Ayam Goreng KFC adalah ayam goreng yang dihasilkan oleh rangkaian restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC). KFC terkenal dengan ayam gorengnya yang mempunyai salutan tepung rangup dan rasa rempah. Resepi asal ayam goreng KFC dikatakan dicipta oleh Colonel Harland Sanders, pengasas KFC, yang menggunakan campuran 11 jenis herba dan juga rempah rahsia.
Apa yang membezakan ayam goreng lain dengan ayam goreng KFC adalah campuran rempah ratus yang memberikan rasa yang keunikan tersendiri. Bahagian luar ayan yang rangup dan dalam yang lembut serta juicy memikat hati penggemar makanan segera ini.
1. Resepi Ayam Goreng KFC 3 Bahan
Bahan-bahan Ayam Goreng KFC 3 Bahan
Bahan tepung kering
- Tepung kering
- 250gm tepung bestari spicy
- 750gm tepung roti/high protein
- Sedikit garam/serbuk perasa
Bahan tepung basah (perapan)
- Tepung basah (perapan)
- Tepung bestari
- Air
- Ayam
- Bancuh pekat dan perap sejam
Cara nak buat Ayam Goreng KFC 3 Bahan
- Bancuh tepung dan ayak.
- Bancuh tepung perapan bagi pekate dan rap ayam sejam.
- Panaskan minyak, suhu minyak goreng ayam lebih 150 celcius.
- Sediakan bekas air biasa dalam besen untuk celup ayam.
- Ambil ayam golek-golekkan dalam tepung kering dan celup dalam air biasa, toskan kejap dan masuk semula ke dalam tepung kering.
- Salutan ketiga kirai ayam tu supaya jadi crispy, kemudian terus masuk dalam minyak panas dan goreng sampai masak lebih kurang 15minit.
Sumber: Suhasnida Ismail dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Ayam Goreng Ala KFC
Bahan-bahan Ayam Goreng Ala KFC
- 250g tepung gandum
- 500g tepung jagung
- 50g serbuk roti putih
- 1sb serbuk bawang putih
- Sepeket kecil serbuk kari ayam/daging
- 15g tepung beras
- 3sb garam
- 1sb serbuk lada hitam
Bahan perap
- Bawang putih
- Bawang besar Holland
- Halia
- Sedikit garam
- Sedikit perahan jus lemon
Cara nak buat Ayam Goreng Ala KFC
- Gaul rata dan sedia digunakan.
- Bahan yang bertanda perlu dikisar bersama sedikit air, kemudian perap ayam selama 1-2 jam.
- Panaskan minyak dalam periuk dengan sukatan yang cukup untuk menenggelamkan ayam. Pastikan minyak betul-betul panas, kemudian perlahankan api. Masukkan ayam dan tutup periuk semasa menggoreng.
- Untuk salutan tepung, boleh gunakan telur atau air perapan ayam tadi supaya tepung melekat dengan baik. Saya lebih suka menggunakan telur kerana rasanya lebih sedap. Caranya, salut ayam dengan telur terlebih dahulu, kemudian gaulkan satu persatu dengan tepung sehingga bersalut sepenuhnya. In shaa Allah, hasilnya akan menjadi cantik dan rangup.
Sumber: Humaira Zulaikha Hamdan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Selain Ayam Goreng KFC, Apa Lagi Resepi Ayam Goreng Yang Sedap
Selain Ayam Goreng KFC, terdapat banyak lagi resepi ayam goreng yang sedap dan mudah untuk dicuba. Bagi penggemar ayam goreng, anda boleh mencuba variasi resepi ini supaya tidak bosan menikmati ayam goreng yang sama setiap kali.
1. Ayam Goreng Berempah
Mempunyai rasa rempah yang kaya dan wangi dengan tekstur rangup pada bahagian luar. Bahan perapan yang digunakan adalah serai, kunyit, halia, bawang putih, bawang merah, jintan manis, jintan putih, ketumbar, garam, dan sedikit tepung beras. Perap ayam dengan bahan-bahan yang telah dikisar, kemudian goreng sehingga garing dan keemasan.
2. Ayam Goreng Madu
Mempunyai tekstur warna merah kerana salutan madu pada ayam. Bahan perapan ayam madu ini adalah madu, kicap manis, bawang putih, halia, serbuk cili, dan garam. Perap ayam dengan madu dan bahan lain, goreng ayam sehingga separuh masak, kemudian salutkan dengan madu dan goreng sekali lagi hingga berkilat dan rangup.
3. Ayam Goreng Korea Pedas
Resepi ayam ini mempunyai salutan sos pedas manis dengan tekstur ayam yang rangup. Bahan perapan ayam ini adalah tepung jagung, telur, sos gochujang, madu, bawang putih, kicap, dan minyak bijan. Goreng ayam dua kali untuk lebih rangup. Salutkan ayam dengan sos pedas manis Korea yang telah dimasak.
4. Ayam Goreng Butter Milk
Ayam goreng rangup bersama kuah lemak berkrim butter dan susu cair. Bahan untuk kuah butter milk ini. Bahan untuk kuah buttermilk ini adalah mentega, daun kari, cili padi, susu cair, bawang putih. Ayam akan diperap bersama tepung. Goreng ayam hingga garing. Tumis mentega, daun kari, cili, dan susu cair hingga pekat, kemudian tuangkan kuah ke atas ayam.