Ayam goreng kunyit ialah hidangan tradisional Malaysia yang menggunakan rempah kunyit sebagai bahan utama untuk memberi rasa dan warna kuning yang khas kepada ayam goreng. Ia merupakan hidangan popular yang biasa dihidang sebagai lauk pendamping nasi atau disajikan dengan sambal.
1. Resepi Ayam Goreng Kunyit
Bahan-bahan
- Tepung jagung 2 sudu kecil
- Tepung beras 2 sudu kecil
- Serbuk kari daging 2 sudu kecil
- Serbuk kunyit 2 sudu kecil
- Bawang putih 3 ulas di tumbuk
- Garam
- Ajinamoto
Cara buat Ayam Goreng Kunyit
- Campur semua bahan letak air sikit gaul bagi rata.
- Perap dalam 15 minit goreng api sederhana.
- Boleh tambah sayur kacang panjang, carrot, bawang besar potong bulat cili besar yang ini terpulang.
Sumber: Lilinana dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM
2. Resepi Ayam Goreng Kunyit Ala Mat Rock
Bahan-bahan
- Kepingan dada ayam- potong kecil
- Letakkan kunyit (lebihkan)
- Garam
- Sedikit tepung jagung (untuk sedikit krup-krap), boleh juga letak sedikit tepung beras
- Goreng dalam minyak yang banyak hingga sedikit garing.
Cara buat Ayam Goreng Kunyit Ala Mat Rock
- Masukkan terus hirisan bawang besar. Bawang putih, lada merah, kacang panjang dan carrot (potong panjang).
- Bila semua sudah masak, angkat dan toskan minyak.
- Makan bersama nasi panas bersama lada garam tumbuk (lada merah, cili padi, sedikit garam dan gula, perahan air limau) nak letak belacan pun boleh.
Sumber: Ereen Hadi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Ayam Goreng Kunyit Ala Kedai Thai
Bahan-bahan
- Serbuk cabai 2sudu
- Rempah kari 2sudu
- Tepung jagung 2 sudu
- Kiub pati ayam 1
- Serbuk kunyit
Cara buat Ayam Goreng Kunyit Ala Kedai Thai
- Gaul perap 15minit goreng macam biasa.
- Letak sayur kacang buncis, carrot & bunga kubis.
- Last letak bawang holland & cabai melaka, siap.
Sumber: Nurul Shuhana Teyhana dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Ayam Goreng Kunyit Berempah
Bahan-bahan
- 1 mangkuk Isi ayam dihiris kecil
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1 sudu besar serbuk kari daging
- 1 sudu besar serbuk kari ikan
- 1 sudu besar serbuk kunyit
- 2 sudu besar rempah campur (ketumbar, jintan manis, jintan putih, biji sawi) optional
- 3 sudu besar tepung jagung
- 3 tangkai daun kari
- Garam, serbuk perasa dan air secukupnya (air letak sedikit dahulu supaya pes tidak terlalu cair sambil gaul sebati)
- Sayur: kacang panjang, bunga kubis dan bawang holland semua dihiris
Cara buat Ayam Goreng Kunyit Berempah
- Satukan semua bahan dan sebatikan.
- Goreng ayam macam biasa agak ayam dah hampir masak keluarkan lebihan minyak goreng dan bolehlah masukkan sayur goreng hingga sayur layu siap.
Sumber: Aisyah Humaira dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi Menu Simple Ayam?
Walaupun resepi ini nampak simple tapi bila dah makan boleh bertambah nasi. Orang kata lauk simple pun dah cukup kan? Ini 5 lagi menu ayam yang simple dan sedap.
1. Ayam Goreng Berempah
Ayam goreng berempah merupakan hidangan ayam yang direnehkan dengan campuran pelbagai rempah seperti jintan, lada, dan serbuk kunyit. Ia mempunyai citarasa yang kaya dan lazat.
2. Ayam Goreng Kicap
Ayam goreng kicap merupakan hidangan ayam yang dimasak dengan kicap dan sedikit rempah. Ia mempunyai rasa manis dan sedikit masin yang membuatkan hidangan ini sangat popular.
3. Ayam Goreng Halia
Ayam goreng halia menggunakan halia sebagai perencah utama, memberikan satu sentuhan pedas dan aromanya yang kuat. Hidangan ini sangat digemari kerana citarasa yang unik.
4. Buttermilk Fried Chicken
Ayam goreng yang dicelup ke dalam adunan buttermilk sebelum digoreng, memberikan tekstur yang crispy di luar dan lembap di dalam.