Bubur lambuk merupakan sejenis makanan nasi lembut berkuah yang berasal dari tradisi Melayu, lazimnya disediakan pada bulan puasa seperti Ramadan. Ia merupakan bubur yang mengandungi pelbagai bahan seperti beras, daging, sayur-sayuran dan rempah-ratus yang memberikan citarasa yang kaya.

Bahan-bahan utama termasuk beras, daging (ayam atau daging lembu), hati, kacang panjang, lobak merah, daun bawang, halia, bawang merah, santan dan rempah-ratus seperti jintan dan lada. Untuk memasaknya, semua bahan dicampurkan dan dimasak bersama air sehingga menjadi bubur yang pekat dan sedap.

1. Resepi Bubur Lambuk

Bahan-bahan

  • 2 mug beras (rendam dalam 20min)
  • Daging (1/2 kg campur yang berlemak)
  • Rempah sup (1 bungkus kecil)
  • Santan (250 ml)
  • Lada hitam 3 sb
  • Bwg merah 3 biji
  • Bwg putih 8 ulas
  • Halia 2 jari
  • Kentang
  • Lobak merah
  • Daun sup
  • Bawang goreng

Cara buat Bubur Lambuk

  1. Blend bawang & halia tumis sehingga bawang agak garing.
  2. Masukkan rempah sup tumis sehingga rempah masak.
  3. Masukkan daging gaul sebati & masukkan beras.
  4. Goreng beras seketika masukkan air.
  5. Rebus beras sehingga nmpk lembut.
  6. Masukkan santan & garam.
  7. Lada hitam serbuk masukkan juga.
  8. Masukkan kentang & lobak merah.
  9. Bila sayur dah lembut tabur daun sup & bawang goreng.

Sumber: Qasih Jue Aisya dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Bubur Lambuk Rice Cooker

Bahan-bahan

  •  1 1/2 pot beras – basuh, rendam selama 15 minit dan toskan
  • Daging – dihiris kecil, basuh dan toskan
  • Perencah sup adabi 1 bungkus
  • Daun sup – dihiris kecil
  • 1 batang carrot – potong dadu
  •  1 biji ubi kentang – potong dadu
  •  4 ulas bawang putih
  •  5 ulas bawang merah
  • 2 inch halia
  •  1/2 sk serbuk lada hitam
  •  100 ml santan
  •  2 liter air
  •  Bawang goreng
  •  Gula dan garam

Cara buat Bubur Lambuk Rice Cooker

  1. Blend halia, bawang putih dan bawang merah dengan sedikit air sehingga halus.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau.
  3. Kemudian, masukkan 1 bungkus perencah sup dan kacau.
  4. Masukkan daging dan kacau dalam 1 minit.
  5. Masukkan beras dan kacau rata.
  6. Masukkan beras ke dalam rice cooker.
  7. Masukkan air, ubi kentang dan carrot.
  8. Masak sehingga beras kembang.
  9. Bila beras dah kembang masukkan santan, gula, garam, serbuk lada hitam, daun sup dan bawang goreng.
  10. Kacau sebati dan masak lagi sehingga beras hancur.

Sumber: Nur Haziqah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Bubur Lambuk Noxxa Terlajak Sedap

Bahan-bahan

  • 4 cup beras (cup noxxa)
  • 24 cup air (1pot beras = 6 pot air)
  • Ayam atau daging ikut selera nak banyak mana (lebih kurang 300gm)
  • 1 labu bawang putih (di hiris/mayang)
  • 3 biji bawang merah besar (di hiris/mayang)
  • 3 inci halia (di hiris/mayang)
  • 4 sekawan (pelaga, cengkih, kayu manis, lawang)
  • 1 sudu besar jintan manis serbuk
  • 1 sudu besar jintan putih serbuk
  • 1 sudu besar lada hitam kasar yang dah blend
  • 1 sudu besar rempah sup adabi
  • 1 batang carrot (potong dadu)
  • 2 helai daun pandan jika nak letak
  • 1 kotak santan pekat = 200ml = 1 cawan
  • 1 kiub pati ayam
  • Garam secukup rasa

Cara buat Bubur Lambuk Noxxa Terlajak Sedap

  1. Panaskan minyak guna mode ‘stir fry’.
  2. Dah panas masukkan 4 sekawan dan jintan-jintan.
  3. Selepas naik bau masukkan, daun pandan, halia, serai, bawang besar, bawang putih, ayam/daging, rempah sup, kiub pati ayam.
  4. Kacau sebati dan masak sehingga bawang layu sedikit.
  5. Off stir fry.
  6. Masukkan beras dan air. Perasakan dengan garam. Tutup periuk.
  7. Set tombol ke HP 45 minit.
  8. Dah siap 45 minit. Biarkan selama 10 minit.
  9. Lepas tu baru lepaskan stim.
  10. Buka tudung periuk.
  11. Masukkan santan. Kacau bagi bubur sebati dengan santan.
  12. Tabur daun bawang dan daun sup, bawang goreng. Siap.

Sumber: Aida Bani dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Bubur Lambuk Terengganu

Bahan-bahan

  • Beras
  • Santan
  • Rempah lada hitam
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Budu
  • Isi ikan layang
  • Daun kayu (pucuk midin, daun kadok, cekok manis, daun kesum, dan pucuk ubi)

Cara buat Bubur Lambuk Terengganu

  1. Rebus beras sampai empuk.
  2. Setelah empuk masuk santan.
  3. Masuk rempah lada hitam,bawang merah,bawang putih (kisar)
  4. Masukkan budu ikut suka banyak mana.
  5. Masukkan isi ikan layang ikut byk suka banyak mana.
  6. Letak perasa.
  7. Daun kayu (pucuk midin, daun kadok, cekok manis, daun kesum, pucuk ubi)
  8. Kacau dan siap.

Sumber: Zima Danish dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Apa Lagi Menu Bubur Yang Popular?

Selain bubur lambuk yang popular di bulan Ramadhan, terdapat juga bubur lain yang popular tanpa mengira waktu tertentu. 5 dibawah merupakan bubur yang popular dan digemari ramai:

1. Bubur ayam

Sejenis bubur yang disajikan dengan potongan ayam, kecap, bawang goreng, dan berbagai bumbu tambahan.

2. Bubur ikan

Mirip dengan bubur ayam, namun menggunakan ikan sebagai lauk utama.

3. Bubur kacang hijau

Bubur manis yang terbuat dari kacang hijau yang direbus dengan gula.

4. Bubur sumsum

Bubur putih yang terbuat dari tepung beras atau tepung sagu, biasanya disajikan sebagai makanan bayi atau makanan ringan.

5. Bubur jagung

Dibuat dari jagung yang direbus dan ditambahkan gula atau santan.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply