Ayam masak sos tiram ialah hidangan yang menggabungkan potongan ayam yang dimasak dengan sos tiram, bawang, halia dan sayur-sayuran. Bahan-bahan yang diperlukan ialah ayam dipotong, sos tiram, bawang besar, bawang putih, halia, lada hitam, garam, minyak masak, dan boleh ditambah sayur-sayuran pilihan seperti cendawan butang dan capsicum.

Cara penyediaan bermula dengan menumis bawang dan halia sehingga wangi. Masukkan ayam dan goreng sehingga kekuningan, kemudian tambah sos tiram, lada hitam dan garam. Tambah sedikit air dan masak sehingga ayam empuk. Akhir sekali, masukkan sayur-sayuran dan kacau rata sehingga masak.

1. Resepi Ayam Masak Sos Tiram Simple

Bahan-Bahan

  • Ayam (dipotong kecil)
  • Halia
  • Bawang Putih*
  • Bawang Merah*
  • Cili Besar Merah *
  • Sos Tiram

Cara Buat Ayam Masak Sos Tiram Simple

  1. Panaskan minyak
  2. Tumis bahan-bahan yang telah ditandakan * sampai wangi dan layu
  3. Masukkan ayam yang telah dipotong kecil tadi dan biarkan air ayam itu keluar
  4. Kemudian masukkan air sedikit (kalau nak kuah lebih banyak tambah air lagi)
  5. Bila kuah tadi sudah mendidih boleh masukkan sos tiram jenama Maggie
  6. Kacau dan biarkan ia mendidih hingga pekat
  7. Siap

Nota : Setiap brand sos tiram tahap kemanisanya lain-lain. Jadi agak-agak dan rasa ketika masukkan sos tiram.

Sumber : Cik Puan Sarah dari Masak Apa Hari Ni 

 

2. Ayam Masak Tiram Pekat Bersama Cendawan

Bahan-bahan

  • Ayam – potong kecil
  • Sos tiram
  • Kicap manis ABC
  • Sos ikan
  • Halia – dihiris
  • Bawang  putih – dihiris
  • Bawang besar – potong kasar
  • Lobak Merah – dihiris
  • Cendawan Shiitake
  • Fucuk
  • Cili kering
  • Kiub pati ayam
  • Tepung jagung
  • Daun bawang
  • Bijan

Cara Buat Ayam Masak Sos Tiram Pekat Bersama Cendawan

  1.  Masuk ayam yang sudah dibersihkan dan dipotong kecil.
  2. Tambah sos tiram, kicap pekat manis ABC, sos ikan.
  3. Gaul rata dan seimbangkan rasa ikut citarasa anda sendiri.
  4. Tabur hirisan halia, hirisan bawang putih, bawang besar potong kasar.
  5. Tabur lobak merah, shitake mushroom, fucuk, cili kering (tak perlu rendam cili kering).
  6. Tambah 1 kiub pati ayam.
  7. Tambah air sedikit.
  8. Perlahankan api, tutup periuk, renehkan sampai masak.
  9. Tambah air bancuhan tepung jagung utk pekatkan kuah.
  10. Tabur daun bawang, bijan.
  11. Siap.

Sumber : Iqtiyani Al-Amin dari MAHN

 

3. Ayam Masak Sos Tiram Halia

Bahan-bahan

  • Ayam – dipotong
  • 4 ulas bawang putih – dicincang
  • Halia 3 inci – dihiris halus
  • 3- 4 sudu sos tiram
  • 3 sudu Kicap biasa
  • Garam
  • Kunyit
  • Lada sulah
  • 1 cawan air
  • Cili padi – diketuk
  • 1 sudu tepung jagung
  • 1 biji tomato
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Minyak masak

Cara buat Ayam Masak Sos Tiram Halia

  1. Gaul ayam dengan garam dan kunyit.
  2. Panaskan minyak dan goreng hingga masak.
  3. Kemudian angkat dan ketepikan.
  4. Panaskan minyak.
  5. Masuk 4 ulas bawang putih yang dicincang.
  6. Kemudian masuk 3 inci halia dihiris halus.
  7. Masak hingga kekuningan.
  8. Masuk ayam goreng tadi.
  9. Letak 2 atau 3 sudu besar sos tiram.
  10. Tambah 3 sudu besar kicap biasa.
  11. Kacau biar mesra.
  12. Letak pula 1 sudu kecil lada sulah.
  13. Kacau dan kacau lagi.
  14. Masuk 1 cawan air.
  15. Tambah cili padi yang diketuk. Nak pedas letak banyak.
  16. Bancuh 1 sudu tepung jagung dengan sedikit air.
  17. Masukkan 1 biji  tomato dipotong.
  18. Tabur daun sup dan daun bawang.
  19. Siap

Sumber : Liza Idris dari SuKmA

 

Apa Lagi Menu Ayam Yang Popular?

Selain ayam masak sos tiram, ada pelbagai lagi menu ayam yang boleh dicuba. Antaranya adalah:

1. Ayam Masak Halia

Hidangan ini mengutamakan rasa halia yang kuat dan menyegarkan. Ayam dimasak dengan halia cincang, bawang putih, bawang merah dan sos soya dengan campuran sayur-sayuran hijau.

2. Sweet & Sour Chicken

Hidangan ayam yang digoreng rangup dan disalut dengan sos masam manis yang dibuat daripada cuka, sos tomato, dan jus nenas. Biasanya dihiasi dengan nenas, timun dan capsicum.

3. Ayam Masak Paprik

Hidangan yang dipengaruhi masakan Thai ini menggabungkan ayam yang digoreng dengan sos paprik yang pedas dan manis, bersama sayur-sayuran seperti kacang panjang dan cili.

4. Ayam Masak Kung Po

Masakan ini terkenal dengan gabungan ayam yang digoreng dengan kacang tanah goreng, sayur-sayuran dan sos kung po yang manis dan pedas.

5. Ayam Masak Kicap

Hidangan klasik yang menggunakan kicap manis sebagai ramuan utama, dimasak dengan bawang, halia dan kadangkala ditambah cili untuk memberi rasa pedas.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply