Ayam masak halia ialah hidangan yang lazat yang menggabungkan ayam yang dimasak dengan halia segar sebagai ramuan utama. Bahan-bahan yang diperlukan termasuk ayam dipotong, sos tiram, halia dipotong memanjang, bawang merah, bawang putih, cili padi, garam dan minyak masak. Hidangan ini berasal daripada masakan sihat masyarakat cina.
Cara memasak dimulakan dengan menumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan halia yang telah dikisar dan tumis sehingga wangi. Masukkan ayam dan kacau rata. Tambah sedikit air, kunyit serbuk, serbuk kari dan garam. Biarkan mendidih sehingga ayam masak dan kuah pekat.
1. Resepi Ayam Masak Halia Mudah
Bahan-bahan
- Ayam potong kecil
- Halia
- Bawang putih 5 ulas
- Bawang merah 2 biji
- Lada hijau 2 ( letak cili padi lagi sedap)
- Sos tiram
- Sos soya cair
Cara nak buat Ayam Masak Halia Mudah
- Panaskan minyak, tumis bawang merah dulu, dah layu sikit, masukkan bawang putih, halia, lada hijau letak cili padi lagi sedap.
- Kacau semua dalam dalam 5 minit kemudian masukkan ayam pulak, kacau dan ratakan semua bahan tu, dan biarkan saja, biarkan semua bahan sebati dengan ayam bila air pada ayam dah mula keluar sikit.
- Masukkan sos tiram dalam 3 sudu, diikuti sos soya (lebih kurang 1 senduk nasi) dan kacau sehingga ayam masak. Siap.
Sumber: Fariedah Enee dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Ayam Masak Halia dengan Cendawan Shitake
Bahan-bahan
- Ayam – perlu digoreng sekejap. Jangan terlalu garing. Saya guna air fryer. 160 darjah selama 20 minit.
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia – kena banyak sikit sebab perlu dikisar dan dihiris.
- Cendawan shitake kering, lada kering dan daun bawang. Cendawan perlu direndam dahulu, tapi saya rebus sekejap supaya kembang.
Cara nak buat Ayam Masak Halia dengan Cendawan Shitake
- Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Kemudian, tumis sehingga naik bau. Hati-hati sikit dengan semerbak aroma halia. Pastikan masa ini nasi yang ditanak dah mula kering.
- Masukkan sos tiram.
- Tambah sedikit air. Kemudian, masukkan ayam. Gaul bagi mesra. Tambah lagi air ikut kesesuaian kuantiti ayam. Boleh masukkan kicap masin untuk dapatkan warna yang lebih menarik. Masakan ini tidak memerlukan kuah yang banyak.
- Masukkan cendawan dan lada kering, garam. Biarkan masakan mereneh sekejap. Sempurnakan rasa dan kepekatan kuah dengan bancuhan tepung jagung. Akhir sekali, masukkan daun bawang. Tutup api.
Sumber: Fie Safiah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Ayam Masak Halia
Bahan-bahan
- ½ ekor (500-600 g) ayam/ 4-5 ketul bahagian ayam
- ½ sdb serbuk lada putih
- ½ sdb kicap masin
- ½-¾ cawan halia (hiris nipis baru sukat)
- 3-4 ulas bawang putih (cincang)
- 2 inci halia (hiris)
- ½ biji bawang kuning (hiris)
- 5 tangkai cili kering
- ½ sdb serbuk lada putih
- 1 sdb sos tiram
- ½ sdb cuka
- ½-1 cawan air
- 1 sdt minyak bijan
- Daun bawang (potong 1 inci)
Cara nak buat Ayam Masak Halia
- Gaul ayam dengan serbuk lada putih & kicap masin.
- Panaskan minyak masak. Goreng halia yang telah dihiris nipis sehingga keperangan & garing. Angkat & ketepikan.
- Goreng ayam sehingga ¾ masak. Angkat & ketepikan.
- Buangkan sedikit minyak masak. Tumis bawang putih sehingga keperangan.
- Masukkan halia, bawang kuning & cili kering. Tumis sehingga naik bau.
- Masukkan pula ayam yang telah digoreng, serbuk lada putih, cuka & air. Gaul rata & biarkan ayam masak sepenuhnya. Perasakan dengan garam.
- Titiskan minyak bijan & masukkan daun bawang. Gaul rata.
- Taburkan dengan halia goreng. Sedia untuk dihidangkan.
Sumber: Noor Ashikin Saerah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Ayam Masak Halia Berkuah Sedap
Bahan-bahan
- Dada ayam – dipotong kecil
- 8 biji cili padi – diketuk atau dibelah 2
- 1 sudu kecil tepung jagung – dibancuh dengan air
- 3 ulas bawang merah – diblender
- 1/2 lobak merah – dipotong bulat
- 1 biji tomato sederhana besarnya – dipotong 6
- 2 ulas bawang putih – diblender
- 1 biji bawang besar – dicercai 4 dan dicerai kelopaknya
- 1 inci halia – hiris nipis seperti mancis
- 1 sudu kecil lada hitam – ditumbuk kasar
- 1/4 lada benggala – dipotong kecil
- 1/2 sudu kecil pati ayam
- 1/2 cawan air
- Sedikit kicap
- Sos tomato, sos cili, dan sos tiram
- Sedikit garam dan gula
Cara nak buat Ayam Masak Halia Berkuah Sedap
- Ayam yang sudah dipotong kecil-kecil dan digoreng tadi perap dengan sos tiram, sedikit garam, sedikit serbuk lada hitam selama 20 minit.
- Kemudian panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam tadi, selepas tu bila dah nampak garing ketepikan. dengan memakai minyak yang sama tapi bila banyak buangkan sikit. Tumis bahan yang telah ditumbuk kasar tadi bersama halia sampai naik bau dan kekuningan.
- Kemudian masukan bawang besar, cili padi, lobak merah, dan lada benggala. Selepas itu kacau sebatikan. Masukan sos cili, sos tiram, sos tomato, sedikit kicap, dan air, kacau sebatikan.
- Bila dah nampak mendidih masukan kepingan dada ayam yang telah digoreng tadi dan kacau sebatikan. Masukan juga tepung jagung yang telah berbancuh dengan air. sesuaikan kepekatan dengan selera anda
- Akhir sekali masukan pati ayam, garam, gula, dan buah tomato, kemudian kacau rata dan sesuaikan cita rasanya dengan selera anda. bila dah masak tutUp api dan hidangkan bersama nasi panas.
Sumber: Siti Des Sakura dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi Menu Ayam Yang Popular?
Selain ayam masak halia, ada pelbagai lagi menu ayam yang boleh dicuba. Antaranya adalah:
1. Sweet & Sour Chicken
Hidangan ayam yang digoreng rangup dan disalut dengan sos masam manis yang dibuat daripada cuka, sos tomato, dan jus nenas. Biasanya dihiasi dengan nenas, timun dan capsicum.
2. Ayam Masak Paprik
Hidangan yang dipengaruhi masakan Thai ini menggabungkan ayam yang digoreng dengan sos paprik yang pedas dan manis, bersama sayur-sayuran seperti kacang panjang dan cili.
3. Ayam Masak Kung Po
Masakan ini terkenal dengan gabungan ayam yang digoreng dengan kacang tanah goreng, sayur-sayuran dan sos kung po yang manis dan pedas.
4. Ayam Masak Kicap
Hidangan klasik yang menggunakan kicap manis sebagai ramuan utama, dimasak dengan bawang, halia dan kadangkala ditambah cili untuk memberi rasa pedas.