Kari ayam ialah hidangan yang popular di Malaysia yang menggunakan ayam yang dimasak dalam kuah kari yang pekat dan berempah. Bahan-bahan asas termasuk ayam, santan, bawang, halia, serai, daun kari, serbuk kari, kentang dan rempah-rempah seperti kunyit, ketumbar, jintan manis dan jintan putih.
Cara masak yang ringkas bermula dengan menumis bawang, halia dan serai sehingga naik bau. Masukkan rempah kari dan tumis sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan ayam dan kentang, kacau rata. Tuang santan dan air, masak dengan api sederhana sehingga ayam dan kentang empuk. Perasakan dengan garam dan sedikit gula mengikut citarasa.
1. Resepi Kari Ayam Pekat Likat
Bahan-bahan
- seekor ayam dipotong-potong kecil (cepat masak & lebih terasa)
Bahan menumis
- bawang besar sebiji
- daun kari setangkai dua
- bawang putih 4 ulas
- halia
- serbuk kari
- cili kisar
Bahan kemudian
- serai
- tomato
- air
- serbuk kari
- Kari Ayam/Daging Baba’s : 250g (Optional jika mahu yang pedas)
- Serbuk Kari Masak Merah Cap O 25g
- dua rempah ini dicampur dan ditambahkan air untuk di jadikan pes
- adun sampai sebati cuma jangan sampai rata
Cara buat Kari Ayam Pekat Likat
- Gaul manja ayam dengan sedikit serbuk rempah kari
- Panaskan minyak masak sekadar separuh ketinggian potongan ayam
- Goreng sekejap ayam yang diperap tadi sampai hilang warna pucat ayam mentah. Jangan lama sangat nanti air ayam kering
- Minyak goreng tadi digunakan untuk tumis bahan menumis sampai kekuningan
- Masukkan 1 sudu cili kisar
- Masukkan pes serbuk kari kacukan mamak yang dijadikan pes tadi. Proses tumis dari masukkan bawang sampai masukkan pes kari ini, api kena besar
- Apabila bunyi desiran pes kari ini mulai hilang, boleh perlahankan sedikit api untuk rempah pecah minyak
- Selepas pecah minyak sikit, masukkan ayam yang digoreng tadi
- Tambahkan air sehingga ayam tenggelam sudah memadai
- Masukkan tomato, serai, dan kentang (rebus dahulu) dan biarkan masak dalam api sederhana besar
- Aduk aduk bila perlu. Bila kuah dah sebati, tambahkan garam dan gula
Tips:
- Goreng ayam sekejap dalam ¾ masak supaya dapat mengelakkan rempah kari kurang meresap bila dimasukkan dalam kuah nanti
- Bahagian isi ayam tidak mengembang dan tawar kalau masak lama lama
- Untuk memudahkan pecah minyak adalah gunakan minyak yang banyak
Sumber: Khabbab Jamalludin dari Masak Apa Harini
2. Resepi Kari Ayam Bangladesh
Bahan-bahan
- Ayam dicuci bersih
- Ubi kentang
- Sebiji bawang besar, 6 ulas bawang putih, 2cm halia – dikisar
- Separuh bawang holland – hiris
- Tomato potong empat
- 2sb yogurt asli
- 1sb serbuk cili
- 1/2sb serbuk jintan manis
- 1/2sb serbuk ketumbar
- 1/2sb serbuk kunyit
- 4-5 biji buah pelaga
- 4-5 biji bunga cengkih
- 1-2 biji bunga lawang
- 1-2 batang kulit kayu manis
- 5-7 biji cili api
- Sehelai daun bay
- Garam secukupnya
- 1 senduk nasi minyak masak
- 1 cawan air
Cara buat Kari Ayam Bangladesh
- Kalau guna pressure cooker: Gaul kesemua bahan dalam satu pot. Set masa 25 min
- Kalau guna pot biasa, guna api perlahan. Tutup pot sepanjang masak. Kalau air kering, tambah air. Biarkan sampai ayam masak dan kuah pekat
Sumber: MrsMoon MJ dari Masak Apa Harini
3. Resepi Kari Ayam Kampung Tanpa Santan
Bahan-bahan
- seekor ayam kampung di basuh bersih dengan air asam jawa dan tepung gandum
Bahan tumis (dihiris):
- 5 ulas bawang merah bombay
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia
Cara buat Kari Ayam Tanpa Santan
- Masukkan 1/2 cawan minyak masak
- Tumis bahan di atas sampai naik bau
- Tambahkan 2 paket rempah kari Babas (guna rempah warna kuning untuk ikan untuk rasa sedap dan kurang pedas, namun terpulang pada pilihan masing-masing)
- Tambah air sikit dan daun kari biar naik minyak
- Tambahkan 1/2 sk lada sulah
- Masukkan ayam kampung tadi dan kentang belah 4
- Tambah air 2 cawan dan tutup biar empuk
- Buka untuk tambah tomato dan garam serta perasa.
kalau nampak kuah kurang boleh tambah air sedikit lagi - 2 sb asam jawa. Bancuh dengan air dan tuang dalam gulai
- Biarkan didih sedikit dan siap
Sumber: Azlina Ina Fans
Apa Lagi Menu Popular menggunakan Ayam?
Kalau dah bosan asyik masak kari, anda juga boleh cuba menu lain yang tetap menggunakan ayam sebagai bahan utama. 5 menu popular lain bagi ayam adalah:
1. Rendang Ayam
Rendang ayam adalah masakan yang menggunakan rempah-rempah yang banyak dan dimasak sehingga kuahnya kering dan pekat. Ia menggunakan bahan-bahan seperti serai, lengkuas, cili kering, bawang, kunyit dan santan untuk menghasilkan rasa yang kompleks dan unik.
2. Ayam Masak Merah
Hidangan ini mempunyai kuah merah yang manis dan masam, dibuat daripada pes cili dan tomato. Ayam digoreng dahulu sebelum dimasak dalam kuah yang menggunakan bawang, halia, cili dan rempah ratus.
3. Ayam Buttermilk
Ayam buttermilk adalah hidangan fusion yang popular di Malaysia, di mana ayam goreng tepung disalut dengan sos buttermilk yang creamy. Masakan ini menggunakan susu, mentega, dan krim dengan sedikit rasa pedas.
4. Ayam Masak Lemak
Masakan ini menggunakan santan sebagai bahan utama kuahnya, bersama-sama dengan kunyit dan cili padi yang memberikan warna kuning dan rasa pedas yang sedap. Ia juga sering dimasak dengan sayur-sayuran seperti kacang panjang.
5. Ayam Percik
Ayam percik adalah hidangan tradisional yang menggunakan ayam yang dipanggang dan disiram dengan sos santan yang berempah. Sos ini diperbuat daripada campuran santan, serai, kunyit, halia dan rempah ratus yang memberi rasa istimewa.