Ayam masak hitam adalah hidangan tradisional Melayu yang menggunakan rempah-rempah khas dan pewarna hitam. Hidangan ini memperoleh warna hitamnya daripada kicap pekat yang dimasak bersama ayam dengan campuran rempah-rempah seperti halia, bawang merah, dan lada hitam.

1. Resepi Ayam Lada Hitam

Bahan-bahan

  • Ayam
  • Bawang besar (kisar)
  • Lada hitam (kisa
  • cili padi/bawang besar -potong bulat(hiasan)
  • Kicap
  • Sos lada hitam
  • Sos tiram
  • Gula
  • Garam
  • Minyak

Cara buat Ayam Lada Hitam

  1. Panaskan kuali, masuk minyak, minyak dah panas masukkan bahan yangg dikisar tadi, dah naik minyak letak kicap, sos tiram dan sos lada hitam.
  2. Kemudian masukkan ayam.
  3. Perasakan dengan garam dan gula.
  4. Agak-agak dah nak masak letak cili padi dan bawang yang dipotong tadi.

Sumber: Zaitun Haji Md Nasir dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Ayam Masak Hitam Nasi Kandar

Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ayam atau seekor ayam anggaran 1.5-1.8kg,goreng dulu dengan tepung..nak mudah pakai je tepung bestari atau seumpama
  • 3 sudu makan serbuk cili
  • 2 sudu makan serbuk jintan manis
  • 1 sudu makan serbuk jintan putih
  • 1 sudu-makan serbuk kunyit
  • 2 sudu makan rempah kari daging
  • daun kari
  • kicap pekat
  •  bawang besar 4-5biji (2biji untuk tumis)

    bersama rempah,baki 3biji untuk tumis darat)
  • rempah 4 kawan
  • 3 sudu makan pes halia&bawang putih
  • minyak masak (resepi ni guna minyak banyak)
  • sos cili anggaran 5-6sudu makan

Bahan Rahsia

  • kacang baked bean yg dalam tin dikisar anggaran 3-4sudu makan

Cara buat Ayam Masak Hitam Nasi Kandar

  1. Panaskan minyak anggaran 1cawan kecil, tumis rempah 4 kawan bersama 2biji bawang hiris sampai layu dan brown.
  2. Kemudian masukan pes halia &bawang putih dan daun kari, bila dah wangi masukan kesemua bahan rempah serbuk, kunyit dan cili, gaul seketika, dan masukan air sikit.
  3. Masak sekejap sampai rempah wangi pecah minyak.
  4. Kemudian masukan sos cili, kicap pekat anggaran 7-8sudu makan atau lebih (tertakluk pada warna dan rasa).
  5. Masukan kacang kisar, masak kuah sampai pekat, masukan sikit garam dan gula dan perasa.
  6. Kemudian masukan ayam yan g dah digoreng,masak sehingga kuah pekat, lauk ni dia manis pedas berempah, boleh pakai gula merah/kabung/gula putih.Tutup api.
  7. Last skali tumis baki bawang 3biji sampai layu dan garing bersama daun kari.
  8. kemudian tuang  atas lauk tadi, gaul skit dan ready to eat.

Sumber: Abg Apitte dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Ayam Masak Hitam

Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ayam
  • 10 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Halia besar ibu jari
  • 1 biji tomato (buat hiasan)
  • 1 biji bawang besar  (buat hiasan)
  • kicap manis secukup rasa (saya guna kicap kipas udang)
  • Rempah untuk menumis (pelaga, bunga lawang, kayu manis)

Cara buat Ayam Masak Hitam

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, cili kering dan halia.
  2. Ayam potong sederhana gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam sikit dan goreng separuh masak.
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan masukan rempah tumis dan bahan kisar, biar sehingga pecah minyak.
  4. Masukan ayam goreng tadi tambahkan kicap manis secukupnya. Kemudian tambahkan air 1/2 cawan dan tutup tudung periuk dan biar sehingga mendidih.
  5. Masukan gula, garam secukup rasa, tomato, dan bawang besar dan apabila kuah dah pekat matikan api dan siap untuk dihidangkan.

Sumber: Nana Azuwan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Kurma Ayam Masak Hitam

Bahan-bahan

Bahan Untuk Dikisar

  • 10 biji bawang merah
  •  5 ulas bawang putih
  • 1″ halia
  • 1″ lengkuas
  • 8″ tangkai cili kering
  • 1/2 cawan bawang goreng – goreng sendiri
  •  1 kilo daging or 1 ekor ayam
  •  50 gram rempah kurma- saya guna brand Faiza
  •  1/2 cawan susu cair
  • 1/4 cawan tomato puri
  • 2 sudu perahan jus lemon
  •  Sedikit gula dan garam
  •  Air
  •  Minyak
  •  1 labu bawang besar – belah 4
  • 2 biji cili hidup – setiap 1 dipotong dua
  •  Beberapa biji buah ceri
  • 2 batang daun ketumbar
  • Sedikit buah badam

Cara buat Kurma Ayam Masak Hitam

  1. Tumis bahan dikisar sehingga naik bau bersama daun pandan dan daun ketumbar.
  2. Masukkan ayam dan biarkan daging mesra bersama tumisan. Masukkan air dan renehkan sehingga empuk.
  3. Masukkan susu, jus lemon dan tomato puri.
  4. Dan masukkan juga garam dan gula.
  5. Renehkan sebentar dan masukkan buah badam.
  6. Setelah agak pekat, masukkan potongan bawang besar, cili hidup dan buah tomato.
  7. Boleh off api. Siap!

Sumber: Angah Izan dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

Variasi Menu Ayam.

Ayam masak hitam memang ringkas dan sedap. Namun, ada sesetengah orang tidak tahu makan kicap. Jadi anda boleh cuba 5 lagi menu ayam yang dicadangkan ini:

1. Rendang Ayam

Rendang ayam adalah hidangan berkuah pekat yang dimasak dengan santan dan pelbagai rempah tradisional. Ia memerlukan proses memasak yang perlahan untuk menghasilkan rasa yang kaya dan mendalam.

2. Ayam Percik

Ayam percik merupakan hidangan yang dibakar dengan rempah berempah dan disalut sos pekat. Ia biasanya dipanggang atau dibakar untuk menghasilkan tekstur yang crispy di luar dan lembap di dalam.

3. Ayam Goreng Berempah

Ayam goreng berempah adalah hidangan ayam yang dicelup dalam campuran rempah sebelum digoreng. Ia menghasilkan kulit yang rangup dan daging yang berperisa.

4. Ayam Masak Merah

Ayam masak merah adalah hidangan dengan kuah merah pekat yang diperbuat daripada sos tomato dan rempah-rempah. Ia mempunyai rasa yang pedas dan manis.

5. Gulai Ayam

Gulai ayam adalah hidangan berkuah yang kaya dengan rempah seperti jintan, kunyit, dan lada. Ia biasanya dimasak dengan santan untuk menghasilkan kuah yang pekat dan berperisa.

Rate this post

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply