Ayam penyet ialah hidangan ayam yang direbus dalam campuran rempah seperti serai, daun salam, dan halia sehingga empuk, kemudian digoreng sehingga garing. Hidangan ini berasal dari Indonesia tetapi telah menjadi sangat popular di Malaysia, sering dihidangkan dengan nasi putih, ulam-ulaman dan sambal belacan yang pedas.
Bahan-bahan utama termasuk ayam, serai, halia, bawang putih, bawang merah, kunyit, ketumbar, dan garam. Cara penyediaan dimulakan dengan merebus ayam dalam campuran rempah sehingga empuk, kemudian digoreng dalam minyak panas. Selepas digoreng, ayam akan dihempap atau ‘dipenyet’ dengan menggunakan alat penghempap khas atau belakang sudu besar.
1.Resepi Ayam Penyet by Anak Dara
Bahan-bahan
- Ayam ( telah direbus – airnya dijadikan sup)
- 3 sudu ketumbar
- 1/2 sudu jintan manis
- 1/2 sudu jintan putih
- 1 sudu serbuk kunyit
- 1/2 sudu serbuk lada putih
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- Garam
*Bancuhan tepung kriuk*
- 1 biji telur
- 1/2 cawan tepung beras
Cara buat ayam penyet
- Kisar kesemua bahan bersama sedikit air.
- Lumurkan pada ayam dan perap selama 2 jam
- Goreng menggunakan api sederhana.
Bancuhan tepung kriuk
- Campurkan telur dan tepung beras bersama baki perapan.
- Kemudian percik bancuhan ke dalam kuali dan goreng sehingga rangup.
Sumber: Cikgu Nida dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Ayam Penyet Medan Indonesia
Bahan-bahan
- Ayam seekor @ 2 boleh potong 4 atau kecik
- Kunyit hidup – 2cm*
- Halia – 2cm*
- Serai – 3 batang potong halus*
- Bawang besar – 2 biji*
- Bawang putih – 1 labu*
- Lengkuas – 1 ketul besar tapak tangan – sagat halus
- Ketumbar – 2 sudu besar disangai
- Lada hitam – 1 sudu kecil
- garam
Cara buat ayam penyet
- Semua bahan bertanda* kisar. Letak air dan kisar jangan terlalu lumat.
- Ketumbar disangai sekejap dan ditumbuk bersama lada hitam.
- Bahan yang dikisar digaul bersama ayam. Masukan ketumbar dan lada hitam.
- Hidupkan api dan tutup ayam.
- Rebus sehingga air sedikit kering atau sehingga ayam masak.
- Masukkan garam.
- Siap
Sumber: Leeniy Imeena Hawea II dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Ayam Penyet
Bahan-bahan
Rebusan ayam penyet
- Ayam potong 10
- 1 ketul pati kiub ayam
- 1 inci Halia
- 1inci lengkuas
- 2 ulas bawang putih tumbuk
- Air secukupnya
- 1btg serai ketuk
- Sehelai daun salam
- (Rebus selama 15 minit ) kemudian toskan
Perapan ayam
- ½ sdb cintan manis*
- ½ sdb cintan putih *
- 3 sdb ketumbar *
- 1 biji buah keras *
- 1 sdb serbuk kunyit
- ½ sdb serbuk lada putih
- 3 ulas bwg putih
- 1 inci halia
- Garam
- Secukup rasa megi
Cara buat ayam penyet
- Sangai bahan bertanda **
- Kemudian kisar semua bahan shingga halus kemudian gaulkan bersama ayam & bahan lain, garam secukup rasa dan perap selama 2 jam.
- Kemudian goreng sehingga keperangan.
Keriuk keriuk
- Gaulkan bahan rempah bersama tepung jagung dan telur, percikkan ke dalam kuali.
- Goreng sehingga ranggup siap.
Sumber: Cik Puan Julieta dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi Hidangan Ayam Yang Popular?
Jika dah selalu memasak ayam penyet, apa kata anda cuba pula menu ayam yang lain-lain ini. Antara menu tersebut adalah:
1. Nasi Lemak Ayam Goreng
Nasi lemak ayam goreng merupakan hidangan nasi yang dimasak dengan santan dan daun pandan, dihidangkan dengan ayam yang digoreng rangup dengan bumbu rempah khas.
2. Chicken Chop
Chicken chop adalah hidangan ayam yang dipotong nipis, dilumuri dengan rempah dan serbuk roti, kemudian digoreng sehingga garing keemasan.
3. Ayam Masak Merah
Hidangan ayam yang dimasak dalam kuah merah yang pekat, manis dan pedas, menggunakan cili merah dan tomato sebagai bahan utama.
4. Butter Chicken
Hidangan ayam yang dimasak dalam sos mentega yang krim dan berempah, popular di restoran mamak dan restoran India Muslim.
5. Ayam Percik
Ayam yang dipanggang dengan sos santan berkrim yang berempah, merupakan hidangan tradisional dari Pantai Timur Malaysia yang kini popular di seluruh negara.