Bubur kacang hijau ialah sejenis bubur yang dibuat daripada kacang hijau dan dimasak bersama santan serta gula. Bahan-bahan asas yang diperlukan ialah kacang hijau, pandan, gula melaka, gula pasir, santan dan sedikit garam.
Untuk memasaknya, rendam kacang hijau selama 4 jam atau semalaman. Kemudian, masak kacang hijau bersama daun pandan sehingga lembut. Masukkan gula melaka, gula pasir dan garam. Akhir sekali, tambah santan dan kacau sehingga sebati. Masak dengan api perlahan sehingga pekat mengikut citarasa.
1. Resepi Bubur Kacang Hijau Simple
Bahan-bahan
- 1 paket kacang hijau
- Santan
- Gula melaka
- Garam dan gula
Cara buat bubur kacang hijau
- Masukkan 1 paket kacang hijau kedalam periuk dan direbus sampai nampak pecah kacang.
- Masukkan santan ke dalam periuk.
- Masukkan gula melaka.
- Secubit garam.
- Gula secukup rasa.
Sumber: Sara Qeesyara dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Bubur Kacang Hijau Marvelousss
Bahan-bahan
- Kacang hijau setengah kilo
- Santan rm4
- Gula 4 senduk
- Sedikit garam
Cara buat bubur kacang hijau
- Goreng kacang tanpa minyak sampai berubah warna. Perlahankan api. Dah berubah warna basuh kacang dan toskan, dan masukkan air kedalam periuk sampai kacang tenggelam.
- Rebus sampai kacang pecah, bila kuah kacang dah terlalu pekat, buangkan sedikit dan tambahkan air baru, sukatan agak-agak sampai kacang hancur.
- Masukkan sedikit garam, bila kacang dah pecah masukkan gula 4 senduk, dah cukup rasa dan masukkan santan. Kacau biar sebati, biarkan 4 minit. Tutup api, dan siap.
Sumber: Shikin Suzhairi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Bubur Kacang Hijau (Hirisan Halia)
Bahan-bahan
- 1/2 kilo kacang hijau
- 2sdb beras pulut
- Hirisan halia
- 2 cawan air
- 2sdb sagu biji
- Daun pandan
- 1 cawan gula merah
- 1/2 kotak santan
Cara buat bubur kacang hijau
- 1/2kg kacang hijau di rendam semalaman. Toskan.
- Rebus kacang hijau ini dengan 2 sdb beras pulut dan hirisan halia sampai kembang.
- Bila sudah empuk masukkan 2 cawan air, 2 sdb sagu biji dan daun pandan.
- Rebus lagi. Masukkan 1 cawan gula merah. Kalau hendak manis boleh tambah gula putih.
- Kacau sehingga gula larut. Masukkan 1/2 kotak santan (100ml) dan garam. Kacau lagi. Kalau pekat boleh tambah air.
- Masak lagi dan rasa manis dan masin. Dah siap.
Sumber:Hjh Anie dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Selain Bubur Kacang Hijau, Apa Lagi Bubur Yang Popular?
Selain Bubur Kacang hijau, terdapat 5 hidangan bubur yang juga popular iaitu bubur pulut hitam, pengat pisang, bubur chacha, bubur gandum dan bubur jagung.
1. Bubur Pulut Hitam
Bubur pulut hitam merupakan hidangan bubur yang disediakan menggunakan beras pulut hitam, daun pandan, gula melaka dan santan. Masakan ini popular di seluruh Malaysia sebagai hidangan pencuci mulut.
2. Pengat Pisang
Pengat pisang adalah sejenis bubur yang diperbuat daripada pisang yang dimasak dalam santan dan gula melaka. Hidangan ini sangat popular sebagai pencuci mulut tradisional di Malaysia.
3. Bubur Cha Cha
Bubur cha cha ialah bubur yang terdiri daripada ubi keledek, keladi, dan sagu yang dimasak dalam santan manis. Hidangan ini merupakan antara pencuci mulut yang digemari ramai.
4. Bubur Gandum
Bubur gandum adalah sejenis bubur yang dibuat menggunakan gandum yang telah dipecahkan, dimasak bersama gula dan santan. Ia merupakan pilihan pencuci mulut yang berkhasiat.
5. Sweet Corn Porridge
Sweet corn porridge atau bubur jagung manis adalah hidangan yang dibuat daripada jagung manis yang dikisar halus dan dimasak dengan santan serta gula. Ia merupakan pencuci mulut yang popular dalam masakan tempatan.