Ayam masak lemak cili api adalah hidangan tradisional Melayu yang terkenal dengan citarasanya yang pedas dan kaya dengan perisa. Masakan ini menggunakan campuran santan, cili api, dan rempah-rempah yang membangkitkan selera.

Bahan utama termasuk ayam, santan pekat, cili api hijau dan merah, daun limau purut, serai, halia, bawang merah, dan garam. Untuk memasaknya, pertama-tama tumis bahan kisar seperti cili api, bawang, dan halia sehingga naik bau, kemudian masukkan ayam dan santan. Reneh sehingga kuah pekat dan ayam empuk.

1. Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan Style

Bahan-bahan

  • Ayam
  • Serai
  • Cili api (20-30biji)
  • Kunyit hidup
  • Santan
  • Kentang
  • Daun limau purut
  • Asam keping
  • Garam

Cara buat ayam masak lemak cili api

  1. Basuh bersih ayam. Letak dalam kuali atau periuk.  Ketuk serai masukkan sekali dengan ayam.
  2. Kisar cili api 20-30 biji dengan kunyit hidup. Letak pada ayam. Bagi ayam tu kecut dengan cili api.
  3. Ayam dah sebati dengan cili api tu baru masukkan santan.
  4. Masukkan kentang.
  5. Bila kentang dah empuk masukkan daun limat purut dan asam keping. Garam jangan lupa.
  6. Siap.

Sumber: Norlailanazira Mohd Agos dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan

[A] Bahan untuk dikisar

  • 15 biji cili padi
  • Bawang merah 1 biji
  • Bawang putih 3 ulas
  • 4 cm kunyit hidup
  • 1 cawan air

[B] Bahan untuk masak atas dapur

  • 1 atau 2 biji kentang dipotong empat
  • 2 batang serai
  • 6 ketul ayam
  • 1 pati kiub ayam
  • Sedikit daun pandan & daun limau purut (menambahkan aroma bau)
  • Gula & garam secukup rasa
  • 1/2 kotak santan
  • 1 keping asam keping atau sedikit air asam jawa
  • Daun kunyit

Cara buat ayam masak lemak cili api

  1. Kisar bahan [A]
  2. Masukkan bahan [A] kedalam periuk yang telah tersedia panas.
  3. Masukkan 2 batang serai dan biar ia mendidih.
  4. Masukkan ketulan ayam dan kiub pati ayam. Masukkan sedikit daun pandan dan daun limau purut dan kentang.
  5. Masukkan 1/2 kotak santan dan biar mendidih.
  6. Letakan daun kunyit, letak garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga masak dan siap untuk dihidang.

Sumber: Kasih Nadirah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Paling Mudah

Bahan-bahan

  • Cili padi
  • Serai
  • Kunyit hidup
  • Santan
  • Baby chicken
  • Asam keping
  • Garam and sedikit gula

Cara buat ayam masak lemak cili api

  1. Masukkan ayam, santan, serai yg dititik, cili padi dan kunyit yang ditumbuk dan asam keping  kedalam periuk.
  2. Biarkan mereneh dengan api perlahan jgn sampai pecah minyak.
  3. Terakhir masukkan garam.

Sumber: Anith Natasha dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Apa Lagi Menu Menarik Menggunakan Ayam?

Selain ayam masak lemak cili api, ayam boleh divariasikan kepada pelbagai menu yang lain. Antara 5 menu menarik yang menggunakan ayam adalah:

1. Rendang Ayam

Rendang ayam merupakan hidangan yang dimasak perlahan dengan rempah-rempah yang kaya dan direneh sehingga kuah menjadi pekat. Ia mengandungi ayam yang dimasak dengan campuran rempah seperti serai, lengkuas, kunyit, dan kerisik yang memberikan rasa yang mendalam.

2. Gulai Ayam

Gulai ayam adalah hidangan berkuah yang mempunyai rasa yang kaya dan kompleks. Ia disediakan dengan pelbagai rempah tradisional dan dimasak dengan perlahan untuk memastikan ayam menjadi lembut dan berperisa.

3. Kari Ayam

Kari ayam adalah hidangan popular dalam masakan Melayu yang menggunakan campuran rempah kari yang kaya. Ia biasanya disediakan dengan kuah yang pekat dan berperisa, disertai dengan ayam yang dimasak sehingga lembut.

4. Ayam Percik

Ayam percik merupakan hidangan tradisional yang melibatkan ayam dipanggang dan disalut dengan kuah percik yang dibuat daripada campuran santan, rempah, dan perencah pedas. Ia biasanya dibakar sehingga keperangan dan mengeluarkan aroma yang menggugah selera.

5. Dalcha Ayam

Dalcha ayam merupakan hidangan yang berasal daripada pengaruh masakan India, menggunakan ayam yang dimasak bersama kacang dal dan pelbagai rempah. Ia mempunyai rasa yang berlainan dengan sedikit sentuhan asam dan pedas.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply