Dumpling ayam ialah sejenis makanan yang diperbuat daripada doh tepung gandum yang diisi dengan inti ayam cincang. Bahan-bahan utama termasuk tepung gandum, air, garam, ayam cincang, bawang putih, halia, daun bawang, kicap cair, minyak bijan, dan garam secukup rasa.
Cara penyediaan dimulakan dengan menguli doh menggunakan tepung dan air sehingga lembut. Kemudian, campurkan ayam cincang dengan ramuan lain untuk isian. Selepas itu, bentukkan doh menjadi bulatan kecil, masukkan isian dan lipat membentuk dumpling. Akhir sekali, kukus dumpling selama 8-10 minit sehingga masak.
1. Resepi Dumpling Ayam Rebus
Bahan-bahan
Doh
- Tepung pulut dan Tepung gandum
- Garam
Inti
- Isi ayam
- Bawang merah
- Bawang putih
- Bawang besar
- Halia
- Cili merah
- Carrot
- Daun selasih
- Kiub pati ayam
- Garam/gula
- Secukup rasa
Sos kicap
- Cili kering
- Bawang merah
- Bawang putih
- Cili api
Cara nak buat dumpling ayam rebus
Untuk Doh
- Tepung pulut dan tepung gandum (kuantiti saya lebihkan tepung pulut dari tepung gandum, dlm nisbah 2:1).
- Sedikit garam kemudian diadun bersama air panas sedikit demi sedikit, diuli smpai sebati dan kental sehingga mnjadi doh.
- Rehatkan doh dalam 10 minit atau sehingga doh sejuk untuk dibentuk.
Untuk Inti
- Isi ayam, bawang merah, bawang putih, bawang besar, halia, cili merah, Carrot, daun selasih (option), kube pati ayam, garam dan gula secukup rasa.
- Semua bahan diatas dikisar sehingga hancur.
- Masukkan hirisan daun kucai (option), boleh ganti dengan daun sup.
Sos kicap
- Cili kering, bawang merah, bawang putih, cili api, smua bahan digoreng kasar sehingga layu terkulai.
- Kemudian kisar, dan ditumis dengan minyak dan tambah sedikit air.
- Kemudian perasakan dengan kicap, gula, dan garam ikut citarasa tekak masing.
Sumber: Nazeerath Nsr dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Dumpling Ayam dan Sos Chinese Style
Bahan-bahan
- Kulit Dumpling sis beli kat tesco je
- Isi Ayam
- Carrot cincang
- Daun sup cincang
- Bawang holland cincang
- Garam secukup rasa
- Minyak bijan
- Lada sulah
Sos Chinese Style
- Cili kering sangai dan kisar kering
- Bijan
- Bawang putih cincang
- Garam
Cara buat dumpling ayam dan sos chinese style
Dumpling ayam
- Bahan semua tidak perlu masak hanya gaul sebati sahaja.
- Steam sahaja dumpling tersebut.
Sos Chinese Style
- Masukkan dalam satu mangkuk, panas kan minyak dalam kuali dan minyak panas curah dalam mangkuk.
Sumber: Nurshahrina Ahmad Tarmizi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Sup Dumpling Ayam
Bahan-bahan
Inti dumpling
- 2 cwn isi ayam
- Bawang putih
- Mix vege frozen
- Daun bawang
- Blackpepper
- Garam
Sup
- 1 genggam ikan bilis – rebus tapis, ambil air
- 5 ulas bawang putih – tumbuk
- 2 inci halia – tumbuk
- 2 sb minyak untuk menumis
- Garam
Chili Oil
- 2 sb Minyak masak
- 1 sb minyak bijan
- 3 sb soy sauce
- 3 ulas bawang putih – cincang
- Chili flakes – guna yang nandos
- Garam sikit
Cara buat sup dumpling ayam
Inti dumpling
- Mix je semua dalam processor. Kalau takde, tumbuk sikit bagi hancur.
- Kulit dia beli siap.
Sup
- Tumis bawang putih & halia. Masuk air rebusan ikan bilis tadi, tambah air kalau tak cukup.
- Dah mendidih masuk dumpling. Sampai dia timbul. Boleh masuk sawi sekali kalau suka.
- Last sekali masuk garam ikut tekak masing. Siap.
Chili Oil
- Tumis bawang putih bagi naik bau, masuk bahan lain. Tutup api.
- Siap.
Sumber: Sharinaz Redwan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Dumpling Ayam Goreng dan Sos Thai Homemade
Bahan-bahan
- Carrot
- Ubi kentang
- Daun bawang dan daun sup
- Ayam fresh kisar jadi halus
- Dumpling pastri beli di pasaraya
Sos Thai Homemade
- segengam cili kering
- 5 / 6 ulas bawang putih
- 2sudu sos ikan
- 1cawan tepung jagung yang siap dibancah dgn air
- 2sudu cuka masakan
- Air
Cara buat dumpling ayam
- Gaul semua bahan, tambah sedikit garam atau cukup rasa.
- Isikan dalam kulit dumpling, lipat dan terus goreng dengan api sederhana.
Sos Thai Homemade
- Rebus cili kering, dah siap rebus blend kan dgn bawang putih.
- Masak seketika atas api selepas itu masukkan sos ikan dan cuka, masukkan gula, garam dan secukup rasa.
- Selepas itu masukkan tepung jagung ikut pekat mana yg kita nak dan siap.
Sumber: Eyka Nahar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Selain Dumpling Ayam, Apa Lagi Makanan Yang Popular?
Selain Dumpling Ayam, terdapat 5 hidangan lain yang seumpama seperti Gyoza, Siew Mai, Wonton, mandu dan Ravioli . Maklumat lanjut berkenaan hidangan yang digemari ramai ini adalah seperti berikut:
1. Gyoza
Gyoza ialah dumpling dari Jepun yang diisi dengan ayam cincang atau sayur-sayuran. Ia dimasak dengan cara menggoreng bahagian bawah sehingga garing, kemudian dikukus hingga masak.
2. Siew Mai
Siew Mai merupakan dimsum popular yang diperbuat daripada kulit dumpling nipis berisi ayam cincang, udang dan cendawan. Ia biasanya dihias dengan telur ikan di atasnya dan dimasak dengan cara kukus.
3. Wonton
Wonton ialah sejenis dumpling yang menggunakan kulit lebih nipis dan lembut, diisi dengan ayam cincang yang dibumbui. Ia boleh dihidangkan dalam sup atau digoreng rangup.
4. Mandu
Mandu merupakan dumpling dari Korea yang diisi dengan ayam cincang dan sayuran seperti kubis dan daun bawang. Ia boleh dikukus atau digoreng dan dihidang dengan sos cili.
5. Ravioli
Ravioli adalah pasta Italia berbentuk segi empat yang diisi dengan ayam cincang dan keju. Ia dimasak dalam air mendidih dan dihidang dengan sos tomato atau krim.