4 Resepi Ayam Bali (Lauk Simple Tapi Sedap)

Kali ini kami nak kongsikan lagi menu berasaskan ayam. Ye lah ayam semua orang suka kan? Tapi boleh pening juga kalau dah tak ada idea nak masak apa kan? Apa kata anda cuba resepi ayam masak bali. Seakan ayam masak kicap tapi ada beza dari segi rasa dan lebih enak.

Jom kita try!

1. Resepi Ayam Sambal Bali

Bahan-bahan

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia

(Dikisar)

  • Daun Kari
  • Cili giling
  • Sos tiram
  • Kicap
  • Ayam (digoreng dahulu dengan serbuk kunyit & Garam)
  • Perencah cukup Rasa
  • Air
  • Garam
  • Gula

Cara nak buat Ayam Sambal Bali

  1. Tumis bahan kisar bersama daun kari sehingga garing & naik bau.
  2. Masukkan cili giling & masak hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos tiram, kacau & masukkan ayam dan kacau lagi.
  4. Masukkan kicap & kacau. Masukkan air sedikit kalau nak kuah lebih, masukkan air lebih sikit.
  5. Biarkan seketika dan masukkan garam, gula & perencah cukup rasa.
  6. Siap dihidangkan.

Sumber: Hidayah Marzuki dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Ayam Bali

Bahan-bahan

  • Ayam di garam kunyitkan
  • Blender kan (bawang merah+bawang putih+cili boh+halia + belacan)
  • Serai 5 – 6 btg (diketuk)
  • Daun kari 8 btg
  • Kicap manis 5-6 sudu

Cara nak buat Ayam Bali

  1. Mula-mula ayam digoreng dulu.
  2. Dan keluarkan dari kuali.
  3. Minyak yang sama kita goreng dedaunan kari.
  4. Selepas itu masukkan serai. Goreng keduanya sampai naik bau.
  5. Dan masukkan bahan blender. Goreng sampai pecah minyak. Kalau nak ada kuah tambah air sikit
  6. Masukkan kicap manis, gula sikit.
  7. Siap.

Sumber: Nuurul Radhiah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Ayam Masak Bali Sedap

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam
  • 6-8 batang serai dititik
  • 8 helai daun kari
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu kecil garam
  • Kicap pekat
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Sebiji bawang

Bahan kisar

  • Segenggam cili kering (rebus)
  • 5-6 biji bawang besar
  • Seinci halia
  • 6 ulas bawang putih

(Kisar halus ya)

Cara Nak Buat Ayam Masak Bali

  1. Bersihkan ayam. Lumur dengan kunyit dan garam (Tak perlu banyak)
  2. Goreng dalam 10-15 minit (jangan garing sangat). Ketepikan.
  3. Gunakan minyak yg goreng ayam tadi, Masukkan daun kari dan serai Kacau dan goreng. Jangan sampai hangus ya (api sederhana)
  4. Masukkan bahan yang dikisar dan biarkan garing.
  5. Masukkan kicap pekat Masukkan garam dan gula. Gaulkan.
  6. Masukkan ayam yang dah digoreng tadi.
  7. Hiris bulat2 bawang sebiji tabur, gaul rata dan biarkan dalam 8-10 minit.

Sumber: Iva Marissa dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Ayam Masak Bali Sedap

Bahan-bahan

  • Ayam sebelah potong kecik letak garam kunyit, goreng separuh masak
  • Bwg besar sebiji
  • Bwg putih
  • Halia seinci

(Semua bahan blend halus)

  • Kicap manis ABC
  • Serai 6batang (ketuk)
  • Daun kari 4pelepah
  • Cili kisar 4sudu

Cara Nak Buat Ayam Masak Bali Sedap

  1. Tumis serai sampai garing sikit, masuk daun kari, dah garing masuk bahan kisar, masak sampai pecah minyak, dan masuk cili kisar,asam keping, tunggu sampai pecah minyak, masuk kicap ABC 2 sudu
  2. Masuk ayam goreng.

Sumber: Tinie Razak dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Mudah kan nak buat resepi di atas!

Jom semak juga resepi ayam tandoori ini, rasa sama macam kedai mamak.

Selamat mencuba!

Leave a Comment