Kebelakangan ini, semakin ramai yang meminati ayam gepuk, hidangan popular yang berasal dari Indonesia. Istilah “gepuk” berasal dari bahasa Jawa, yang bermaksud “dipukul” atau “ditekan”. Hidangan utama dalam resepi ayam gepuk ini pastinya sambal cili pedas yang membuka selera.
Proses penyediaan ayam gepuk juga cukup mudah. Ayam direbus terlebih dahulu bersama bahan perapan sehingga empuk. Kemudian, ayam digoreng sehingga garing sebelum ditekan sedikit untuk melembutkan teksturnya.
Sambal cili pedas adalah elemen penting dalam resepi ini. Sambal ini diperbuat daripada cili merah, bawang putih, dan direnjis dengan sedikit minyak panas untuk menaikkan aroma. Sambal tersebut kemudian dicalitkan pada ayam yang telah ditekan tadi. Hidangan ayam gepuk ini selalunya dinikmati bersama tempe dan tauhu goreng, menjadikannya lebih lengkap dan menyelerakan.
1. Resepi Sambal Ayam Gepuk
Bahan-bahan Sambal Ayam Gepuk
- 1 genggam cili padi (rendam 15minit air panas) *
- 3 ulas bwang putih*
- Garam,gula, perasa
- Minyak panas
Cara nak buat Sambal Ayam Gepuk
- Blender kasar bahan-bahan seperti cili dan bawang putih.
- Masukkan garam, gula, dan perasa mengikut cita rasa
- Panaskan minyak hingga betul-betul panas, kemudian masukkan ke dalam sambal. Gaul sebati dan masak hingga sambal pecah minyak.
Sumber: Myra Suhaimi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Ayam Gepuk
Bahan-bahan Ayam Gepuk
- Ayam Dara potong 4
- Bawang merah besar 1 biji
- Bawang puting 1labu
- Halia 2 inci
- Lengukuas 2 inci
- Kunyit hidup
- Serai 1@2 batang ketuk
- Daun limau purut
Bahan sambal gepuk
- Cili api merah 300gm
- Cili api kampung 50gm
- Bawang putih 4/5 ulas
- Minyak bijan sikit
- Kacang gajus
- Minyak masak
Cara nak buat Ayam Gepuk
- Masukkan bahan yang telah diblander ke dalam periuk, bersama serai dan daun limau purut.
- Tambahkan sedikit air supaya tidak terlalu kering, sebab kita perlu rebuskan bahan-bahan tersebut.
- Masukkan garam, Ajinomoto, dan rahsia pentingnya iaitu ROYCO ayam (satu paket sahaja). Ini dari Indonesia, memang sedap! Jika tiada, boleh guna perasa lain, rasa tetap boleh jadi sedap.
- Rebuskan hingga semua bahan masak.
- Setelah rebusan siap, toskan ayam. Anda boleh masukkan tempe dan tauhu (tak perlu rebus lama, nanti hancur).
- Akhirnya, boleh goreng dan nikmati panas-panas.
Sambal Pedas
- Tumbuk cili dan bawang putih, pastikan jangan terlalu hancur, cukup sekadar kasar.
- Masukkan minyak bijan, garam, Ajinomoto, dan kacang gajus (anggaran 4-5 sudu besar).
- Gaul hingga sebati, kemudian siramkan dengan minyak yang benar-benar panas.
- Lenyekkan bahan-bahan ini menggunakan lesung batu hingga semuanya sebati dan berubah kemerahan.
- Setelah semuanya cantik sebati, boleh dinikmati!
Sumber: Suriyati Gaps dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Selain Ayam Gepuk, Apa Lagi Resepi Dari Indonesia yang Popular Sekarang
Makanan Indonesia semakin diminati kerana memiliki rasa yang hampir sama dengan citarasa tempatan. Hidangan mereka kaya dengan rempah ratus serta mempunyai keunikan tersendiri. Selain ayam gepuk, berikut adalah beberapa resepi dari Indonesia yang popular di Malaysia.
1. Bakso
Hidangan sup kosong bersama bebola daging yang dibuat sendiri. Selalunya akan dihidangkan bersama mi, sayur dan juga sambal pedas.
2. Gado-Gado
Campuran sayur-sayuran rebus, tempe, tauhu dan akan dihidangkan bersama kuah kacang pekat. Hidangan ini juga sering dimakan bersama keropok.
3. Pecel Lele
Pecel atau ikan keli yang akan digoreng rangup, setelah itu akan disiram dengan sambal cili hijau atau juga sambal cili merah. Dimakan bersama dengan ulam dan juga sayur.
4. Martabak Manis
Martabak manis ini sama seperti apam balik. Pancake tebal yang dihiasi dengan pelbgai topping seperti keju, coklat atau kacang.