4 Resepi Ayam Korea (Rasa Pedas dan Manis)

Siapa peminat KDrama pasti akan terpengaruh dengan makanan mereka. Menyelerakan betul. Salah satu hidangan makanan Korea yang popular di Malaysia ialah ayam korea. Menggunakan sos tersendiri resepi ayam korea ini mempunyai rasa yang enak.

Jom kita try!

1. Resepi Chicken Korean Spicy

Bahan-bahan

Bahan perapan ayam

  • 10 ketul ayam bahagian wing
  • 7 ulas bawang putih *
  • 2 inci halia *
  • 1 sudu serbuk lada hitam
  • 1 sudu gula
  • Secubit garam

Bahan menggoreng

  • ½ cwn tepung gandum
  • ½cwn tepung jagung

Bahan sos

  • 5 ulas bawang putih (tumbuk halus)
  • 3 senduk cili kisar
  • 2 biji cili padi merah (tumbuk halus)
  • 2 ketul kecil gula gerek
  • 7 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu madu
  • 1 sudu jus lemon @ cuka
  • Garam secukupnya

Cara nak buat Chicken Korean Spicy

Perapan ayam

  1. Tumbuk bahan bertanda ** hingga halus, tumbuk satu demi satu sampai halus semuanya lumur pada ayam.
  2. Perap selama 30 minit.

Menggoreng

  1. Masukkan ayam yang diperap tadi ke dalam campuran tepung. Golekkan ayam dalam tepung dan goreng sehingga keperangan.

Sos

  1. Tumis bawang putih hingga perang kemudian masukkan cili kisar & cili padi merah masak hingga garing. Masukkan sos cili, sos tomato, gula kabung dan madu.
  2. Biarkan seketika. Kemudia masukkan jus lemon @ cuka kacau sebati.
  3. Masukkan secubit garam. Last skali masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul rata.
  4. Sangai lenga @ bijan kemudian tabur atas ayam.

Sumber: Qasih Jue Aisya dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Ayam Korea Soy Garlic & Spicy

Bahan-bahan

Bahan sos soy garlic

  • minyak
  • Bawang putih cincang
  • Sos tiram
  • Madu
  • Kicap manis
  • Brown sugar
  • Garam sikit
  • Perahan lemon 2sudu (optional)

Bahan sos spicy korean

  • Minyak
  • Bawang putih cincang halus
  • Sos tiram
  • Sos korea adabi
  • Madu
  • Brown sugar
  • Garam
  • Perahan lemon

Cara nak buat Ayam Korea Soy Garlic & Spicy

  1. Masak sampai likat, nanti dia macam tekstur berbuih.
  2. Then gaul ayam bagi sekata.
  3. Jika sos berair, ayam nanti lembik. Tak letak air pun ok.

Sumber: Asma Nordin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Ayam Pedas Korea Mudah

Bahan-bahan

  • Ayam goreng jenama Ayamas
  • Sos Korea jenama Adabi
  • Biji bijan yg disangai
  • Hirisan daun bawang

Cara nak buat Ayam Pedas Korea Mudah

  1. Goreng ayam sehingga masak dan garing, toskan minyaknya.
  2. Goncangkan ayam goreng bersama sos korea di dalam mangkuk kemudian taburkan biji bijan dan hirisan daun bawang.

Sumber: Zurina Zulkefli dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Honey Butter Chicken

Bahan-bahan

Bahan A : Untuk Ayam

  • Chicken wings & drumstick (pilih yang saiz kecil)
  • 4 sudu besar fresh milk
  • 4 sudu besar cuka (saya guna apple cider vinegar)
  • Setengah cawan tepung gandum
  • Setengah cawan tepung jagung
  • 2 biji telur
  • Setengah sudu besar baking powder
  • Garam – secukup rasa
  • Lada hitam – lebih kurang 1 sudu besar

Bahan B : Untuk Sos

  • Butter – 4/5 sudu besar
  • Madu – 4 sudu besar
  • Brown sugar (5 sudu besar)
  • Bawang putih 6 ulas dicincang
  • Cuka – 2 sudu besar
  • Cashew nut/bijan/kacang

Cara nak buat Honey Butter Chicken

Ayam

  1. Campur susu + cuka + garam + lada hitam.
  2. Masukkan ayam – gaul rata.
  3. Masukkan tepung gandum + tepung jagung + telur.
  4. Gaul biar sekata dan tepung melekat semua ayam – marinate 30 minit.
  5. Panaskan minyak, goreng ayam sampai masak. Angkat ayam biar 2 minit then goreng semula (goreng 2 kali).

Sos

  1. Cairkan butter (pastikan butter cukup untuk salut semua ayam).
  2. Masukkan bawang putih masak hingga naik bau dan agak garing.
  3. Masukkan brown sugar.
  4. Masukkan madu biar sekejap dalam 3-4 minit.
  5. Masukkan cuka.
  6. Masukkan ayam gaul rata, boleh masukkan sesame/cashew nut/ or kacang goreng biar dalam 4-5 minit. Then siap.

Sumber: Baizuri Baharum dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Banyak lagi makanan Korea yang menjadi pilihan masyarakat kita kan?

Jom semak juga resepi bibimbap atau nasi gaul Korea.

Selamat mencuba!

Leave a Comment