Ayam percik adalah hidangan tradisional Melayu yang terdiri daripada ayam bakar atau panggang yang disalut dengan sos percik. Sos percik biasanya diperbuat daripada campuran rempah seperti santan, cili, halia, bawang putih, dan rempah-rempah tempatan yang memberikan rasa yang kaya dan lazat.
Untuk membuat ayam percik, anda memerlukan ayam, santan, cili kisar, halia, bawang putih, garam, dan gula. Ayam dipotong dan direndam dalam campuran bahan-bahan tersebut, kemudian dipanggang atau dibakar sehingga keperangan, sambil berkali-kali disapu dengan sos percik.
1. Resipi Ayam Percik Arang
Bahan-bahan
- Ayam
- Garam
- Kunyit
- Serbuk aji
- Bawang merah
- Serai
- Halia
- Asam jawa
- Cili Boh/ kering dikisar
- Santan
- Arang
Cara penyediaan ayam
- Hidupkan api di dapur arang
- Bersihkan ayam lalu lumurkan garam, kunyit dan serbuk aji serata.
- Apabila arang sudah menjadi bara, boleh mula panggang ayam yang disediakan tadi sehingga masak.
Cara penyediaan kuah
- Hiriskan bawang merah, serai dan halia secara nipis agar senang ditumbuk atau dikisar.
- Tumbuk halia dahulu sehingga lumat, lalu masukkan serai dan bawang merah dan tumbuk kesemuanya sehingga lumat.
- Campurkan bahan yang ditumbuk tadi bersama cili boh, asam jawa, gula, garam dan serbuk aji secukup rasa.
- Setelah itu, masukkan santan segar pekat dan gaulkan kesemuanya sehingga rata.
- Setelah siap, boleh letakkan kuah tersebut ke atas ayam yang sedang dipanggang.
- Kuah lebihan boleh dimasak sehingga pecah minyak lalu dituang ke atas ayam yang telah siap dipanggang.
- Siap
Sumber: Puan Cik Nadzri dari Masak Apa Hari Ni
2. Resepi Ayam Percik Kelantan
Bahan-bahan
- 1 ekor ayam – potong 4
Bahan perap
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- Garam secukupnya
Bahan kuah percik
- 1 Kotak santan
- 10 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 batang serai
- 3 tangkai cili kering
- Garam
- Gula
- Air asam jawa atau asam keping
Cara buat Ayam Percik Kelantan
- Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam dalam 30 minit.
- Bakar ayam sehingga masak.
- Sementara ayam dibakar, boleh sediakan bahan kuah.
- Kisar semua bahan kuah dengan santan dan masakkan di atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. Masak sehingga kuah pekat.
- Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya.
- Seterusnya boleh diletakkan di atas ayam yang dibakar tadi untuk dihidang.
Sumber: Azlina Mohamed Ina dari Masak Apa Hari Ni
3. Resepi Ayam Percik Orang Bujang
Bahan-bahan
- Ayam
- Daun limau purut
- Daun Kunyit
Bahan kisar
- 15 tangkai cili kering,
- 5 tangkal cili besar
- 10 ulas bawang merah dan bawang putih
- 2 inci halia dan lengkuas
- 6 batang serai
- 1 sudu teh jintan manis
Cara buat Ayam Percik Orang Bujang
- Tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak.
- Masukkan ayam.
- Kemudian, masukkan santan,hirisan daun limau purut dan daun kunyit.
- Perasakan dengan gula,garam dan serbuk perasa.
- Renehkan ayam sehingga separuh masak..
- Selepas itu, ayam boleh dipanggang.
- Semasa ayam dipanggang, percikkan ayam dengan kuah yang telah disediakan tadi agar ayam berperisa dan tidak kering.
- Seterusnya, boleh dihidangkan untuk menjamu selera.
Sumber: Muhammad Azhari dari Masak Apa Hari Ni
Apa Lagi Variasi Menu Ayam?
Ada sesetengah orang, dirumah memang tidak boleh kalau tidak ada ayam kerana ayam adalah bahan yang mudah dipelbagaikan dalam masakan. Kanak-kanak juga mudah menerima menu ayam sewaktu makan. Jadi, dikongsikan lagi 5 menu yang menggunakan ayam sebagai bahan utama:
1. Nasi Ayam
Hidangan klasik Malaysia yang menggunakan ayam direbus atau dipanggang, disajikan bersama nasi yang dimasak dengan rempah dan air rebusan ayam.
2. Ayam Goreng Berempah
Ayam yang dicelup dalam tepung rempah kemudian digoreng sehingga rangup dan keemasan, memberikan tekstur dan rasa yang unik.
3. Satay Ayam
Hidangan sate yang diperbuat daripada ayam yang dipotong kecil, ditusuk, dipanggang, dan disajikan bersama sos kacang.
4. Ayam Masak Merah
Ayam dimasak dalam sos merah pedas yang dibuat daripada cili, tomato, dan rempah-rempah tradisional.
5. Rendang Ayam
Ayam direneh perlahan dalam campuran santan dan rempah-rempah sehingga mendap dan berkrim, menghasilkan hidangan yang kaya rasa.