4 Resepi Kerutuk Ayam (Lauk Pantai Timur)

Resepi kerutuk ayam ini asalnya dari Kelantan. Seakan-akan rendang tapi ada sedikit perbezaan. Sedap dimakan bersama pulut kuning. Lagi pekat tekstur kerutuk lagi sedap.

Jom kita try!

1. Resepi Kerutuk Ayam

Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ayam (potong ikut suka, bersihkan dann tos)
  • 1 cawan santan
  • 2 sudu kerisek
  • 7 tangkai cili kering.
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 1 batang serai
  • Rempah 4 sekawan (cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
  • 1/2 bungkus rempah kerutuk adabi
  • 1/2 bungkus rempah kari adabi
  • Air
  • Minyak
  • Garam
  • Gula melaka/gula gerek (ikut citarasa, nak manis lebihkan sikit)

Cara nak buat Kerutuk Ayam

  1. Bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili kering di blender.
  2. Panaskan kuali, masukkan minyak, tumis bahan yang dikisar masukkan sekali rempah 4 sekawan, kemudian masukkan gula melaka/gula gerek (supaya bahan tumisan cepat garing).
  3. Bila bahan dah garing, masukkan rempah kari dan rempah kerutuk. masukkan sedikit air, kacau kemudian masukkan ayam.
  4. Gaulkan masukkan kerisik dan santan.
  5. Kacau sampai pekat dan agak kering. sebelum itu masukkan garam dan rasakan.

Sumber: Mim Yusof dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Ayam Kerutuk (Rempah Adabi Kerutuk)

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam (potong ikut suka)
  • Bahan bahan kisar
  • 2 labu bawang besar
  • 3 bawang putih
  • Sedikit halia

Bahan lain

  • 4 sudu besar penuh rempah kerutuk Adabi Consumer
  • 5 ulas bawang merah dihiris
  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • 1 serai dititik
  • Asam keping
  • Sedikit kerisik
  • Kulit kayu manis, bunga lawang utk menumis
  • Garam dan gula
  • Santan (boleh guna 1 atau 2 kotak)

Cara nak buat Ayam Kerutuk (Rempah Adabi Kerutuk)

  1. Panaskan minyak, masukkan bahan penumis. masukkan bahan yang dihiris dan bahan yang di blend.
  2. Tumis hingga wangi dan kering. boleh juga jika semua bahan di blend sahaja tanpa dihiris.
  3. Masukkan rempah kerutuk yang dibancuh dengan sedikit air, kacau rata dan masukkan ayam serta sedikit santan. Masak dengan api perlahan hingga air ayam kering dan santan naik minyak.
  4. Masukkan serai dan santan selebihnya, kerisik, asam keping, garam dan gula. Gula mesti lebih kerana kerutuk mesti rasa manis sedikit.
  5. Sesuaikan kepekatan dan rasanya dan angkat.
  6. Masakan kerutuk berwarna gelap dan berkuah agak pekat.

Sumber: نورليذا عزيز dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Ayam Kerutuk Mudah

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam – dipotong sederhana kecil
  • 1 paket kecil rempah kerutuk Adabi
  • 1 biji kelapa – perah ambil santan
  • 1 batang serai – diketuk
  • 2 labu bawang besar **
  • 4 ulas bawang putih **
  • 2 inci halia **
  • 2 inci lengkuas **
  • 2 s/besar kerisik
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan gula untuk sesuaikan rasa

Cara nak buat Ayam Kerutuk Mudah

  1. Bahan bertanda ( ** ) dikisar dahulu
  2. Panaskan minyak masuk serai dahulu, tumis sebentar.
  3. Masukkan bahan kisar dan rempah kerutuk, tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam bersama dengan santan, air asam jawa dan kerisik.
  5. Masukkan garam dan gula secukup dan sesedap rasa, masak hingga kuah sedikit pekat siap.

Sumber: Julia ALeen Aireish dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Kerutuk Ayam Kampung

Bahan-bahan

  • 1ekor ayam kg/ayam tua
  • 1/2 biji kelapa
  • *1ulas bwg putih
  • *3 4 ulas bwg merah
  • *1hiris halia
  • *1hiris lengkuas
  • 1sb cili kering
  • 1 1/2 rempah kerutuk
  • 1btg kayu manis
  • 1biji butir limau
  • 1bunga lawang
  • Garam, gula, ajinomoto

Cara nak buat Kerutuk Ayam Kampung

  1. Panaskan kuali masukkan 3sekawan dan masukkan bahan yang bertanda.
  2. Bahan bertanda tu di blend terlebih dahulu dan tumis hingga wangi masukan cili.
  3. Rempah kerutuk masak sampai pecah minyak kemudian masukkan ayam tdi sehingga air ayam kering, akhir sekali masukan santan,masak sampai santan hampir nak pekat dan siap.

Sumber: Nurul Iswani Hassan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Resepi ayam kerutuk ini sesuai dihidangkan bersama nasi putih dan sambal merah cili api, memang sedap.

Jom lihat resepi ayam tandoori ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment