Bubur kacang hijau durian merupakan hidangan pencuci mulut tradisional yang menggabungkan kacang hijau yang dimasak lembut dengan isi durian yang manis. Ia merupakan campuran manis dan berkrim yang menjadi kegemaran ramai di kalangan peminat makanan Malaysia.
Untuk menyediakan hidangan ini, pertama-tama masak kacang hijau sehingga lembut dengan air. Kemudian, campurkan santan, gula, dan isi durian yang telah dipisahkan dari biji. Kacau bahan-bahan tersebut sehingga sebati dan hidangkan dalam keadaan panas atau sejuk.
1. Resepi Bubur Kacang Hijau Durian
Bahan-bahan
- 1cawan kacang hijau(cuci dan toskan)
- 1 cawan gula perang – boleh lebihkan atau kurangkan
- 2 helai daun pandan( dicarik dan disimpul)
- 3 cawan air
- 1 cawan santan pekat
- 5 ulas durian – optional
- 1 sudu garam
Cara buat bubur kacang hijau durian
- Rebus kacang hijau sehingga kembang. Masukkan daun pandan, gula perang dan durian. Kacau dan masak sehingga mendidih. Tambah air sekiranya perlu.
- Tuang santan, letak garam sedikit untuk melemakkn bubur. Jika suka manis, tambahkan gula.
- Kalau rasa pekat sangat bubur kacang , boleh tambah sedikit air. Masak sekejap dan siap dihidang.
Sumber: Mia Zareef Afiq dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
2. Resepi Mudah Bubur Kacang Hijau Campur Durian
Bahan-bahan
- Kacang hijau 500g
- Durian 2 biji kecil
- Santan sebiji kelapa
- Gula melaka sebiji
- Gula pasor 6 sudu
- Daun pandan 2 helai
- Garam secubit
Cara buat bubur kacang hijau campur durian
- Mula-mula rebus kacang hijau sehingga empuk. Bila dia dah cukup kembang dan empuk, buang sedikit air rebusan sekiranya banyak sangat.
- Selepas itu, tambahkan santan, gula melaka, gula pasir, daun pandan, secubit garam dan durian.
- Masak sehingga betul-betul sebati bahannya. Kalau rasa kurang air boleh tambah. Siap boleh tutup api dan makan.
Sumber: Norlinda Saim dari Masak Apa Hari Ni
3. Resepi Bubur Kacang Hijau (Durian & Sagu)
Bahan bubur kacang hijau
- 1/2 kg kacang hijau
- 2 keping gula melaka
- 1 1/2 cawan gula pasir
- 2 helai daun pandan
- 2 cawan air
- 3-4 cawan santan
- 3 ulas durian – pilihan
- 1 sudu besar garam
Cara buat bubur kacang hijau durian & sagu
- Basuh bersih kacang hijau dan rendam selama 3-4 jam. Bilas dan rebus sampai empuk.
- Didihkan air bersama gula pasir, gula melaka dan daun pandan dalam kuali dengan api perlahan. Kacau hingga semua gula larut dan tapiskan.
- Dalam periuk lain, masak air dengan air rendaman kacang hijau sehingga mendidih. Setelah mendidih, masukkan kacang hijau dan rebus sehingga kembang dan empuk.
- Setelah kacang hijau empuk, masukkan air gula tadi, isi durian dan daun pandan. Kacau rata dalam 10 minit dengan api perlahan.
- Masuk pula santan dan kacau lagi hingga sebati dalam 5 minit sahaja supaya tak pecah minyak.
- Rebus sagu sehingga menjadi jernih. Tuang ke dalam penapis dan lalukan bawah air paip. Kacau rata dan masukkan sagu yang jernih ke dalam kuah bubur. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api.
Sumber: Nurnaema Naema dari Masak Apa Hari Ni
Apa Lagi Bubur Manis Yang popular?
Tidak dinafikan bubur kacang hijau paling dikenali dan mudah dimakan dengan apa sekali pun. Namun terdapat juga bubur manis lain yang turut dikenali kerana keenakannya. 5 bubur tersebut adalah:
1. Bubur Kacang Hijau Biasa
Bubur klasik yang dibuat daripada kacang hijau direbus dengan air dan gula, biasanya ditambah dengan sedikit santan untuk memberikan kelembutan.
2. Bubur Kacang Merah
Hidangan sejenis yang menggunakan kacang merah sebagai bahan utama, biasanya dibuat dengan cara yang sama seperti bubur kacang hijau.
3. Bubur Pulut Hitam
Bubur yang diperbuat daripada beras pulut hitam yang dimasak dengan air dan gula, memberikan rasa manis dan tekstur yang unik.
4. Bubur Jagung
Bubur yang dibuat daripada jagung yang dimasak dengan air dan gula, sering kali ditambah dengan santan untuk menambahkan perisa.
5. Bubur Labu
Hidangan manis yang menggunakan labu sebagai bahan utama, dimasak dengan air dan gula serta biasanya ditambah dengan sedikit santan.