbuk kari ayam/daging babas pedas 2paket kecil 25gm,
  • Serbuk cili,
  • Gula merah 4sudu kecil dan gula pasir setengah sudu,
  • Garam secukup rasa,
  • Kentang 2/3biji,
  • Opt cili besar dan tomato

Cara buat Kari Ayam Pedas Tanpa Santan

  1. Masukkan minyak, tunggu sehingga minyak panas tumis 3sekawan bersama daun kari.
  2. Dah naik bau dan wangi, masukkan bahan yang di blender tadi masak sampai pecah minyak, dah pecah minyak masukkan serbuk kari, serbuk cili beserta sedikit air.
  3. Masak lagi sehingga tumisan tersebut pecah minyak masukkan ayam dan sedikit air.
  4. Masak sehingga ayam empuk kemudian masukkan gula merah diikuti kentang.
  5. Masukkan lagi sedikit serbuk cili, dan kentang dimasak sehingga empuk kemudian boleh di perasakan dengan garam dan gula pasir.
  6. Optional add on cili besar atau tomato dan siap.

Nota kaki : Kurangkan air sebab tak pakai santan, tak nak kuah cair.

Sumber: Norsyazwani Mahmud dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Kari Ayam Telur Mamak Style

Bahan-bahan

Bahan A

  • Bawang kecil/merah
  • Bwg putih
  • Halia
  • Hiris halus/tumbuk kasar

Bahan B

  • Daun kari 3tangkai
  • Rempah 3sekawan
  • Cili kering 4tagkai potong 2
  • Jintan manis
  • Serai 2btg titikan (wajib ada)
  • Rempah kari

Bahan C

  • Rempah kari 2peket kecil
  • Serbuk cili 1peket (boleh kurangkan)
  • Serbuk kunyit 2 sudu besar (bancuh dengan air)
  • Ayam 1ekor
  • Atau 1/2ekor
  • Terpulang
  • Telur rebus

Cara buat Kari Ayam Telur Mamak Style

  1. Tumis bahan A tadi dengan minyk yang agak banyak sampai naik bau masukan bahan B dan masukan bahan C kacau sampai pecah minyak.
  2. Tambahkan air anggaran dalam 500ml dulu kacau bila kuah dah mengelegak slowkan api baru masukan ayam.
  3. Tutup sekejap dengan penutup periuk biar mereneh dalam 10 minit dan kacau lagi tengok nak kuah banyak mana.
  4. Tutup periuk dan biarkan masak sampai sebati sehingga ayam empuk lembut masukan telur yang dah di rebus.
  5. Sekiranya ada kerisik boleh tambahkan dalam 2sudu.
  6. Letak bahan hiasan seperti tomato dn cili merah.
  7. Taburkan garam dan letak satu asam keping.
  8. Dah siap.

Sumber: Siti Nor Azizah Rahim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Kari Ayam Tanpa Santan Mudah

Bahan-bahan

  • Bawang putih/bawang merah
  • Halia
  • Bunga lawang, cengkih, kayu manis
  • Daun kari
  • Cili boh
  • Rempah kari
  • Rempah kurma
  • Kentang
  • Ayam
  • Tomato
  • Asam keping

Cara buat Kari Ayam Tanpa Santan Mudah

  1. Tumis bawang putih, merah dan halia hiris halus dan masukka bunga lawang, cengkih, kayu manis dan daun kari.
  2. Dah naik bau, masukkan bawang merah yang dipotong.
  3. Masukkan cili mesin/boh bila dah garing letak rempah kari dan rempah kurma.
  4. Bila dah garing masukkan air, kentang dan ayam.
  5. Semua dah empuk masukkan tomato dan asam keping, terus tutup api dan tutup periuk biarkan tomato masak dengan api tertutup.

Sumber: Mak Bonda dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

5. Resepi Kari Ayam Pekat Likat

Bahan-bahan

  • seekor ayam dipotong-potong kecil (cepat masak & lebih terasa)

Bahan menumis

  • bawang besar sebiji
  • daun kari setangkai dua
  • bawang putih 4 ulas
  •  halia
  •  serbuk kari
  • cili kisar

Bahan kemudian

  • serai
  • tomato
  • air
  • serbuk kari
  • Kari Ayam/Daging Baba’s : 250g  (Optional jika mahu yang pedas)
  • Serbuk Kari Masak Merah Cap O 25g
  • dua rempah ini dicampur dan ditambahkan air untuk di jadikan pes
  • adun sampai sebati cuma jangan sampai rata

Cara buat Kari Ayam Pekat Likat

  1. Gaul manja ayam dengan sedikit serbuk rempah kari
  2. Panaskan minyak masak sekadar separuh ketinggian potongan ayam
  3. Goreng sekejap ayam yang diperap tadi sampai hilang warna pucat ayam mentah. Jangan lama sangat nanti air ayam kering
  4. Minyak goreng tadi digunakan untuk tumis bahan menumis sampai kekuningan
  5. Masukkan 1 sudu cili kisar
  6. Masukkan pes serbuk kari kacukan mamak yang dijadikan pes tadi. Proses tumis dari masukkan bawang sampai masukkan pes kari ini, api kena besar
  7. Apabila bunyi desiran pes kari ini mulai hilang, boleh perlahankan sedikit api untuk rempah pecah minyak
  8. Selepas pecah minyak sikit, masukkan ayam yang digoreng tadi
  9. Tambahkan air sehingga ayam tenggelam sudah memadai
  10. Masukkan tomato, serai, dan kentang (rebus dahulu) dan biarkan masak dalam api sederhana besar
  11. Aduk aduk bila perlu. Bila kuah dah sebati, tambahkan garam dan gula

Tips:

  • Goreng ayam sekejap dalam ¾ masak supaya dapat mengelakkan rempah kari kurang meresap bila dimasukkan dalam kuah nanti
  • Bahagian isi ayam tidak mengembang dan tawar kalau masak lama lama
  • Untuk memudahkan pecah minyak adalah gunakan minyak yang banyak

Sumber: Khabbab Jamalludin dari Masak Apa Harini 

 

6. Resepi Kari Ayam Bangladesh

Bahan-bahan

  • Ayam dicuci bersih
  • Ubi kentang
  • Sebiji bawang besar, 6 ulas bawang putih, 2cm halia – dikisar
  • Separuh bawang holland – hiris
  • Tomato potong empat
  • 2sb yogurt asli
  • 1sb serbuk cili
  • 1/2sb serbuk jintan manis
  • 1/2sb serbuk ketumbar
  • 1/2sb serbuk kunyit
  • 4-5 biji buah pelaga
  • 4-5 biji bunga cengkih
  • 1-2 biji bunga lawang
  • 1-2 batang kulit kayu manis
  • 5-7 biji cili api
  • Sehelai daun bay
  • Garam secukupnya
  • 1 senduk nasi minyak masak
  • 1 cawan air

Cara buat Kari Ayam Bangladesh

  1. Kalau guna pressure cooker: Gaul kesemua bahan dalam satu pot. Set masa 25 min
  2. Kalau guna pot biasa, guna api perlahan. Tutup pot sepanjang masak. Kalau air kering, tambah air. Biarkan sampai ayam masak dan kuah pekat

Sumber: MrsMoon MJ dari Masak Apa Harini

 

7. Resepi Kari Ayam Kampung Tanpa Santan

Bahan-bahan

  • seekor ayam kampung di basuh bersih dengan air asam jawa dan tepung gandum

Bahan tumis (dihiris):

  • 5 ulas bawang merah bombay
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia

Cara buat Kari Ayam Tanpa Santan

  1. Masukkan 1/2 cawan minyak masak
  2. Tumis bahan di atas sampai naik bau
  3. Tambahkan 2 paket rempah kari Babas (guna rempah warna kuning untuk ikan untuk rasa sedap dan kurang pedas, namun terpulang pada pilihan masing-masing)
  4. Tambah air sikit dan daun kari biar naik minyak
  5. Tambahkan 1/2 sk lada sulah
  6. Masukkan ayam kampung tadi dan kentang belah 4
  7. Tambah air 2 cawan dan tutup biar empuk
  8. Buka untuk tambah tomato dan garam serta perasa.
    kalau nampak kuah kurang boleh tambah air sedikit lagi
  9. 2 sb asam jawa. Bancuh dengan air dan tuang dalam gulai
  10. Biarkan didih sedikit dan siap

Sumber: Azlina Ina Fans

 

Akhir kata

Nampak sedapkan resepi kari ayam tanpa santan ini, penuh rasa rempah satu rumah.

Jom cuba buat resepi ayam geprek, ayam goreng McD dan ayam masak sos tiram pula.

Selamat mencuba!

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply