Ayam stim adalah hidangan ayam yang dipanaskan dengan cara dikukus bersama ramuan khas. Masakan ini berasal dari masakan Cina tetapi telah disesuaikan dengan citarasa tempatan dan sangat popular di Malaysia. Hidangan ini biasanya menggunakan ayam yang dipotong kecil dan dimasak dengan halia, cendawan shiitake, dan sos tiram.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah ayam dipotong kecil, halia dihiris, cendawan shiitake, daun bawang, bawang putih, sos tiram, kicap cair, minyak bijan, serta garam dan lada sulah secukup rasa. Untuk memasaknya, susun ayam dalam pinggan tahan panas, taburkan semua bahan-bahan di atas ayam, kemudian kukus selama 20-25 minit sehingga masak.
1. Resepi Ayam Stim Halia
Bahan-bahan
- Ayam
- Halia (racik)
- Jeruk bawang putih (bawang putih mentah pun boleh)
- Lada hitam ditumbuk atau cincang
- Sos tiram
- Garam
- Serbuk perasa
Cara nak buat Ayam Stim Halia
- Gaul ayam dengan garam, sos tiram dan perasa.
- Tabur halia pada loyang.
- Susun ayam selapis tabur lagi halia susun ayam lagi dan selit bawang putih.
- Nak perah limau nipis pun boleh (optional).
- Steam selama 20 minit.
Sumber: Siti Hamid dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Ayam Masak Stim Simple
Bahan-bahan
- 1 biji bawang besar
- 2 biji bawang putih
- Seulas halia
- 3 tangkai cilipadi
- 1 batang serai
- Beberapa hirisan lobak merah
- 2 sb sos tiram
- Garam secukup rasa
- Sedikit potongan lemon
Cara nak buat Ayam Masak Stim Simple
- Panaskan air dalam pengukus.
- Masukkan ayam yang sudah dibersihkan dan dipotong sedehana besar kedalam periuk.
- Hiris kasar bawang besar,bawang putih, halia dan cili padi lalu dimasukkan kedalam periuk ayam.
- Masukkan juga hirisan lobak merah dan serai yang sudah diketuk.Tuangkan sos tiram dan garam secara merata lalu letak periuk ke dalam pengukus.
- Kukus selama 30minit sehingga ayam jadi berkuah. Letakkan ayam dan kuah kedalam mangkuk lalu diperahkan sedikit lemon.
Sumber: Resepi Santai Allyna’s Kitchen
3. Resepi Ayam Stim Sos Tiram Simple
Bahan-bahan
- 1/2 ekor ayam (cuci bersih)
- 1 inci halia (ketuk)
- 3 sb sos tiram *
- 2 sb kicap manis *
- 2 sb kicap cair/masin *
- 1 sb olive oil *
- 2 titik minyak bijan
- 1 sb gula perang/madu *
- 1 sb jus lemon *
- 1/2 inci halia (tumbuk) *
- 5 ulas bwg putih (tumbuk) *
- Garam/gula
- Air sejuk/ais
Cara nak buat Ayam Stim Sos Tiram Simple
- Rebus ayam dengan air bersama halia yang diketuk, separa masak selama 15 minit. Tutup api, angkat ayam dan rendam dalam air sejuk lebih kurang 5 -8 minit. Tujuan rendam adalah untuk hentikan proses masak ayam dan buat isi ayam lagi lembut. Kemudian toskan.
- Tumbuk halia dan bwg putih, kemudian gaul sekali dengan semua bahan bertanda * dengan ayam tadi. Perap ayam dalam 1- 2 jam dalam peti ais.
- Selepas itu, bungkus dengan aluminum foil, boleh kukus guna oven atau periuk pengukus sampai masak. Saya guna oven, api atas bawah, suhu 200 c, 30 minit.
- Bila dah masak, boleh makan panas dengan hirisan daun sup/bwg bersama kuah ayam tadi.
Sumber: Rarra Sakura dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Ayam Stim Lemon Bermadu
Bahan-bahan
- Ayam
- Bwg besar holland
- Halia sikit
- Bwg putih (kukus dengan nasik bagi lembut)
- 1 sd cili kering
- 1 sd lada sulah
- 1 sd kicap tamin
- 1sd gula merah organik (biasa pun boleh)
- 1 sd myk bijan
- 2 sd(b) taucu tamin
- 1sd(b)madu
- 1,2 sd perahan jus lemon
- Kiub ayam atau sebarang perasa
- Daun bawang
- Garam pink (garam bukit) guna bila perlu
Cara nak buat Ayam Stim Lemon Bermadu
- Ayam basuh bersih potong kecil.
- Bawang holland potong dadu, halia tumbuk, bawang putih picit dari kulitnya (sebab dah gebu masak waktu nasi mendidih tadi).
- Campurkan kesemua bahan dalam ayam tadi gaul kukus hingga masak.
- Dah msk ayam tadi bolehlah ditabur dengan daun bawang.
Sumber: Norisyam Binti Abdullah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Menu Menarik Lain Yang Boleh Dicuba Selain Ayam Stim
Selain Ayam Stim, banyak lagi hidangan lain yang boleh dicuba dengan cara masakan yang sama iaitu stim. 5 antara hidangan lain adalah:
1. Ayam Kukus Halia
Hidangan ini serupa dengan ayam stim tetapi memberi penekanan kepada penggunaan halia yang lebih banyak. Ayam dipotong dan dimasak dengan halia cincang, bawang putih, dan daun bawang, kemudian dikukus dengan sos kicap istimewa.
2. Steamed Fish Head
Hidangan kepala ikan yang dikukus dengan ramuan seperti halia, bawang putih, cili dan daun ketumbar. Biasanya menggunakan ikan siakap atau kerapu yang segar dan dimasak dengan sos kicap istimewa.
3. Seafood Tofu Steam
Hidangan tauhu yang dikukus bersama makanan laut seperti udang dan sotong. Dimasak dengan sos tiram dan kicap, serta dihiasi dengan daun bawang dan halia.
4. Lo Mai Kai
Nasi pulut yang dibungkus dengan daun pandan dan dikukus bersama ayam yang telah dimarinasi, cendawan shiitake, dan sosej Cina. Hidangan ini popular sebagai sajian dim sum.
5. Dim Sum Steam
Pelbagai jenis dumpling kukus yang diisi dengan campuran daging ayam, udang, atau sayur-sayuran. Dibungkus dengan kulit dumpling nipis dan dikukus sehingga masak.Copy