4 Resepi Buttermilk Chicken

Buttermilk Chicken atau dalam bahasa Malaysia dikenali sebagai “Ayam Mentega” adalah hidangan ayam goreng yang disajikan dengan sos mentega berkrim yang kaya dan aromatik. Hidangan ini menggabungkan keseimbangan sempurna antara rasa masin, manis, dan pedas dengan sos berkrim yang kaya, bermentega dan beraroma bawang putih.

Chicken Butter ini berbeza dengan butter chicken India atau buttermilk fried chicken kerana ia merupakan hidangan ayam yang popular di Malaysia dan Singapura. Ayam yang rangup digoreng kemudian dicampur dengan sos mentega yang aromatik dan bersusu, menjadikannya hidangan yang sangat digemari

1. Resepi Buttermilk Chicken Mudah

Bahan bahan

  • Isi ayam- potong kecil
  • Tepung serbaguna
  • Telur

Bahan bahan Buttermilk

  • Separuh blok butter
  • 8 ulas bawang putih – cincang
  • 6-7 tangkai cili padi – hiris halus
  • 1 -2 tangkai daun kari
  • 200 ml susu cair
  • 1/2 sudu besar tepung jagung (boleh ganti dengan egg salted powder/telur masin) dibancuh dgn sedikit air
  • Secubit garam
  • Secubit gula

Cara nak buat Buttermilk Chicken Mudah

  1. Salut ayam dengan telur dan tepung serbaguna. Gaul rata. Goreng hingga masak. Tos dan ketepikan.
  2. Panaskan kuali. Cairkan butter. Masukkan bawang putih, cili padi dan daun kari sampai naik bau. Then masukkan susu cair.
  3. Masukkan tepung jagung. Kemudian masukkan ayam yang dah digoreng, dan perasakan dengan garam dan gula.
  4. Siap.

Sumber: MrsMoon MJ dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Buttermilk Chicken

Bahan-bahan

Bahan Goreng

  • Ayam
  • Tepung gandum 1/2 cawan
  • Tepung jagung 1/2 cawan (lebih sikit pun xpe)
  • Telur 1 @ 2 biji
  • Garam

Bahan Gravy

  • Butter
  • Bawang Putih cincang dlm 6 ulas
  • Daun Kari 2/3 tangkai
  • Susu sejat cair 1 tin
  • Air suku cawan
  • Garam
  • Gula 4/5 sudu

Cara nak buat Buttermilk Chicken

Ayam goreng

  1. Bancuh garam dalam telur, kacau dan celur ayam.
  2. Then campurkan tepung gandum, tepung jagung dalam 1 bekas.
  3. Kemudian salut ayam yang dah dicelur telur dalam bekas tepung tadi.
  4. Goreng hingga masak kekuningan dengan minyak sederhana.

Gravy

  1. Cairkan butter dengan api perlahan. Kalau ayam banyak, masuk butter seketul. Kalau ayam sikit, setengah je.
  2. Tumis bawang putih sampai betul naik bau.
  3. Masukkan daun kari 1 tangkai.
  4. Masuk susu sejat sikit demi sikit & kacau sampai hampir pekat.
  5. Masukkan air suku cawan & kacau lagi.
  6. Masukkan garam dan gula (buttermilk chicken ni sedap kalau manis lemak, so letak gula sampai terbit rasa manis).
  7. Masukkan ayam & daun kari serta gaul sampai sebati.

Sumber: Menari Dalam Hujan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Spaghetti Buttermilk Chicken Popcorn

Bahan-Bahan

  • 1 paket spageti
  • 1 tin susu cair
  • 10 ulas bawang putih
  • Cili padi (ikut kepedasan)
  • Daun kari
  • 5 sudu besar butter
  • 6 sudu besar tepung gandum
  • Air masak
  • Popcorn chicken (goreng guna airfryer)

Cara nak buat Spaghetti Buttermilk Chicken Popcorn

  1. 1.Rebus spageti hingga lembut.
  2. 2.Tumis bawang putih, cilipadi dan daun kari hingga wangi.
  3. 3.Masukkan tepung dan kacau hingga kekuningan jadikan roux (pemekat).
  4. 4.Masukkan 1 tin susu cair.
  5. 5.Tambahkan air ikut kepekatan yang diingini.
  6. 6.Perasakan dengan garam. Boleh dihidang bersama spageti yang direbus tadi then baru taburkan chicken popcorn di atas supaya xlembik.

Sumber: Hurun’Iin Malik dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Buttermilk Chicken 5 Bahan

Bahan-bahan

  • Isi Ayam goreng dgn tepung bestari+tepung jagung
  • Unsalted butter/majerin
  • Susu cair/fresh milk
  • Daun kari
  • Bawang putih cincang halus
  • Cili padi merah
  • Gula, garam dan secukup rasa

Cara nak buat Buttermilk Chicken 5 Bahan

  1. Tumis bawang putih dan daun kari, letak susu, gula garam secukup rasa last sekali baru letak cili padi.
  2. Tips, pakai unsalted butter kurang muak, kalau pakai marjerin jangan letak banyak sangat nanti berlemak.
  3. Kuah dah sejuk sikit baru masuk ayam dan gaul sebati.

Sumber: Rniza Badrul dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Variasi Menu Ayam

1. Ayam Masak Merah

Ayam Masak Merah adalah hidangan ayam Malaysia dan Singapura yang dimasak dengan sambal cili kering, menghasilkan kuah yang manis, harum dan pedas. Hidangan ini sering dihidangkan semasa kenduri dan majlis perkahwinan kerana rasanya yang istimewa dan warnanya yang menarik.

2. Ayam Goreng Kunyit

Ayam Goreng Kunyit adalah hidangan ayam goreng yang diperapkan dengan kunyit dan rempah-ratus lain. Hidangan warung yang popular ini sering disajikan bersama sayur-sayuran seperti kacang panjang, lobak merah dan kobis, menjadikannya pilihan yang sihat dan mengenyangkan.

3. Ayam Percik

Ayam Percik adalah hidangan ayam yang dipanggang atau dibakar setelah dilumur dengan sos percik yang diperbuat daripada rempah-ratus seperti serai, bawang merah, bawang putih, cili merah, dan santan. Hidangan ini mempunyai rasa pedas dengan tekstur yang lembut dan sedikit rangup di bahagian luar.

4. Rendang Ayam

Rendang Ayam adalah hidangan tradisional Melayu yang dimasak dengan santan dan rempah-ratus sehingga kuah menjadi pekat dan kering. Hidangan ini sering dihidangkan bersama lemang dan merupakan menu wajib semasa perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri.

5. Ayam Masak Kari

Ayam Masak Kari adalah hidangan ayam berkuah yang dimasak dengan serbuk kari dan santan, menghasilkan kuah yang kaya dan beraroma. Hidangan ini popular dalam masakan Melayu dan India Muslim, sering dihidangkan bersama nasi putih atau roti canai.

Leave a Comment