Bubur nasi adalah sejenis hidangan berkuah yang diperbuat daripada nasi yang dimasak sehingga lembut dan berair. Bahan utama untuk membuat bubur nasi adalah beras, air, garam, dan daun pandan untuk aroma. Cara penyediaan bubur nasi melibatkan memasak beras dengan air yang banyak sehingga nasi menjadi lembut dan berkuah, sambil dikacau secara berkala untuk mengelakkan nasi melekat di dasar periuk.
Bubur nasi sesuai dihidangkan sebagai sarapan pagi atau hidangan sampingan, dan sering dimakan dengan lauk-pauk seperti ikan goreng, telur masin, atau kacang tanah. Bubur nasi kosong juga popular sebagai makanan pemulihan untuk orang yang kurang sihat atau dalam pantang kerana teksturnya yang lembut dan mudah dihadam.
Resipi Bubur Nasi
1. Resepi Bubur Nasi Berlauk
Bahan-bahan bubur
- 2 cawan beras (dikisar)
- 6 cawan air
Bahan-bahan kangkung goreng belacan
- Bawang putih
- Sambal belacan
- Kangkung
- Bawang holland
- Lidi besar merah
Cara buat bubur nasi
- Campurkan bahan-bahan bubur dan masak di dalam periuk.
- Untuk kangkung, tumus bawang putih sehingga garing. Masukkan sambal belacan dan tumis lagi sehingga naik bau.
- Masukkan kangkung dan tambahkan air sedikit.
- Goreng dengan api besar, masukkan bahan perisa, cili hiris dan bawang holland.
Bahan-bahan lain
- Kacang tanah goreng
- Ikan bilis goreng
- Telur masin rebus
- Bawang goreng
- Limau nipis
- Daun bawang
Sumber: Mak Su dari Masak Apa Hari Ni
2. Resepi Bubur Nasi Ala McD
Bahan-bahan
- 2-3 keping dada ayam
- 1 1/2 pot beras (cuci dan toskan)
- 1 1/2 inci halia (dihiris nipis)
- 2 kiub pati ayam
- Air
- Minyak bijan
- Daun bawang (dihiris)
- Lobak merah (dipotong dadu)
- Penambah perasa
- Lada merah
- 1 sudu kecil lada sulah
Cara buat bubur nasi
- Didihkan air secukupnya. Rebus ayam sehingga empuk.
- Masukkan kiub pati ayam.
- Apabila ayam dah masak, angkat dan toskan.
- Masukkan beras dan masak sehingga beras kembang.
- Masukkan lobak ke dalam bubur. Sambil tunggu beras masak, carikkan ayam kecil-kecil.
- Apabila bubur sudah masak, masukkan halia. Perasakan dan tambahkan lada sulah.
- Masukkan sebahagian ayam yang sudah dicarik dan gaul sebati. Tutupkan api.
- Masukkan bubur ke dalam mangkuk, hiaskan dengan baki ayam, bawang goreng dan cili. Titiskan dengan minyak bijan.
Sumber: Uwan Nolly Epin dari Masak Apa Hari Ni
3. Resepi Bubur Nasi Thai
Bahan-bahan bubur
- 2 cawan beras (basuh, rendam dan simpan dalam peti beku semalaman)
- 2 liter air
- 2 ulas bawang putih
- Kiub pati ayam
Bahan-bahan kuah
- 1/2 bahagian ayam (direbus bersama kuah dan carikkan isi selepas masak)
- 1 kiub pati ayam
- 1/2 batang serai (dititik)
- 4 ulas bawang putih (diketuk)
- 1 inci halia (diketuk)
- 1 liter air
- Garam, gula dan serbuk perasa
Bahan-bahan lain
- Minyak bawang putih
- Bebola ikan (rebus sekejap dengan kuah tadi)
- Kangkung (dicelur)
- Ikan bilis goreng
- Telur masin
- Chilli flakes
- Air lada
Cara buat bubur nasi
- Rebus semua bahan-bahan bubur nasi sehingga masak.
- Dalam periuk lain, rebus bahan-bahan kuah sehingga masak.
- Cedok bubur ke dalam mangkuk, tambah bahan-bahan lain dan tuangkan sup. Sedia untuk dihidang.
Sumber: Ichi Safitri dari Masak Apa Hari Ni
4. Resepi Bubur Nasi Kelate
Bahan-bahan sup ayam
- 1/2 ekor ayam
- 2 ulas bawang putih
- 3 ulas bawang merah
- Halia
- Sup bunjut
- Garam, gula dan perasa
- Kiub pati ayam
Cara buat sup ayam
- Hiris nipis bawang putih, bawang merah dan halia.
- Panaskan minyak. Tumis bahan hirisan dengan sup bunjut sehingga garing.
- Masukkan ayam dan air.
- Taburkan garam, gula, perasa dan kiub pati ayam.
- Rebus sehingga masak. Angkat ayam dan toskan. Kemudian, carikkan ayam kecil-kecil.
Cara buat bubur nasi
- Basuh beras sehingga bersih.
- Goreng beras hingga air kering.
- Kisar beras hingga hancur dan masak dalam periuk nasi.
- Sukatan air dua kali ganda lebih dari masak nasi. Kacau sentiasa sehingga bubur masak.
Bahan-bahan sambal
- Lada
- Cuka
- Garam
- Gula
- Air
Cara buat sambal
- Blend semua bahan.
- Masak semua di atas dapur.
Bahan-bahan lain
- Ikan bilis (digoreng garing)
- Daging / perut (direbus)
- Sayuran (tauge, kubis, kangkung)
- Daun sup, daun ketumbar dan daun bawang
- Limau nipis
- Bawang goreng
- Kacang goreng (ditumbuk hancur)
- Minyak bawang putih
Sumber: Nor Darwina Che Ismail dari Masak Apa Hari Ni
Selain Bubur Nasi, Apa Lagi Bubur Yang Popular?
Selain bubur nasi, terdapat 3 hidangan bubur yang popular iaitu bubur lambuk, bubur kacang hijau dan bubur cha cha.
1. Bubur Lambuk
Bubur Lambuk adalah sejenis bubur nasi yang popular pada bulan Ramadan. Ia diperbuat daripada beras yang dimasak bersama daging (biasanya daging lembu atau ayam), santan, dan rempah-rempah seperti serai, halia, bawang, dan kayu manis.
Bubur Lambuk sering dihidangkan sebagai juadah berbuka puasa di masjid-masjid atau dijual di pasar Ramadan. Rasa dan aromanya yang kaya hasil daripada percampuran rempah-rempah membuatkannya hidangan yang mengenyangkan dan menyelerakan.
2. Bubur Kacang Hijau
Bubur Kacang Hijau adalah hidangan pencuci mulut yang diperbuat daripada kacang hijau yang dimasak bersama air, gula, dan daun pandan sehingga lembut dan berair.
Bubur Kacang Hijau sering dihidangkan panas atau sejuk, dan kadangkala ditambah dengan kelapa parut atau nangka untuk tekstur dan rasa tambahan. Ia dianggap sebagai pencuci mulut yang berkhasiat kerana kacang hijau kaya dengan serat, protein, dan vitamin.
3. Bubur Cha Cha
Bubur Cha Cha adalah pencuci mulut yang diperbuat daripada campuran ubi keledek, ubi kentang, labu, dan keladi yang dipotong dadu dan direbus dalam santan dan gula melaka. Ia mempunyai rasa yang manis dengan tekstur lembut dari ubi-ubian dan keladi yang telah dimasak.