Masih lagi resepi ayam. Jika anda mencari lauk ayam yang mudah dan sedap jom cuba resepi ayam balado. Resepi ini asalnya dari negara seberang Indonesia. Makanan disana terkenal dengan masakan yang mudah tapi berasaskan cili. Untuk penggemar makanan pedas anda boleh cuba resepi mudah ini.
Jom kita try!
1. Resepi Ayam Balado
Bahan-bahan
- Cili besar hijau
- Cili besar merah
- Cili padi ijau
- Cili padi merah
- Asam keping
- Garam, gula
Cara nak buat Ayam Balado
- Goreng atas kuali goreng dalam 5 minit.
- Dan keluarkan dari kuali.
- Blend kasar dalam food processor atau tumbuk.
- Tumis bawang merah besar hiris,
- Bawang putih hiris.
- Asam keping.
- Masukkan kiub ikan bilis, garam, gula dan ajinomoto.
- Goreng garing
- Masukkan cili yang dh ditumbuk tadi goreng sebati.
- Masukkan ayam yg telah digoreng garam dan kunyit.
Sumber: Chaiyya Kawsar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Ayam Berlado Menangis
Bahan-bahan
- Ayam goreng dulu
- Bawang merah bsr 2 biji
- Bawang putih 2 ulas
- Lada merah bsr 2 biji
- Cili padi segenggam @ 30 biji
- Tomato sbiji
- Bawang holland
- 7)Asam jawa
- 8)Garam/Serbuk perasa
Cara nak buat Ayam Berlado Menangis
- Goreng bahan 1-5 dalam minyak panas sampai aga layu dah layu,tutup api masukkan bahan kedalam blender dan masukkan minyak sedikit.
- Selepas itu tambah air jangan hancur sangat dan tumis dalam minyak sampai pecah minyak.
- Masukkn asam jawa,garam and rasa dah ok baru masukkan bawang holland dan ayam..kacau dan siap.
Sumber: Khama Azlina Khamaruzaman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Ayam Balado Mudah
Bahan-bahan
- Setengah ekor ayam
- 5 cabai hidup(lada merah)
- 2 ulas bawang putih
- 2 biji bawang besar
- Setengah biji bawang holland
- Tomato 1biji
- 3bji cili padi merah
- Sos tiram 1 camca besar
- Sos cili 2 camca besar
- Air asam jawa 2-3 sudu besar
- Garam dan gula secukup rasa
Cara nak buat Ayam Balado Mudah
- Goreng ayam dengan kunyit dan garam, separuh masak.
- Goreng bahan yang perlu diblend kasar sehingga layu dan kemudian blend kasar jangan hancur sangat.
- Tumis bahan yang diblend kasar masukkan sos tiram sos cili, air asam jawa garam dan gula.
- Last sekali masukkan ayam dan gaul sehingga bersalut.
Sumber: Mastura Mukhtar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Ayam Balado Bersantan
Bahan-bahan
- Bawang merah dikisar kasar
- Bawang putih di kisar kasar
- Halia di kisar kasar
- Cili merah di kisar kasar
- Cili api di kisar kasar
- Sos tiram
- Santan
- Garam
- Gula perang
- Santan
- Ayam yang dah di goreng bersama kunyit dan garam
- Bawang holland
- Daun ketumbar
Cara nak buat Ayam Balado Bersantan
- Minyak goreng ayam ambil sedikit. Dan tumiskan dengan bahan bahan yang di kisar kasar.
- Tumiskan sampai garing dan pecah minyak. Selepas itu masukkan sedikit air. Masukkan gula perang untuk dapatkan kaler yang cantik dan juga garam.
- Masukkan sos tiram. Biarkan seketika dan selepas tu masukkan santan sedikit. Dan juga asam keping.
- Biarkan seketika sampai santan nampak pecah minyak. Masukkan bawang holland. Selepas itu masukkan ayam. Biarkan kejap. Dan masukkan daun ketumbar. Boleh angkat dan hidangkan.
Sumber: Zana Mokhtar dari Masak Apa Hari Ni(MAHN)
Akhir kata
Pasti anda terliur kan apabila membaca resepi ini, jangan lupa cuba ya!
Jom semak juga resepi ayam 3 Budak Gemok yang pernah viral ini.
Selamat mencuba!