Ayam Blackpepper ialah hidangan ayam yang dimasak dengan sos lada hitam yang pekat dan berempah. Ia merupakan hidangan fusion yang menggabungkan rasa Asia dan Barat, di mana ayam yang dipotong diperap dengan sos lada hitam, kicap manis, bawang putih, halia dan rempah ratus.

Untuk memasaknya, ayam yang telah diperap digoreng sehingga keperangan. Kemudian, tumis bawang, halia dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan ayam yang telah digoreng dan tambah sos lada hitam serta kicap. Masak sehingga sos pekat dan meresap ke dalam ayam. Hiaskan dengan daun bawang dan bijan.

1. Resepi Ayam Bakar Blackpepper

Ayam seekor

Bahan-bahan

Bahan A

  • biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 kiub ayam knorr
  • 2 sudu serbuk lada hitam
  • 1 senduk kecil sos black pepper (dalam botol)
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu makan gula
  • 100ml air

Bahan B

  • sudu madu
  • 3 sudu butter
  • 2 sudu besar mixed herbs @ daun oregano

Cara buat ayam bakar blackpepper

  1. Semua bahan A di atas kita kisarkan dia
  2. Perap sejam bersama bahan B atau lebih. Kemudian bakar suhu 200 selama sejam.

Sumber: Nurul Aini Mohamed Ali dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Ayam Masak Blackpepper Cendawan

Bahan-bahan

  • Ayam separuh – dipotong
  • 1/2 pack cendawan segar – potong
  • 4 batang celeri – potong serong (optional)
  • Sayur pilihan
  • 1 inci halia – dihiris nipis
  • 2 biji bawang besar – potong empat
  • 5 ulas bawang putih – hiris nipis
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 2 sudu kecil kicap manis
  • 2 sudu kecil sos tiram
  • 4 sudu besar minyak masak
  • Tepung jagung secukupnya sebab nak bagi pekat – bancuh dengan air sampai jadi pes
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara buat ayam blackpepper cendawan

  1. Gaulkan ayam dengan garam, sos tiram dan goreng sampai separuh masak. Kemudian angkat dan ketepikan.
  2. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga naik bau dengan menggunakan minyak ayam tadi, kemudian masukkan serbuk lada hitam dan kacau sehingga sebati.
  3. Kemudian masukkan ayam dan kacau seketika.
  4. Selepas itu, masukkan pula cendawan, celeri, sayur, minyak bijan, sos tiram dan kicap manis kemudian kacau sehingga cendawan menjadi sedikit layu.
  5. Tuang sedikit air, agak-agak je, kemudian masukkan sedikit pes tepung jagung supaya kuah menjadi pekat.
  6. Akhir sekali, perasakan dengan gula dan garam secukupnya.

Sumber: Watie Muhtar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Ayam Kukus Blackpepper

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam dipotong ikut suka
  • 2 inci halia dihiris nipis
  • 5 batang daun bawang daun sup dipotong ikut suka

Bahan perapan

  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu lada hitam(ditumbuk)
  • 5biji bawang putih (diketuk)
  • 5biji bawang kecik (ditumbuk)
  • Garam gula secukup rasa

Cara buat ayam kukus blackpepper

  1. Gaul semua bahan dan lumur pada ayam perap lebih kurang 30minit.
  2. Panaskan kukusan pada api besar. Susun ayam atas pinggan kukusan.
  3. Taburkan halia dan daun bawang. Kukus sehingga empuk dan masak.

Sumber: Pura Latif dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Apa Lagi Hidangan Barat Yang Popular?

Mudah sahaja resepi ayam blackpepper ini. Pelbagai versi ada, tinggal pilih nak cuba yang mana satu saja. Disebabkan menu ayam blackpepper ini gabungan asia-barat, ini ada 5 lagi cadangan menu barat yang boleh anda cuba dirumah:

1. Fish and Chips

Fish and Chips adalah hidangan yang terdiri daripada ikan segar yang disalut dengan tepung yang rangup dan digoreng sehingga keemasan. Ia dihidangkan bersama kentang goreng yang rangup dan sos tartar.

2. Chicken Chop

Chicken Chop adalah kepingan daging ayam yang dipukul nipis dan digoreng atau dipanggang. Ia dihidang dengan sos black pepper, mushroom atau barbecue, serta kentang goreng dan sayur-sayuran.

3. Chicken Grilled

Chicken Grilled adalah ayam yang dipanggang dengan perapan rempah khas sehingga masak sempurna. Hidangan ini biasanya dihidangkan dengan kentang putar atau kentang goreng dan sayur-sayuran segar.

4. Lamb Chop

Lamb Chop adalah potongan daging kambing yang dipanggang atau digoreng dengan perapan rempah yang khas. Ia dihidangkan dengan sos mint atau black pepper dan ditemani dengan kentang goreng dan sayur-sayuran.

5. Chicken Parmigiana

Chicken Parmigiana adalah hidangan ayam yang disalut dengan serbuk roti, digoreng sehingga garing, kemudian dituang dengan sos tomato dan ditutup dengan keju yang dileler. Ia biasanya dihidangkan dengan pasta atau kentang goreng.

Rate this post

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply