Burung wak wak adalah spesis burung daripada keluarga Rallidae. Panggilan wak wak sebenarnya berasal dari nama burung ini iaitu burung ruak ruak. Ramai yang tidak tahu sebenarnya burung ini boleh dimakan. Burung ini sangat takut akan manusia, jadi untuk mendapatkan burung ini,memerlukan seseorang yang tahu memerangkap burung wak wak atau pemburu profesional.
Cara memasak burung wak wak adalah dengan melumurkan daging burung yang telah dibuang isi perut dan bulu dengan garam kunyit. Kemudian goreng seperti biasa sehingga garing.
1. Resepi Burung Wak Wak Goreng Kunyit
Bahan-bahan
Bahan A
- Bwg besar 1 biji
- Halia sebesar ibu jari (hiris)
- Cili padi
Cara buat Burung Wak Wak Goreng Kunyit
- Burung diperap bersama serbuk kunyit & garam secukup rasa.
- Goreng macam biasa dah masak baru masuk bahan A.
- Makan dengan nasi panas & kicap.
Sumber: Effa AE dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Masak Lemak Cili Api Kentang Burung Wak Wak
Bahan-bahan
- 5 Bahagian – Burung Wak Wak (dipotong dari 4 ekor selebihnya nak goreng buat ratah-ratah)
- 1 Senduk – Cili api (siap dikisar)
- 2 Biji – Bawang merah (siap dikisar)
- 3 Ulas – Bawang Putih (siap dikisar)
- 1 Kotak santan (saiz kecik) (guna santan MS)
- 4 Biji kentang – belah empat
- 3 Batang – Serai (dititik)
- 2 Sudu – Jus lemon
- 200 ml – Air
- Sedikit serbuk kunyit
- Sedikit serbuk cukup rasa maggi
- Sedikit garam
Cara buat Masak Lemak Cili Api Kentang Burung Wak Wak
- Didihkan air, masukkan bahan yang di kisar , serbuk kunyit, serai (dititik),
- Masukkan burung tutup periuk/kuali yang anda gunakan biarkan burung lembut isinya dan cili nampak.
- Masak dan buka setelah 10 minit.
- Masukan santan dan masukkan kentang.
- Masukkan jus lemon, serbuk cukup rasa maggi dan sedikit garam,
- Setelah kentang lembut tutup api.
Sumber: BondeZaidilifah.com
3. Resepi Burung Wak Wak Goreng
Bahan-bahan
- Potong bahagian leher untuk membuang kepalanya.
- Potong 1/2 sayap burung.
- Potong bahagian kaki burung.
- Potong sedikit kulit luar di bawah leher. Cabut kulit burung dari bahagian yang dipotong.
- Buang bulu-bulu yang berlebihan. Bersihkan dan basuh. Siap untuk dimasak.
Cara buat Burung Wak Wak Goreng
- Burung ni letak garam dan serbuk kunyit saja.
- Lepas tu goreng garing dalam minyak yang banyak. Tapi jangan sampai garing sangat sebab dagingnya akan liat dan keras.
- Rasanya manis-manis masin. Sedap betul diratah!
Sumber: Melinblossom
4. Resepi Burung Wak Wak Goreng Berempah
Bahan-bahan
- 1ekor burung puyuh
- {*}2 inci halia[**]
- {*}2 biji bawang besar[**]
- {*}6 ulas bawang putih[**]
- {*}7 batang serai[**]
- {*}1 1/2 sudu besar ketumbar (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk)
- {*}1 1/2 sudu besar jintan manis (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk)
- {*}2 tangkai daun kari dibersihkan dan diramas/dicarik
- {*}1 sudu besar cili kisar
- {*}sedikit serbuk kunyit
- {*}garam secukupnya
- {*}1 sudu gula
- {*}3 sudu besar tepung jagung
- {*}1 biji telor (dipukul dahulu)
- {*}2 sudu besar rempah kari ayam
Cara buat Burung Wak Wak Goreng Berempah
- Burung dibersihkan setelah disalut dgn tepung gandum.
- Semua bahan yang ada tanda [**] dikisar dengan sedikit air lumat bersama ketumbar, jintan dan sehingga lumat.
- Dalam bekas satukan semua bahan kisar, serbuk kari, cili kisar, garam dan sedikit gula.
- Masukkan burung dan ramas daun kari sehingga sebati dan perap sehingga 1 atau 5 jam.
- Masukkan ke dalam peti sejuk. Sebelum goreng masukkan telur dan tepung jagung.
- Panaskan minyak kemudian perlahan api sederhana, masukkan puyuh.goreng sehingga masak.
Sumber: darahatiku.blogspot
Apa Menu Lain Yang Boleh Dicuba?
Rasa burung wak wak dikatakan manis tetapi agak liat, lebih kurang seperti daging itik. Jika anda tidak berani atau tidak gemar memakan burung, anda boleh masak lauk kebiasaan seperti ayam. Ini 5 menu ayam yang popular dan enak:
1. Ayam Masak Merah
Hidangan klasik Malaysia yang menggunakan ayam yang digoreng dan dimasak dengan sos merah yang pekat. Bahan utama termasuk ayam, cili kering, bawang, halia, dan campuran rempah ratus.
2. Rendang Ayam
Masakan tradisional yang menggunakan santan kelapa, rempah seperti serai, kunyit, lengkuas dan pelbagai rempah ratus. Dimasak perlahan-lahan sehingga kuah menjadi pekat dan kering.
3. Kari Ayam
Hidangan yang popular menggunakan rempah kari, santan, kentang dan ayam. Menggunakan campuran rempah ratus tradisional untuk menghasilkan rasa yang kaya.
4. Ayam Percik
Ayam yang dipanggang dengan pes rempah istimewa yang mengandungi serai, kunyit, halia dan santan. Biasanya dipanggang menggunakan arang.
5. Ayam Masak Lemak Cili Padi
Masakan yang menggunakan santan sebagai bahan utama bersama cili padi, kunyit dan rempah ratus. Mempunyai rasa yang pedas dan lemak yang seimbang.